Sunday, September 4, 2011

SELAMATKAN ANAKMU DARI LEMBAH ZINA


Sesungguhnya zina itu merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang amat keji dan hina. Malah perbuatan jijik ini boleh membahayakan keturunan manusia. Sebab itulah agama Islam "bertindak pantas" yakni Allah dengan kasih sayang dan limpah RahmatNya telah "memberi' garis panduan yang jelas agar tidak terjatuh ke lembaqh zina iaitu dengan cara menjauhinya. Cara menjauhinya itu pula telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan di huraikan dengan panjang lebar pula oleh para ulama' Rabbani seterusnya ulama'-ulama' mutaakhirin.

Kesan zina bukan sahaja jelas 'nampak" ketika mana sebelum berkahwin tetapi juga sesudah kahwin yakni jika si pelaku zina itu berkahwin dengan pasangan zinanya atau si pelaku zina itu berkahwin dengan orang lain, malah ditakuti kesan zina yang dahsyat ini tepias kepada anak-anak yakni psikologi anak-anak itu sendiri. Menurut guru kami, al-Fadil Syeikh Zainal Asri Ramli hafidzahullah, pelaku zina atau boleh juga dimasukkan penghampir zina(melakukan muqaddimah2 zina), beliau mengatakan jika anak-anak pelaku zina atau penghampir zina ini tidak terjebak ke kancah zina pun, masih lagi bibit-bibit atau kecenderungan psikologi dan emosi menjurus ke arah zina/maksiat.




Beikutan betapa bahanya fitnah zina / perbuatan yang menghampiri zina ini maka para ulama Rabbani', para Arif Billah "memuat-turun" beberapa amalan atau ikhtiar atau doa yang amat berharga sebagai bekal panduan ibu bapa untuk anak-anak yang lahir daripada terjerumus/menerima fitnah dahsyat ini. Kami hanya muatkan secebis daripada amalan-amal;an pendinding sebagai perkongsian bersama pembaca :

1. Amalan ini telah tercatat pada kitab Hasyiah al-Bajuri/Baijuri 'ala Ibn Qasim al-Ghazzi :

يسنُّ أن يقرأ في أذن المولود اليمنى سورة إنّا أنزلناه لأن من فعل به ذلك لم يقدر الله عليه زنا طول عمره

Maksudnya : Adalah sunat dibacakan surah Inna Anzalna hu (Surah al-Qadr) di telinga kanan bayi, kerana sesungguhnya sesiapa yang melakukan demikian akan allah pelihara bayi tersebut daripada maksiat zina sepanjang umurnya. (Rujukan : Ibrahim al-Bajuri, Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibn Qasim al-Ghazzi, Matba'ah Ibn Halabi, Fatoni, Thailand, Juz 2, hal:304)

Amalan ini boleh di lakukan oleh bapa setelah mengazankan anaknya yang baru lahir atau di jadikan surah al-qadr

sebagai wirid bacaan para ibu ketika menyusukan anaknya. Wallahu a'lam.

2. Amalan yang di anjurkan oleh al-Arif Billah Habib Zein bin Sumait hafidzahullah :

Amalan ini telah disampaikan kepada kami daripada Habib Najmuddin al-Khirid yang mana beliau mengambil daripada Habib Zein bin Sumait iaitu ;

Bacalah doa/zikir berikut di ubun anak-anak (selepas melahirkan/yang masih kecil) :

(i) اَلْبَرُّ = al-Barru (dibaca 7x)

(ii) اُلشُّهِيْدُ = as-Syahiidu (di baca 7x)

(iii) Surah al-Qadr

(iv) kemudian hembuskan ke ubun2 anak. Niatkan supaya anak itu diselamatkan dan di pelihara oleh Allah daripada fitnah zina.

Semoga kita beroleh manfaat bersama. Selamatkan anak-anak dan zuriat keturunana kita sejak mereka belum lahir lagi dengan menjauhi maksiat dan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan atau menghampirkan ke[pada zina. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment