Sunday, September 18, 2011

Mutiara Kalam Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli

Telah berkata Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli :

"Berpegang teguhlah dengan sifat-sifat terpuji ini, kamu akan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat". Adapun sifat-sifat yang di kemukana oleh Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli ini ialah :

1. Jangan kamu menjadikan di kalangan orang kafir sebagai pemimpin dan kalangan orang Mukmin sebagai musuh.

2. Bermusafir, mengembara dan berkelanalah dengan bekalan taqwamu di dunia dan anggaplah dirimu dari kalangan orang yang hampir mati.

3. Bersaksilah bagi Allah dengan "wahdaniah" dan RasulNya dengan "risalah".

4. Cukuplah bagi kamu amal soleh sekalipun sedikit, dan katakanlah; "Aku beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab2Nya, Rasul2Nya, dan Hari Akhirat."

5. Katakanlah, "Kami mendengar dan kami taat, keampunanMu kami harapkan, wahai Tuhan kami dan kepadaMu tempat kembali."

"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sifat-sifat terpuji ini, nescaya Allah s.w.t menjamin baginya empat perkara di dunia dan empat perkara di akhirat, iaitu :

Emapat Perkara Di dunia :
(i) Benar dalam Percakapan = maka hendaklah sentiasa membaca Surah al-Qadr



(ii) Ikhlas dalam Beramal




(iii) Dikurniakan rezeki seperti hujan = hendaklah sentiasa membaca surah al-falaq



(iv) Terpelihara daripada kejahatan = hendaklah sentiasa membaca surah An-Nas


Maka nescaya Allah juga akan menjamin empat perkara baginya di akhirat kelak jika berpegang teguh dengan sifat-sifat terpuji ini iaitu :

(i) keampunan yang besar
(ii) pendekatan dengan allah dengan sedekat-dekatnya
(iii) memasuki syurga al-Ma'wa
(iv) di kurniakan darjat yang tinggi

No comments:

Post a Comment