Wednesday, June 15, 2011

REJAB BULAN TAUBAT


Ahlan wa Sahlan Ya Syahr Rajab. Bulan Rejab merupakan antara bulan-bulan yang mulia dan merupakan awal daripada rangkian tiga bulan yang teristimewa dan mulia selain Sya'aban dan Ramadhan. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu dan di rindui oleh sekelian solihin dan auliya' Allah untuk bersiap sedia sebelum menyambut syahr a'dzam iaitu Ramadhan.

Sebahagian ulama' menyata bahawa bulan Rejab ialah bulan bertaubat, bulan untuk memperbanyakkan istighfar. Di sebutkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w "sampai" pada bulan Rejab maka Baginda s.a.w akan berdoa dengan doa ini :-


Menurut Imam al-Ghazali didalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Rejab adalah Bulan Allah, Sya'aban itu bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku." Telah menulis Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali r.a dalam kitab Mukasyafatul Qulub lagi bahawa telah di rawikan, bahawa ketiga sepertiga malam sepertiga malam hari Jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon di ampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab. Dari Anas r.a, dia berkata :"Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun." Dan berkata Anas r.a: "Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi s.a.w".



Al-Faqir mengajak kepada para sahabat marilah kita mula melipatgandakan amalan-amalan dan istiqamah dengan amalan-amalan yang telah pun menjadi rutin untuk mencari redhaanya. Mana tahu mungkin Rejab ini merupakan Rejab akhir kita? Ya Allah..sampaikan kami di bulan RamadhanMu...terimalah amalan kami ini.
p/s:InshaAllah al-faqir akan muatkan istighfar2 terpilih dan doa2 yg diamalkan oleh salafus soleh khusus pada bulan Rejab di ruangan AURAD DAN AD'IYYAH

No comments:

Post a Comment