Monday, July 16, 2012

Keutamaan Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan Larangan Mencela Mereka


Bismillahir Rahmanir Rahim


Imâm an-Nawawî rahimahullâhu berkata :

“Sahabat adalah setiap muslim yang melihat Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun hanya sekilas. Pendapat inilah yang benar mengenai batasan (seseorang dikatakan sebagai) sahabat dan inilah madzhab yang dipegang oleh Ahmad bin Hanbal dan Abū ‘Abdillâh al-Bukhârî di dalam Shahîh-nya serta seluruh ulama ahli hadits.”
(Syarhul Muslim 1/35)

 Beliau rahimahullâhu juga berkata :
“Sesungguhnya yang benar adalah pendapat jumhur, yaitu seluruh muslim yang melihat Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun hanya sesaat, maka ia termasuk sahabat beliau.”
(Ibid : 16:85)

Al-Hâfizh Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Sahabat adalah orang yang melihat Rasulullah Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dalam keadaan Islâm ketika melihatnya, walaupun tidak lama dan tidak meriwayatkan satu haditspun dari beliau. Dan ini merupakan pendapat jumhur (mayoritas) ulama, baik kholaf (kontemporer) maupun salaf (terdahulu).
(al-Bâ’its al-Hatsîts : II/491).

 Al-Hâfizh Ibnu Hajar al-Aqsolânî rahimahullâhu berkata :
“Yang paling benar sejauh penelitian saya tentang hal ini adalah, sahabat adalah orang yang menjumpai Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dalam keadaan mengimani beliau dan wafat dalam keadaan Islâm. Termasuk sahabat adalah orang yang menjumpai beliau, baik dalam waktu yang lama maupun singkat, baik meriwayatkan (hadits) dari beliau maupun tidak meriwayatkan, baik yang turut berperang beserta beliau maupun yang tidak, orang yang melihat beliau walaupun belum pernah menemani beliau, dan orang yang tidak melihat beliau disebabkan sesuatu hal seperti buta…” Kemudian al-Hâfizh melanjutkan perkataannya : “Definisi ini dibangun di atas pendapat yang paling benar dan terpilih menurut para ulama peneliti (muhaqqiqîn), semisal al-Bukhârî dan guru beliau, Ahmad bin Hanbal, dan yang meneladani mereka berdua. Adapun pendapat selain ini merupakan pendapat yang ganjil (syâdzah).”

 Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Status sahabat dapat diketahui acap kali dengan (berita) yang mutawatir, atau berita yang mustafîdhah (banyak namun di bawah derajat mutawatir), atau dengan kesaksian sahabat yang lain, atau bisa juga dengan meriwayatkan hadits NAbî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, baik secara simâ’ (mendengar) ataupun menyaksikan, selama satu zaman (dengan NAbî).” 
(al-Ba’îts al-Hatsîts II/491)

Larangan Mencela Para Sahabat.

Para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah melarang sesiapa daripada mencela para sahabat. Sesiapa mencela para sahabat dianggap telah melakukan kesalahan yang besar dan layak dihukum. 
Dari Abu Sa’id Al Khudri Radhiyallahu ‘ahnu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,: ”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas sebesar Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.”
 (Imam Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Manaqib, Bab Qauluhu Lau Itakhadztu Khalilan, no. 3397 dan lafaz ini adalah lafaz Al Bukhari).
(Imam Muslim dalam Shahih-nya, kitab Fadhail Al Sahabat, Bab Tahrim Sabbi Ash Shahabat, no. 4610 dan 4611).
(Imam At Tirmidzi dalam Sunan-nya, kitab Al Manaqib ‘An An Nabi, Bab Fiman Sabba Ashabi An Nabi, no. 3796).

Imam ath-Thahawi berkata di dalam Kitab ‘aqidah-nya :
“Kami mencintai sahabat-sahabat Rasulullah saw dan kami tidaklah melepaskan kecintaan kami dan berlepas diri (baro’) terhadap salah seorang pun dari mereka. Kami membenci orang yang membenci mereka dan tidak mau menyebutkan kebaikan mereka. Kami tidak mau menyebut mereka melainkan dengan kebaikan. mencintai mereka adalah bagian dari agama, iman dan ihsan, sedangkan membenci mereka merupakan kekufuran, nifaq dan perbuatan melampaui batas.”

 Imam al-Baghowi di dalam Syarhus Sunnah mengatakan :
“Imam Malik berkata, barangsiapa yang membenci salah seorang sahabat Rasulullah saw, maka akan menancap di dalam hatinya kedengkian yang menyebabkan dirinya tidak berhak untuk mendapatkan harta rampasan (fai’) kaum muslimin.”

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab beliau,as-Sunnah, berkata :
“Termasuk sunnah adalah menyebutkan kebaikan-kebaikan seluruh sahabat Rasulullah saw dan menahan diri dari berbicara tentang perkara yang terjadi di antara mereka. Barangsiapa yang mencela sahabat Rasulullah saw atau salah seorang dari mereka, maka ia adalah seorang ahli bid’ah Rafidhi. Mencintai sahabat adalah sunnah, mendoakan mereka adalah ibadah, meneladani mereka adalah wasilah (cara) dan mengambil atsar mereka adalah keutamaan.”

Imam Abu ‘Utsman ash-Shobuni di dalam kitabnya, ‘Aqidatus Salaf wa AshhAbîl Hadits mengatakan :
“(Kaum salaf dan ashhAbîl hadits) berpandangan untuk menahan diri dari (memperbincangkan) perselisihan yang terjadi di tengah sahabat Rasulullah saw, menyucikan lisan dari menyebutkan aib-aib (keburukan) dan kekurangan mereka dan mendoakan rahmat (tarahum) bagi semuanya serta memberikan kecintaan (wala’) bagi seluruhnya.”

 Abu Zur‘ah al-Razi rahimahullah (264H) berkata:
"Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan salah seorang daripada sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ketahuilah bahawa orang itu zindik (yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya kafir). Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di sisi kita adalah benar, al-Qur’an adalah benar dan apa yang datang dengannya adalah benar. Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah telah disampaikan kepada kita hanya menerusi para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka (yang memburuk-burukkan sahabat) mahu mencacatkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan terhadap) ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan mereka begitu, maka merekalah yang lebih patut dicacatkan dan mereka adalah golongan zindik."
(Diriwayatkan oleh al-Khatib di dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, ms. 49 (Bab Berkenaan pengiktirafan Allah dan Rasul-Nya akan sifat adil para sahabat).

Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (544H):
"Mencela dan memburuk-burukkan Ahl al-Bait, para isteri dan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah haram serta dilaknati ke atas pembuatnya.
(al-Syifa’, jld. 2, ms. 246). 

Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata:
"Sesiapa yang mencaci Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka dia dibunuh manakala sesiapa yang mencaci para sahabatnya maka dihukum."
(Diriwayatkan oleh al-Qadhi ‘Iyadh di dalam al-Syifa’, jld. 2, ms. 246).

al-Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu 'anhum adalah haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan sama ada kepada mereka yang terlibat di dalam peristiwa fitnah atau selainnya. Ini kerana mereka adalah para mujtahid di dalam peperangan tersebut. al-Qadhi (‘Iyadh) menambah: Mencela salah seorang daripada sahabat merupakan kesalahan yang besar. Pandangan kami serta pandangan jumhur ilmuan adalah mereka itu dihukum tetapi tidaklah dibunuh. Namun menurut sebahagian ulama’ Maliki mereka itu dibunuh."
(Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi, jld. 16, ms. 93).

Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
Adapun orang yang mencela salah seorang daripada para sahabat Rasulullah, sama ada dari kalangan Ahl al-Bait baginda atau selain mereka, (Ahl al-Bait adalah ahli keluarga Rasulullah, mereka termasuk dalam keumuman kategori sahabat.) maka menurut al-Imam Ahmad dia dipukul dengan sekeras-kerasnya, namun tidak dihukum sebagai kafir mahupun dibunuh. Berkata ‘Abd Allah (bin Ahmad bin Hanbal), aku bertanya kepada ayahku, siapakah al-Rafidhah? Beliau menjawab: Mereka ialah golongan yang mencela atau mencaci-maki Abu Bakar serta Umar radhiallahu ‘anhuma.
(Nukilan berpisah daripada al-Sharim al-Maslul ‘ala Syatim al-Rasul (Dar Ibn Hazm, Beirut 1417H), jld. 3, ms 1055-1056).

Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah juga mengulas hal yang sama:
Para ilmuan berselisih pendapat tentang hukum orang yang mencela para sahabat. Berkata (al-Qadhi) ‘Iyadh, menurut jumhur ilmuan mereka dihukum manakala menurut sebahagian ilmuan Mazhab Maliki, mereka dibunuh. Sebahagian ilmuan Mazhab al-Syafi’e hukum sedemikian (hukum bunuh) dijatuhkan kepada sesiapa yang mencela Abu Bakar dan ‘Umar serta Hasan dan Husain (dua cucu Rasulullah). Ini dihikayatkan oleh al-Qadhi Husain dan diperkuatkan oleh al-Subki kepada sesiapa yang mengkafirkan Abu Bakar dan ‘Umar.
( Fath al-Bari, jld. 7, ms. 36).

Demikianlah pandangan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ke atas orang-orang yang mencela para sahabat radhiallahu 'anhum.

Semoga Allah memberinya ganjaran yang terbaik, telah mengemukakan sejumlah fatwa daripada para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sejak dari zaman awal berkenaan hukum yang layak ke atas orang yang mencela para sahabat radhiallahu 'anhum. Di sini kami hanya mengemukakan sebahagian daripadanya memandangkan kebanyakan daripada fatwa tersebut adalah hampir sama.

Para pembaca akan mendapati sebahagian daripada fatwa ini menjatuhkan hukum yang saling berbeza. Perbezaan ini bukanlah sesuatu yang saling bertentangan, tetapi saling menguat antara satu sama lain. Tahap hukum yang berbeza dijatuhkan kepada individu yang berbeza bergantung kepada kadar celaan yang mereka berikan kepada para sahabat dan luasnya fitnah yang terhasil daripada perbuatan mencela mereka itu.

Walaubagaimanapun, manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebelum menjatuhkan hukuman ialah memastikan hujah yang benar lagi jelas telah ditegakkan kepada orang yang melakukan perbuatan mencela para sahabat. Tidak boleh menghukum orang yang jahil, keliru atau tidak sengaja.
 Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada kami, mereka dan seluruh kaum muslimin, dan mempersatukan hati-hati kita di atas al-Qur`an dan as-Sunah menurut pemahaman salaful ummah.






No comments:

Post a Comment