Memakai cincin merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW. Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek :
“Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri).”-(Riwayat Muslim).
Nabi Muhammad SAW menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari
manis atau jari kelengkeng (anak jari).
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata ;”Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”-(Riwayat Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata ;”Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”-(Riwayat Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)
Hukum membuat tulisan pada cincin.
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin
Bagi kaum wanita, memakai cincin tidak ada had kerana ia memang menjadi perhiasan bagi mereka. Namun bagi kaum lelaki, diharamkan memakai emas kerana emas hanya khas sebagai perhiasan bagi kaum Muslimah.
Bolehkah lelaki memakai cincin yang bertatahkan berlian, sama ada tulen atau campuran ?
Boleh, harus bagi lelaki memakai cincin yang bertatahkan berlian. Bagaimana pun sebaik-baiknya cuba elakkan kerana berlian lazimnya menjadi perhiasan kaum wanita.
Bagaimana pula hukum kaum lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada logam lain ?
Memakai cincin yang diperbuat daripada logam perak adalah sunat bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang diperbuat dari perak sehingga Baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud :
“Rasulullah SAW melarang memakai cincin emas.”
Ini bermakna HARAM bagi lelaki memakai emas, SUNAT bagi lelaki memakai perak dan HARUS baginya memakai platinum. Bagaimanapun, memakai cincin perak bagi orang lelaki adalah sunnah kerana Rasulullah SAW memakainya dan dengan memakai cincin mengikut cara yang dilakukan oleh Baginda akan beroleh pahala. InsyaAllah.
sumber :
No comments:
Post a Comment