Showing posts with label INFO AD-DEEN. Show all posts
Showing posts with label INFO AD-DEEN. Show all posts
Tuesday, October 16, 2012
10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah
Dzulhijjah merupakan salah satu bulan istimewa dalam Islam. Terutama, pada sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijjah itu. Setidaknya, ada 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah sebagai berikut :
1. Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah merupakan waktu yang mulia dan barakah.
Keutamaan pertama dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa waktu itu adalah waktu yang mulia dan barakah.
Bukti kemuliaan ini adalah sumpah Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an al-Karim.
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Demi fajar, dan malam yang sepuluh (QS. Al-Fajr: 1-2)
“Wa layaalin ‘asr (dan malam yang sepuluh)," kata Imam al-Thabari dalam tafsirnya,"adalah adalah malam-malam sepuluh Dzulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli tafsir.”
Ibnu Katsir juga menjelaskan hal yang sama dalam tafsir Qur'anil adzhim. “Dan malam-malam yang sepuluh," tulisnya, "adalah sepuluh (hari pertama) Dzulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf.”
2. Amal pada Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah paling dicintai Allah
Keutamaan kedua dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa amal di waktu itu paling dicintai Allah Ta'ala.
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
“Tidak ada satu amal shaleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal shaleh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah).
3. Haji dilakukan dalam waktu itu
Keutamaan ketiga dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa di waktu itulah disyariatkan Ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
4. Di dalamnya ada hari Arafah
Keutamaan keempat dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, pada waktu itu ada hari Arafah, yaitu jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari itu jama'ah haji diwajibkan melakukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji. Sedangkan bagi umat Islam yang tidak sedang menjalankan ibadah haji disunnah melakukan puasa arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun.
سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim)
5. Pahala Amal di Hari-hari itu dilipatgandakan
Keutamaan kelima dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, amal-amal pada hari itu dilipatgandakan pahalanya, baik amal di siang hari maupun amal di malam hari.
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan shalat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan shalat pada malam lailatul qadar. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi)
Tentu saja, ada pengecualian untuk puasa pada tanggal 10 Dzulhijjah karena pada hari itu diharamkan berpuasa.
6. Keistimewaan membaca tahlil, takbir dan tahmid
Keutamaan keenam dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, istimewanya waktu itu untuk membaca tahlil, takbir dan tahmid sehingga Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperbanyaknya.
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمَ عِنْدَ اللَّهِ وَلاَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
Tidak ada hari-ahri yang dianggap lebih agung oleh Allah SWT dan lebih disukai untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana hari pertama hingga kesepuluh Dzulhijjah ini. Karenanya, perbanyaklah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir, dan tahmid. (HR. Ahmad)
7. Di dalamnya ada Idul Adha
Keutamaan ketujuh dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, pada akhir waktu itu yaitu tanggal 10 Dzulhijjah adalah Hari raya Idul Adha yang merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam.
8. Di dalamnya disyariatkan ibadah udhiyah (berkurban)
Keutamaan kedelapan dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, disyariatkannya ibadah udhiyah. Yaitu menyembelih kurban -baik unta, sapi atau kambing- yang dimulai pada tanggal 10 Dzulhijjah itu.
9. Disyariatkannya Takbir Muthlaq
Keutamaan kesembilan dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah disyariatkannya takbir muthlaq (setiap saat) dan muqayyad (setelah shalat fardhu). Kesempatan bertakbir ini jauh lebih panjang daripada Idul Fitri.
10. Berkumpulnya Induk-induk Ibadah
Keutamaan kesepuluh dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah berkumpulnya induk-induk ibadah pada waktu itu. Sebab inilah yang menjadikan 10 hari pertama bulan Dzhulhijjah begitu istimewa.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Tampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah karena padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), iaitu: soalat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”
Demikian 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah. Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan keutamaan-keutamaan itu, termasuk pada bulan Dzulhijjah 1433H ini.
Sumber : FB Ustaz Hanif -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3617600692717&set=a.3360356141764.119709.1654875069&type=1
Saturday, September 15, 2012
SUNNAH BERCINCIN
Memakai cincin merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW. Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek :
“Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri).”-(Riwayat Muslim).
Nabi Muhammad SAW menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari
manis atau jari kelengkeng (anak jari).
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata ;”Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”-(Riwayat Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)

Hukum membuat tulisan pada cincin.
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin
Bagi kaum wanita, memakai cincin tidak ada had kerana ia memang menjadi perhiasan bagi mereka. Namun bagi kaum lelaki, diharamkan memakai emas kerana emas hanya khas sebagai perhiasan bagi kaum Muslimah.
Bolehkah lelaki memakai cincin yang bertatahkan berlian, sama ada tulen atau campuran ?
Boleh, harus bagi lelaki memakai cincin yang bertatahkan berlian. Bagaimana pun sebaik-baiknya cuba elakkan kerana berlian lazimnya menjadi perhiasan kaum wanita.
Bagaimana pula hukum kaum lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada logam lain ?
Memakai cincin yang diperbuat daripada logam perak adalah sunat bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang diperbuat dari perak sehingga Baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud :
“Rasulullah SAW melarang memakai cincin emas.”
Ini bermakna HARAM bagi lelaki memakai emas, SUNAT bagi lelaki memakai perak dan HARUS baginya memakai platinum. Bagaimanapun, memakai cincin perak bagi orang lelaki adalah sunnah kerana Rasulullah SAW memakainya dan dengan memakai cincin mengikut cara yang dilakukan oleh Baginda akan beroleh pahala. InsyaAllah.
sumber :
SEPULUH PINTU SYAITAN
Bismillahir Rahmanir Raheem…. All Praise is due to Allah….
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (Surah an-Nisa, ayat 120-121).
Ayat ini jelas menerangkan kepada manusia antara sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir ‘aku layak mendiami syurga’ tanpa perlu meningkatkan lagi amalan.
Punca mengapa manusia mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada ketika kita sedar atau tidak, sebenarnya ia menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia.
Pada ketika itu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Namun, beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu:
• Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
• Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak (benar).
• Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)
• Keempat – sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
• Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah
• Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua, orang yang berilmu dan imam (pemimpin) yang adil.” (Riwayat Muslim).
• Kelapan – melalui sifat ‘ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
• Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
• Kesepuluh - melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Sepuluh pintu beri ruang syaitan menguasai manusia

GAMBAR HIASAN

SEBAR-SEBARKAN!
Friday, September 14, 2012
Tuesday, July 24, 2012
AWAS ! LAGI PEMBONGKARAN TAKTIK PENYEBARAN AGAMA DAN DOKTRIN SYIAH DALAM NOVEL.
Novel Syiah -> Perempuan Nan Bercinta - Faisal Tehrani. Pada 9 Julai 2012 Ustaz Aizam Masood akan sentuh racun
Syiah bawaan Faisal Tehrani dalam buku Perempuan Nan Bercinta di Masjid Nurul
Yaqin SS7 Kelana Jaya lepas Maghrib. InsyaAllah.
Pengarang terkenal Faisal Tehrani menggesa pihak berkuasa menangani novel barunya Perempuan Nan Bercinta secara akademik dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengharamkannya.
"Pegawai agama perlu berada dalam ruang dia sendiri, saya buat kerja saya sendiri.
"Kalau sesiapa nak jawab (buku saya), jawab dalam bentuk akademik, jangan guna kuasa (mereka)," katanya tegas.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbang untuk mengharamkan novel terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) yang dilancarkan perdana menteri pada 3 Julai lalu.
Judul Buku : Perempuan Nan
Bercinta (2012)
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Harga : RM 35.00
Soalan: Adakah Syiah Islam?
Jawapan: Syiah pada asalnya Islam, tetapi mereka musyrik. Sebahagiannya musyrik dan sebahagian besarnya murtad.
Soalan: Siapa Tuhan Syiah sebenar?
Jawapan: Baca blog saya di http://klinik-muallij.blogspot.com/2012/07/siapa-tuhan-syiah-yang-sebenar-bukti.html
Soalan: Jika Syiah bukan Islam, kenapa Ahmadenajad boleh pergi haji?
Jawapan: Hendak mengerjakan haji, semua orang boleh! Asalkan mengucap dua kalimah syahadah. Orang lain itu tidak tahu apa di hati masing-masing. Salah satu tanda keimanan puak agama Syiah ialah "Tidak beriman seseorang Syiah melainkan dengan bertaqiyyah". Taqiyyah bermaksud berpura-pura, munafik dan berbohong kepada ahlu sunnah.
Soalan: Adakah Syiah masuk neraka?
Jawapan: Ya kerana syirik mereka.
Soalan: Adakah Syiah kafir?
Jawapan: Sebahagian besar telah kafir kerana mereka bukan bertauhid pada Allah sahaja.
Soalan: Jadi siapa sebilangan kecil yang tuan tidak kafirkan lagi?
Jawapan: Ada beberapa kelompok kecil iaitu:
1. Syiah Zaidiyyah di Yaman yang belum mengikuti Houthi.
2. Kelompok yang masih mengikuti ahlu sunnah wal jamaah dan hanya terikut-ikut kumpulan syiah atas dasar cintakan ahlulbait atau politik.
3. Mereka yang merasakan diri mereka ahlulbait tetapi dipinggirkan orang, lalu memilih beberapa jalan dari Syiah agar mereka diberikan perhatian.
Soalan: Adakah semua ahlulbait bersama dengan Syiah?
Jawapan: Tidak, saya sendiri tidak bersama Syiah, selain itu kita dapati beberapa ulama seperti Habib Umar dari Yaman juga bukan Syiah. Kenapa tuan yang tiada kaitan dengan ahlul bait pula yang tergerak hati hendak mengikuti Syiah?
Soalan: Di manakah sumber yang boleh saya dapati untuk mengetahui mengenai Syiah?
Jawapan: Saya telah tulis di http://klinik-muallij.blogspot.com/search/label/Syiah

Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam
karya "Perempuan Nan Bercinta" catatan Oleh Mufakir Islami Abu Haseef Husnizam Daim
Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. Tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h. Walaupun FT bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiah-nya itu. Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh FT dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tak boleh dibiarkan adalah kebiadapan FT terhadap para sahabat r.a.h. Dalam artikel ringkas ini penulis akan bongkarkan niat busuk lagi kotor FT terhadap Ahli Sunnah dan para sahabat r.a.h. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Mempertikaikan Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih
Sepertimana golongan Syiah Rafidhah yang lain, antara para sahabat yang paling dibenci oleh mereka adalah Sayyidina Abu Hurairah. Ini kerana Abu Hurairah adalah antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Bahkan telah berlaku ijmak di kalangan ahli hadith bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayat dan menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW.
Dalam Sahih Muslim, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a.h,, terdapat hadith yang menyatakan tentang kelebihan Abu Hurairah r.a. Bahawa Abu Hurairah r.a berkata: “Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah SAW dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku sehingga Baginda selesai menyampaikan hadithnya. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda”.
Berdasarkan kedudukan Abu Hurairah r.a. ini, sungguh lancang sekali si Faisal Tehrani untuk memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan menuduhnya sebagai israiliyyat. Di mana dalil dan buktinya ia israiliyyat, seperti yang didakwa pada halaman 36. Sebelumnya, pada halaman 33, FT membawakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari. Hadith ini menyentuh tentang kejadian Hawa/wanita daripada tulang rusuk Adam/lelaki yang dipertikaikan oleh golongan Syiah.
FT berniat buruk dengan cuba menimbulkan keraguan pada hadith yang diwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari tersebut. Hadith itu kononnya dikatakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tambahan lagi, FT menuduh ianya bersesuaian dengan tradisi Kristian. Jelas, nawaitu FT adalah untuk meruntuhkan kredibiliti para sahabat dan hadith-hadith sahih yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Padahal, FT sendiri dangkal dalam memahami kaedah syar'un man qablana syar'un lana ma lam yakun fi syari'ina ma yukhalifuhu iaitu apa yang terkandung dalam ajaran agama lain yang menetapi dan tidak menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah maka Islam menerimanya.
Seseorang yang waras sebenarnya tidak perlu untuk mempertikaikan hadith-hadith sebegini kerana ia tidak melibatkan implikasi iman dan amalan, ia hanya satu perkhabaran supaya kita mengagumi tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam penciptaan-Nya. Apa yang menghairankan FT sibuk untuk mencari 'titik kepalsuan' mazhab Sunni tetapi lupa untuk mengkritisi ajaran sesat Syiah yang dikaguminya sendiri. Mengapa tidak FT mengkaji, kenapa penganut Syiah sanggup menyambut perayaan Nairuz pada 21 Mac setiap tahun? Bukankah ia adalah perayaan memuja api penganut Majusi berbangsa Parsi suatu ketika dahulu? Bagaimana kitab-kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar boleh meriwayatkan kononnya Imam Mahdi Syiah akan muncul pada hari raya Majusi? Bukankah isu ini lebih berat kerana ia membabitkan implikasi iman dan amalan? Adakah Syiah meniru Majusi atau Majusi yang meniru Syiah? Dengan otak FT yang bijak itu, tidak logik jika FT tidak mampu untuk mengkaji ajaran kesayangannya sendiri.
Jika FT mahu juga berhujjah dengan perkara-perkara sebegini, sepatutnya FT menyelesaikan terlebih terdahulu ayat-ayat al-Qur'an al-Karim yang pada zahirnya seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita, itu pun jikalau menggunapakai kaedah berfikir singkat ala Faisal Tehrani. Antaranya seperti dalam surah al-Nisa' ayat 34 tentang kelebihan lelaki ke atas wanita, ayat 11 tentang bahagian lelaki yang lebih banyak daripada wanita dalam faraid dan lain-lain. Sebenarnya tiada pun apa yang didakwa diskriminasi jika dilihat menerusi kaca mata keadilan perbuatan Allah SWT yang Maha Sempurna lagi Bijaksana. Tetapi jika dilihat menerusi persepsi yang penuh dengan dendam kesumat untuk mencari-cari salah sumber Ahli Sunnah, maka pelbagai persepsi negatif akan cuba dibangkitkan demi mempertikaikan mazhab Sunni.
Isu diskriminasi wanita
Sebagai contoh, sikap FT ini terserlah pada halaman 8. FT cuba menggambarkan kononnya terdapat hadith dalam kitab-kitab Ahli Sunnah yang mendiskriminasikan kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka. Hadith-hadith sebegini juga dianggap menjadi punca al-Qur'an dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan oleh FT untuk memburuk-burukkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah walhal hadith tersebut mempunyai konteks yang tertentu.

Sebelum menjelaskan maksud sebenar hadith tersebut, perlu diingat keghairahan FT untuk mencari kelemahan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebenarnya telah memakan dirinya sendiri kerana hadith berkenaan majoriti ahli neraka adalah wanita pada hakikatnya bukan sahaja diriwayatkan di dalam hadih-hadith Ahli Sunnah sebaliknya ia juga diriwayatkan di dalam kitab-kitab Syiah malah matannya lebih panjang dan lebih terperinci. Sebagai contoh apa yang dinukilkan oleh al-Majlisi di dalam kitabnya Bihar al-Anwar daripada karangan al-Kulaini di dalam al-Furu’ mi al-Kafi berkenaan beberapa riwayat yang menyebut tentang majoriti penghuni neraka adalah golongan wanita.
Pertama: Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Mahbub daripada Abdullah bin Ghalib daripada Jabir al-Ja’fi daripada Abi Ja’far a.s, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar…kemudian bersabda: Wahai sekalian wanita, bersedekahlah, taatilah suami-suami kamu, sesungguhnya kebanyakannya kamu di dalam neraka. Ketika mana para wanita mendengar sedemikian, mereka menangis, kemudian bangun seorang wanita daripada mereka lalu berkata: Wahai Rasulullah, di dalam neraka bersama orang kafir? Demi Allah kami bukan orang kafir sehingga menjadi ahli neraka. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu semua adalah kafir terhadap hak-hak suami kamu".
Kedua: Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abi Basir, beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah kepada wanita lalu bersabda: “Wahai sekalian wanita, kamu bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, walaupun dengan sebiji tamar, walaupun dengan secebis tamar, sesungguhnya kebanyakan kamu adalah kayu api neraka…”
Sepatutnya FT juga perlu memasukkan riwayat-riwayat Syiah ini untuk dikritik bersama riwayat-riwayat Ahli Sunnah. FT perlu menjawab mengapa di dalam riwayat-riwayat Syiah juga turut mendiskriminasi kaum wanita. Malah di sana terdapat riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam mengenepikan kaum wanita, antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh al-Kulaini berbunyi: "Janganlah kamu memberi tempat kepada mereka (wanita) di dalam kamar-kamar dan jangan kamu ajar mereka menulis, tetapi ajarlah mereka bagaimana memintal benang dan surah al-Nur". Hadith ini turut dinukilkan oleh penulis-penulis Syiah terkemudian seperti al-Hurr al-'Amili dalam kitabnya Wasa'il al-Syiah yang meletakkan tajuk "Bab kesunatan mengajar kaum wanita surah al-Nur dan tenunan, tanpa mengajar surah Yusuf dan menulis" dan dalam bab lain dia meletakkannya di bawah tajuk "Bab kemakruhan menyediakan kaum wanita di bilik-bilik, mengajar menulis dan surah Yusuf…". Bagi para ulama Ahli Sunnah, hadith ini tidak sabit dan matannya bercanggah dengan hadith-hadith yang sahih. Oleh itu, zahir hadith yang mengatakan wanita tidak boleh dibenarkan untuk belajar menulis dan surah Yusuf adalah bertentangan dengan galakan belajar yang diperintahkan dalam agama Islam tanpa mengira jantina. Tetapi mengapa riwayat-riwayat sebegini wujud dalam ajaran sesat Syiah seperti yang didewa-dewakan oleh FT?
Setelah kita membaca riwayat-riwayat Syiah di atas, dapat difahami bahawa tujuan FT memaparkan hadith-hadith Ahli Sunnah hanyalah untuk mengaburi mata pembaca bagi membayangkan seolah-olah disiplin ilmu hadith yang ada di dalam mazhab Ahli Sunnah itu longgar sehingga terhadap hadith-hadith yang dirasakan tidak logik. Namun, kewujudan riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam hal mendiskriminasikan wanita tidak pula dijawab atau diulas oleh FT. Terdapat dua kemungkinan, sama ada FT jahil tentang ajaran Syiah kerana dia juga mengikut Syiah secara membuta tuli atau kerana dia sengaja mahu menyembunyikan riwayat-riwayat Syiah yang berbau diskriminasi terhadap kaum wanita tersebut.
Berbalik kepada hadith yang didakwa oleh Faisal Tehrani mendiskriminasikan kaum wanita, ia hanyalah dakwaan kosong daripada seorang yang berniat serong terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW. Berkenaan hadith di atas, ia termasuk dalam jenis hadith al-targhib wa al-tarhib yang bertujuan untuk memberi galakan atau ancaman dalam sesuatu amalan. Ini kerana golongan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai penghuni neraka tersebut ialah merujuk kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti tidak bersyukur dan menghargai pemberian suami (hadith Sahih al-Bukhari) dan berpakaian yang mendedahkan aurat (hadith Sahih Muslim). Ini bermakna ia bukan sama sekali merujuk kepada wanita itu secara fitrah kejadiannya maka ia didiskriminasikan daripada memasuki syurga. Ia seperti ungkapan Rasulullah SAW yang mengatakan majoriti penghuni syurga adalah golongan miskin, ia bukan bermakna golongan kaya didiskriminasikan tetapi kerana ramainya golongan kaya yang tidak menghiraukan soal halal dan haram dalam mencari rezeki serta tidak menunaikan hak-hak harta yang sepatutnya maka menyebabkan mereka tertahan daripada memasuki syurga.
Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a.
Dalam halaman 205 FT cuba untuk mempertikaikan kredibiliti Sayyidatina ‘Aisyah r.a. bagi menolak hadith yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dengan menuduh kononnya 'Aisyah sendiri belum wujud ketika kisah penurunan wahyu berlaku. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kejahilan pengarang tentang kedudukan 'mursal sahabi' dalam disiplin ilmu hadith iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tanpa dia menyaksikan sendiri atau mendengar sendiri daripada Rasulullah SAW tetapi memperolehinya daripada sahabat lain. Hadith 'mursal sahabi' tetap dianggap sahih menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana yang meriwayatkannya adalah para sahabat kecuali golongan yang meragukan dan mentohmah kejujuran para sahabat seperti Syiah. Walau bagaimanapun, berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi mengatakan ia didengari sendiri oleh 'Aisyah r.a.h berdasarkan beberapa lafaz yang terkandung di dalamnya.
Menuduh hadith-hadith keutamaan para sahabat hanyalah rekaan Sunni
Penyakit hati FT semakin terserlah pada halaman 179 apabila menuduh dengan biadap bahawa hadith-hadith keutamaan atau fadha'il sahabat direka bagi menutup perseteruan mereka dengan Sayyidina Ali r.a. Ini adalah suatu penghinaan kepada para sahabat Nabi SAW kerana cuba mengaitkan kelebihan atau fadha'il sahabat seperti yang terkandung di dalam hadith-hadith yang sahih itu hanyalah direkayasa demi kepentingan politik. Apakah FT tidak pernah membaca ayat-ayat al-Qur'an tentang pujian Allah SWT kepada para sahabat sehingga mereka diberikan gelaran radhiyallahu 'anhum?
Menghina Khulafa’ al-Rasyidin
Pada halaman 192, FT menghina pula para kibar al-sahabah terdiri daripada Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman dengan menuduh secara membuta tuli kononnya mereka telah melakukan kesilapan dalam berijtihad sambil menyertakan bilangan kesalahannya sekali. Siapakah FT atau Syiah untuk menilai kesilapan para sahabat dalam berijtihad? Sedangkan para sahabat adalah ahli ijtihad dalam nas-nas yang tidak muktamad. Jikapun berlaku kesalahan dalam berijtihad ia tidak menjadikan kedudukan mereka rendah malah dikurniakan pahala oleh Allah SWT kerana ijtihad para sahabat telah pun berlaku dan diakui oleh Rasulullah SAW pada zaman Baginda masih hidup dan Baginda tidak mengingkarinya.
Pada halaman 279-280 FT cuba menimbulkan persepsi seolah-olah para sahabat telah berpaling daripada Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Padahal hadith ini perlu dibaca dengan pelbagai riwayat yang lain kerana terdapat lafaz-lafaz yang berbeza seperti usayhabi dan ummati yang menurut para ulama merujuk kepada segelintir golongan yang telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW. Malah kita sedia maklum bagaimana Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sendiri telah memerangi golongan yang murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Kalimah 'sahabat' yang digunakan dalam hadith tersebut juga bukanlah merujuk kepada 'sahabat' dengan makna istilah tetapi makna bahasa. Kerana itu apabila Sayyidina Umar al-Khattab ingin membunuh ketua munafiqin, Abdullah bin Ubai bin Salul, ia tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW kerana Baginda bimbang nanti orang akan berkata Muhammad telah membunuh 'sahabat'nya sendiri. Ini bermakna walaupun Nabi SAW menyebut ‘sahabat’ ia bukan bermakna Baginda mengiktiraf semua yang menzahirkan keimanan mereka di hadapannya, tetapi ada di kalangan mereka itu yang munafiq dan ada di kalangan mereka yang murtad selepas kewafatan Baginda SAW dan mereka pada asasnya bukanlah ‘sahabat’ Nabi SAW kecuali pada bahasanya sahaja.
Menghina mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)
Daripada kebiadapan FT memperlekeh dan menghina para sahabat r.a.h., dia beralih pula mempertikaikan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan rasmi umat Islam di Malaysia dan majoriti umat Islam di dunia. Kedangkalan dan kecetekan pengetahuan FT makin terserlah ketika cuba untuk meruntuhkan disiplin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah establish. Nampak sangat geran penyelidikan GCPM yang diperoleh dari UKM tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat kajian perbandingan kecuali amat terhad kepada rujukan Syiah semata-mata. Penilaian FT terhadap mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah amat ‘menjelekkan’ kerana FT sendiri tidak mengkaji Ahli Sunnah secara komoprehensif menerusi rujukan-rujukan Ahli Sunnah yang muktabar.
Pada halaman 9, FT menyebut kita mesti berhenti mengkaji Islam daripada mazhab yang 90 peratus tetapi kembali kepada mazhab Syiah yang ‘asli’ yang mewakili 10 peratus umat Islam. Maknanya FT menganggap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini sekadar mazhab palsu. Begitu juga pada halaman 83, FT mengatakan mazhab Ahli Sunnah itu dasar dan asasnya bergantung kepada kesia-siaan kerana kononnya mazhab Sunni tidak berjaya menyelesaikan permasalahan wanita dan pelbagai tuntutan lain.
Pada halaman 170, FT dengan kajiannya yang ‘mendalam’ itu mengelirukan pembaca dengan mengatakan Ahli Sunnah hanya wujud selepas era Muktazilah dan tidak mampu menandingi sejarah Syiah yang dikatakan telah bermula sejak awal. FT sebenarnya jahil dan tidak memahami latar belakang Ahli Sunnah Wal-Jamaah lalu mendakwa gelaran Ahli Sunnah tidak pernah wujud pada zaman awal Islam. Kalaulah FT menggunakan sedikit akalnya, dia pasti akan dapat membezakan antara istilah dan sejarah, justeru FT tidak akan membuat kesimpulan yang terencat akal itu. FT bukan tak tahu, kewujudan ‘istilah’ tidak semestinya seiring dengan sejarah yang menggambarkan kewujudan ‘istilah’ itu. Misalnya, apabila disebut “Malaysia” ia adalah satu istilah bagi merujuk kepada negara kita, tetapi ia tidak boleh menggambarkan kewujudan sejarah Tanah Melayu yang lebih awal daripada istilah Malaysia itu sendiri.
Begitu juga istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ia hanya satu istilah untuk merujuk kepada manhaj Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika tidak kerana wujudnya golongan ahli bid’ah dan sesat seperti Syiah, sudah tentu tidak perlu wujud istilah tertentu untuk merujuk kepada Islam yang asli. Mungkin cukup sekadar disebut Islam semata-mata sebagaimana yang dinaskan di dalam al-Qur’an dan hadith. Namun apabila wujudnya golongan yang berpecah keluar daripada gagasan Islam yang sebenar, maka wujudlah istilah untuk membezakan antara Islam yang haq dan Islam yang batil seperti Syiah.
Bertambah-tambah dangkal lagi, apabila FT mengatakan istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya timbul selepas daripada kemunculan dua imam besar Sunni iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Buat makluman FT dan pengkaji Syiah tegar, istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah buat pertama kali telah digunakan oleh Ibn Abbas, seorang sahabat besar yang juga merupakan sepupu Nabi SAW yang wafat pada tahun 68 hijriyah. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, tafsiran ayat 106 surah Ali Imran) Walau bagaimanapun apabila kita merujuk kepada hadith-hadith Rasulullah SAW begitu banyak sekali ungkapan Baginda supaya berpegang kepada sunnah dan jamaah. Justeru, andaian FT itu sekadar bertujuan untuk mentohmah kedua-dua imam besar Sunni yang menjadi pengasas kepada mazhab Asya’irah dan Maturidiyyah seolah-olah kedua-dua mereka inilah pembuat bid’ah yang merekayasa istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Betapa dustanya tangan FT menulis seperti itu!
Sebagai ahli akademik, sepatutnya apa yang dikaji oleh FT untuk menilai Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah pada manhaj yang dibawa menerusi karya-karya mereka. Barulah boleh disimpulkan maksud di sebalik istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi popular pada zaman mereka. Apakah mereka membina mazhab baru atau ia merupakan suatu kesinambungan daripada golongan salafussoleh sebelum mereka. Apa yang sepatutnya adalah FT mengkaji sejauhmana kesinambungan antara ajaran Syiah dengan Ahlul Bayt? Hakikatnya, tiada langsung kesinambungan antara Syiah dengan imam-imam Ahlul Bayt. Apakah hujjah Syiah untuk mengatakan kepercayaan mereka hari ini benar-benar berdasarkan Ahlul Bayt?
Al-Kulaini dalam al-Kafi menukilkan dari Muhammad bin al-Hasan bahawa, “Dahulunya para masyayikh mereka meriwayatkan dari Ja’far dan Abi Abdillah, ketika itu taqiyyah amat bersangatan lalu mereka menyembunyikan kitab-kitab mereka dan tidak meriwayatkan daripada mereka, lalu apabila mereka meninggal dunia, kitab-kitab mereka sampai kepada kita, lalu (Muhammad bin al-Hasan) berkata: Riwayatkanlah ia, sesungguhnya ia benar”. (al-Kafi 1/53) Bukankah hadith Syiah ini pelik, boleh meriwayatkan daripada Ahlul Bayt tanpa perlu kepada sanad yang sahih dan benar-benar sampai kepada Ahlul Bayt. Oleh sebab itulah, ketika penulis berdialog dengan Syiah Melayu jadian, Kamilzuhairi di Bagan Serai, Kamil mengatakan Syiah tidak memiliki kitab sahih seperti Ahli Sunnah. Hairan sungguh, bagaimana mereka boleh mendakwa berada di atas kebenaran sedangkan tidak memiliki sanad yang sahih daripada Ahlul Bayt? Adakah benar mereka itu syiah (pengikut) Ahlul Bayt atau sebenarnya syiah kepada pendusta dan pembohong agama, Abdullah bin Saba’?
Pada halaman 338-339, FT terus membakar sentimen anti Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan menuduh kononnya Ahli Sunnah hanyalah sebuah pakatan yang rapuh. Keempat-empat mazhab dalam Ahli Sunnah dituduh FT sebagai saling bercakaran antara satu dengan lain hasil daripada pakatan fiqh yang longgar dan saling bertabrakan. Istilah “pakatan fiqh” sudah cukup menunjukkan FT tidak punya gambaran yang tepat berkenaan mazhab empat. FT mungkin menyangka keempat-empat mazhab itu terdiri daripada kumpulan yang memiliki ideologi berlainan lalu berpakat menjadi satu pakatan persis pakatan politik. Padahal keempat-empat mazhab bahkan lebih dari itu (jika ditambah dengan mazhab salaf yang lain termasuk Imam Ja’far al-Sadiq) hanyalah menifestasi daripada kepelbagaian pandangan dalam mereka memahami nas-nas yang tidak muktamad. Dalam konteks masa kini, kepelbagaian mazhab fiqh itu tidak pernah menjadi bebanan kepada umat Sunni malahan ia menjadi khazanah ilmu Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang begitu kaya dan tidak ternilai terutamanya dalam mengeluarkan fatwa berkenaan isu-isu semasa sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Hakikatnya banyak lagi yang perlu dipelajari oleh FT tentang perkembangan mazhab Ahli Sunnah. Namun begitu ada baiknya FT membuka mindanya dengan mengkaji sejarah Syiah sendiri yang penuh dengan perpecahan dalam masalah prinsip seperti yang terkandung dalam buku Firaq al-Syiah karangan ulama Syiah terawal al-Nawbakhti. Di situ mungkin FT akan terkejut bahawa Syiah bukan sahaja berselisih dalam masalah fiqh bahkan ada pecahan Syiah yang mengatakan Ali itu adalah tuhan!!!
Berdasarkan kajian cetek
FT ini, dia kemudiannya membuat kesimpulan pada halaman 341 supaya penganut
Islam meninggalkan Ahli Sunnah dan menggantikannya dengan ajaran sesat Syiah.
Tidak dapat dipastikan apakah ini suatu bentuk HASUTAN terhadap pihak yang bertanggungjawab
menjunjung dan memelihara agama Islam di negara ini termasuk Raja-Raja Melayu,
Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam. Jika ia benar, dipohon supaya
tindakan dikenakan kepada penghasut ini. Secara akademik, perbezaan yang
berlaku antara mazhab, tidak perlu sehingga membuang mazhab yang lain dan
menggantikannya dengan yang baru. Ia seperti perbezaan empat mazhab Sunni yang
saling bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihi dan tidak saling dakwah
mendakwah antara satu dengan lain. Tetapi niat Faisal Tehrani jelas, untuk
menjatuhkan Sunni dan menggantikannya dengan Syiah! Inilah cita-cita puak Syiah
dan buktinya jelas kelihatan di Iran, Iraq, Bahrain, Yaman, Syria, Lubnan,
Mesir dan lain-lain. Kesimpulannya, benarlah telahan penulis, Syiah adalah satu
ajaran yang hanya akan tertegak di atas keruntuhan Sunni! Pekung Syiah
benar-benar terbarai daripada otak pemikiran Mohd Faizal Musa dalam bukunya
ini. Semoga pihak berkuasa sedar dan tidak terus tertidur dibuai mimpi…
*********************************************************************************
Faisal harap jaminan PM Perempuan Nan Bercinta tidak diharam
JAMILAH HAMZAH
7 Julai 2012
7 Julai 2012
SHAH ALAM - Penulis terkenal Faisal Tehrani, yang menyertai Persatuan Penulis Kaum India Malaysia (Kavyan) sebagai Ahli Kehormat semalam, mengharapkan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar novel terbarunya,Perempuan Nan Bercintatidak diharamkan oleh pihak berkuasa.
Novel yang dilancarkan Perdana Menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu atas alasan dikaitkan dengan fahaman Syiah.
Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim, Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta sedang diteliti dengan mendalam.
Ketika ditemui di sini semalan, Faisal juga berkata, beliau berasa hairan dan tertanya-tanya ekoran ada ura-ura yang mengatakan Jakim sedang merancang untuk mengharamkan karya terbarunya itu.
"Perdana Menteri sendiri telah lakukan banyak usaha untuk tarik perhatian masyarakat pengarang khususnya sasterawan Melayu dengan curahkan duit yang banyak supaya pengarang-pengarang kita lebih luas tasawuf mereka.
"Najib malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddil al-Afghani, seorang reformis bermazhab Syiah yang diterima baik, sebagai tanda aras," katanya ketika ditemui pada Program Hari Ilmu Negeri Selangor 2012 di sini.
Menurutnya lagi, karya terbarunya itu adalah satu geran untuknya sebagai ahli akademik membuat penyelidikan mengenai kewujudan Syiah di alam Melayu dan perkara tersebut tidak perlu menjadi satu ketakutan kepada masyarakat.
"Jadi ketakutan kita kepada perkara-perkara ini (kewujudan Syiah) haruslah dibuang kerana saya duduk dalam ruang sebagai ahli akademik.
"Jadi ruang ahli akademik dan keagamaan jangan sampai berseberangan walaupun ia berhubungan, jadi kami da tugas kami dan ahli agama ada tugas mereka," kata Faisal.
Faisal juga meminta ruang untuk dirinya sebagai seorang ahli akademik menjalankan tanggungjawab dan peranannya dengan baik tanpa ada sebarang provokasi serta berharap dengan jaminan Perdana Menteri karya-karyanya tidak mengalami masalah lagi.
"Saya akan terus menulis dan meneruskan kajian serta akademik seperti biasa," katanya.
Mengulas lanjut, Faisal berkata, beliau menyertai Kavyan semalam dengan matlamat mahu memecahkan benteng perkauman dalam dunia sastera di Malaysia.
Faisal berkata, sastera Melayu bukannya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja tetapi terbuka kepada semua kaum tanpa mengira bangsa.
"Saya sertai Kavyan antaranya untuk pecahkan benteng tersebut untuk lihat karya Kavyan juga satu wadah untuk masyarakat dan penulis," katanya.
Sementera itu, Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB berkata, Kavyan mengalu-alukan kemasukan Faisal sebagai Ahli Kehormat Kavyan dan beliau ahli “Bukan Kaum India” pertama sejak keahlian dibuka kepada umum pada November 2011.
"Segala usaha dan perjuangan Kavyan demi penulis dan penulisan (tanpa mengira kaum dan agama) tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik.
"Dalam isu novel Perempuan Nan Bercinta mungkin diharamkan, Kavyan tidak mahu masuk campur dalam urusan Jakim," katanya.
Namun Uthaya turut berkata, Kavyan bercadang menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan pengesahan memandangkan Jakim mengesahkan sekarang dalam proses tindakan pengharaman novel itu.
Monday, July 16, 2012
Keutamaan Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan Larangan Mencela Mereka
Bismillahir Rahmanir Rahim
Imâm an-Nawawî rahimahullâhu berkata :
“Sahabat adalah setiap muslim yang melihat Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun hanya sekilas. Pendapat inilah yang benar mengenai batasan (seseorang dikatakan sebagai) sahabat dan inilah madzhab yang dipegang oleh Ahmad bin Hanbal dan Abū ‘Abdillâh al-Bukhârî di dalam Shahîh-nya serta seluruh ulama ahli hadits.”
(Syarhul Muslim 1/35)
Beliau rahimahullâhu juga berkata :
“Sesungguhnya yang benar adalah pendapat jumhur, yaitu seluruh muslim yang melihat Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun hanya sesaat, maka ia termasuk sahabat beliau.”
(Ibid : 16:85)
Al-Hâfizh Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Sahabat adalah orang yang melihat Rasulullah Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dalam keadaan Islâm ketika melihatnya, walaupun tidak lama dan tidak meriwayatkan satu haditspun dari beliau. Dan ini merupakan pendapat jumhur (mayoritas) ulama, baik kholaf (kontemporer) maupun salaf (terdahulu).
(al-Bâ’its al-Hatsîts : II/491).
Al-Hâfizh Ibnu Hajar al-Aqsolânî rahimahullâhu berkata :
“Yang paling benar sejauh penelitian saya tentang hal ini adalah, sahabat adalah orang yang menjumpai Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dalam keadaan mengimani beliau dan wafat dalam keadaan Islâm. Termasuk sahabat adalah orang yang menjumpai beliau, baik dalam waktu yang lama maupun singkat, baik meriwayatkan (hadits) dari beliau maupun tidak meriwayatkan, baik yang turut berperang beserta beliau maupun yang tidak, orang yang melihat beliau walaupun belum pernah menemani beliau, dan orang yang tidak melihat beliau disebabkan sesuatu hal seperti buta…” Kemudian al-Hâfizh melanjutkan perkataannya : “Definisi ini dibangun di atas pendapat yang paling benar dan terpilih menurut para ulama peneliti (muhaqqiqîn), semisal al-Bukhârî dan guru beliau, Ahmad bin Hanbal, dan yang meneladani mereka berdua. Adapun pendapat selain ini merupakan pendapat yang ganjil (syâdzah).”
Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Status sahabat dapat diketahui acap kali dengan (berita) yang mutawatir, atau berita yang mustafîdhah (banyak namun di bawah derajat mutawatir), atau dengan kesaksian sahabat yang lain, atau bisa juga dengan meriwayatkan hadits NAbî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, baik secara simâ’ (mendengar) ataupun menyaksikan, selama satu zaman (dengan NAbî).”
(al-Ba’îts al-Hatsîts II/491)
Larangan Mencela Para Sahabat.
Para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah melarang sesiapa daripada mencela para sahabat. Sesiapa mencela para sahabat dianggap telah melakukan kesalahan yang besar dan layak dihukum.
Dari Abu Sa’id Al Khudri Radhiyallahu ‘ahnu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,: ”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas sebesar Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.”
(Imam Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Manaqib, Bab Qauluhu Lau Itakhadztu Khalilan, no. 3397 dan lafaz ini adalah lafaz Al Bukhari).
(Imam Muslim dalam Shahih-nya, kitab Fadhail Al Sahabat, Bab Tahrim Sabbi Ash Shahabat, no. 4610 dan 4611).
(Imam At Tirmidzi dalam Sunan-nya, kitab Al Manaqib ‘An An Nabi, Bab Fiman Sabba Ashabi An Nabi, no. 3796).
Imam ath-Thahawi berkata di dalam Kitab ‘aqidah-nya :
“Kami mencintai sahabat-sahabat Rasulullah saw dan kami tidaklah melepaskan kecintaan kami dan berlepas diri (baro’) terhadap salah seorang pun dari mereka. Kami membenci orang yang membenci mereka dan tidak mau menyebutkan kebaikan mereka. Kami tidak mau menyebut mereka melainkan dengan kebaikan. mencintai mereka adalah bagian dari agama, iman dan ihsan, sedangkan membenci mereka merupakan kekufuran, nifaq dan perbuatan melampaui batas.”
Imam al-Baghowi di dalam Syarhus Sunnah mengatakan :
“Imam Malik berkata, barangsiapa yang membenci salah seorang sahabat Rasulullah saw, maka akan menancap di dalam hatinya kedengkian yang menyebabkan dirinya tidak berhak untuk mendapatkan harta rampasan (fai’) kaum muslimin.”
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab beliau,as-Sunnah, berkata :
“Termasuk sunnah adalah menyebutkan kebaikan-kebaikan seluruh sahabat Rasulullah saw dan menahan diri dari berbicara tentang perkara yang terjadi di antara mereka. Barangsiapa yang mencela sahabat Rasulullah saw atau salah seorang dari mereka, maka ia adalah seorang ahli bid’ah Rafidhi. Mencintai sahabat adalah sunnah, mendoakan mereka adalah ibadah, meneladani mereka adalah wasilah (cara) dan mengambil atsar mereka adalah keutamaan.”
Imam Abu ‘Utsman ash-Shobuni di dalam kitabnya, ‘Aqidatus Salaf wa AshhAbîl Hadits mengatakan :
“(Kaum salaf dan ashhAbîl hadits) berpandangan untuk menahan diri dari (memperbincangkan) perselisihan yang terjadi di tengah sahabat Rasulullah saw, menyucikan lisan dari menyebutkan aib-aib (keburukan) dan kekurangan mereka dan mendoakan rahmat (tarahum) bagi semuanya serta memberikan kecintaan (wala’) bagi seluruhnya.”
Abu Zur‘ah al-Razi rahimahullah (264H) berkata:
"Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan salah seorang daripada sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ketahuilah bahawa orang itu zindik (yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya kafir). Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di sisi kita adalah benar, al-Qur’an adalah benar dan apa yang datang dengannya adalah benar. Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah telah disampaikan kepada kita hanya menerusi para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka (yang memburuk-burukkan sahabat) mahu mencacatkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan terhadap) ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan mereka begitu, maka merekalah yang lebih patut dicacatkan dan mereka adalah golongan zindik."
(Diriwayatkan oleh al-Khatib di dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, ms. 49 (Bab Berkenaan pengiktirafan Allah dan Rasul-Nya akan sifat adil para sahabat).
Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (544H):
"Mencela dan memburuk-burukkan Ahl al-Bait, para isteri dan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah haram serta dilaknati ke atas pembuatnya.
(al-Syifa’, jld. 2, ms. 246).
Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata:
"Sesiapa yang mencaci Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka dia dibunuh manakala sesiapa yang mencaci para sahabatnya maka dihukum."
(Diriwayatkan oleh al-Qadhi ‘Iyadh di dalam al-Syifa’, jld. 2, ms. 246).
al-Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu 'anhum adalah haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan sama ada kepada mereka yang terlibat di dalam peristiwa fitnah atau selainnya. Ini kerana mereka adalah para mujtahid di dalam peperangan tersebut. al-Qadhi (‘Iyadh) menambah: Mencela salah seorang daripada sahabat merupakan kesalahan yang besar. Pandangan kami serta pandangan jumhur ilmuan adalah mereka itu dihukum tetapi tidaklah dibunuh. Namun menurut sebahagian ulama’ Maliki mereka itu dibunuh."
(Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi, jld. 16, ms. 93).
Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
Adapun orang yang mencela salah seorang daripada para sahabat Rasulullah, sama ada dari kalangan Ahl al-Bait baginda atau selain mereka, (Ahl al-Bait adalah ahli keluarga Rasulullah, mereka termasuk dalam keumuman kategori sahabat.) maka menurut al-Imam Ahmad dia dipukul dengan sekeras-kerasnya, namun tidak dihukum sebagai kafir mahupun dibunuh. Berkata ‘Abd Allah (bin Ahmad bin Hanbal), aku bertanya kepada ayahku, siapakah al-Rafidhah? Beliau menjawab: Mereka ialah golongan yang mencela atau mencaci-maki Abu Bakar serta Umar radhiallahu ‘anhuma.
(Nukilan berpisah daripada al-Sharim al-Maslul ‘ala Syatim al-Rasul (Dar Ibn Hazm, Beirut 1417H), jld. 3, ms 1055-1056).
Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah juga mengulas hal yang sama:
Para ilmuan berselisih pendapat tentang hukum orang yang mencela para sahabat. Berkata (al-Qadhi) ‘Iyadh, menurut jumhur ilmuan mereka dihukum manakala menurut sebahagian ilmuan Mazhab Maliki, mereka dibunuh. Sebahagian ilmuan Mazhab al-Syafi’e hukum sedemikian (hukum bunuh) dijatuhkan kepada sesiapa yang mencela Abu Bakar dan ‘Umar serta Hasan dan Husain (dua cucu Rasulullah). Ini dihikayatkan oleh al-Qadhi Husain dan diperkuatkan oleh al-Subki kepada sesiapa yang mengkafirkan Abu Bakar dan ‘Umar.
( Fath al-Bari, jld. 7, ms. 36).
Demikianlah pandangan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ke atas orang-orang yang mencela para sahabat radhiallahu 'anhum.
Semoga Allah memberinya ganjaran yang terbaik, telah mengemukakan sejumlah fatwa daripada para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sejak dari zaman awal berkenaan hukum yang layak ke atas orang yang mencela para sahabat radhiallahu 'anhum. Di sini kami hanya mengemukakan sebahagian daripadanya memandangkan kebanyakan daripada fatwa tersebut adalah hampir sama.
Para pembaca akan mendapati sebahagian daripada fatwa ini menjatuhkan hukum yang saling berbeza. Perbezaan ini bukanlah sesuatu yang saling bertentangan, tetapi saling menguat antara satu sama lain. Tahap hukum yang berbeza dijatuhkan kepada individu yang berbeza bergantung kepada kadar celaan yang mereka berikan kepada para sahabat dan luasnya fitnah yang terhasil daripada perbuatan mencela mereka itu.
Walaubagaimanapun, manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebelum menjatuhkan hukuman ialah memastikan hujah yang benar lagi jelas telah ditegakkan kepada orang yang melakukan perbuatan mencela para sahabat. Tidak boleh menghukum orang yang jahil, keliru atau tidak sengaja.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada kami, mereka dan seluruh kaum muslimin, dan mempersatukan hati-hati kita di atas al-Qur`an dan as-Sunah menurut pemahaman salaful ummah.
Subscribe to:
Posts (Atom)