Saturday, June 25, 2011

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH BERSAMA ULAMA' 2011


JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI



Masih tergambarkah ketika 4 mac 2011 anda bersama hampir 4000 pencinta rasul berpakaian putih di kediaman rasmi MB…penuh syahdu berzikir, berselawat lalu berdoa untuk hadir lagi dalam majlis seumpama itu
Alhamdulilah… kini untuk kali kedua nya kita himpunkan lebih ramai lagi bagi memastikan semua kita dapat merasai suasana penuh syahdu dan indah itu
Bayangkan untuk kali ini sasaran kita 8000 pencinta rasul berkumpul
Semua bertahlil seorang 100 kali, tasbih ,tahmid, takbir,berselawat 100 kali, semua menadah tangan bermunajat berdoa kepada Allah
Sedarkah kah kita pada hari itu sebenarnya kita mengumpulkan
- 800 000 kali tahlil,
- 800 000 kali tasbih, tahmid takbir,
- 800 000 kali selawat,
- 1 600 000 tangan menadah memohon doa untuk kita dan keluarga serta kepada yang telah meninggal memerlukan doa dari kita juga kesejahteraan negeri kedah dan Ummah
Ayuh pastikan anda tidak ketinggalan pada 08.07.2011 di stadium sultan abd.halim

YANG MAMPU ANDA LAKUKAN
SEBELUM 8 JULAI –

1. *TANAMKAN AZAM DAN NIAT UNTUK HADIR BERSAMA PADA 8 JULAI 2011
2. * BERAZAM UNTUK MEMBAWA SELURUH AHLI KELUARGA AGAR MEREKA JUGA MENDAPAT MENAFAATNYA
3. * BERAZAM UNTUK MENGAJAK 10 RAKAN/JIRAN YANG LAIN UNTUK HADIR
4. * MAKLUMKAN KEPADA RAKAN TAULAN, JIRAN MELALUI POSTER EDARAN HANDBILL SMS, TELEFON, FACEBOOK, BLOG LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA. DIMASJID DAN SURAU SERTA MAJLIS ILMU DAN KERAMAIAN
5. * INGATKAN DAN PESAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK LUPA TARIKH 8 JULAI
6. * BANYAK KAN SELAWAT, ZIKIR DAN ISTIQFAR SUPAYA KEHADIRAN KITA DENGAN HATI YANG BERSIH ( CADANGAN 5000 SELAWAT DAN 5 000 ISTIQFAR)
7. * SEDIAKAN PAKAIAN PUTIH
8. * HANTARAN BORANG TAHLIL KHUSUS UNTUK ARWAH KEPADA MAAHAD DARUL HADIS ATAU MANA-MANA KELAS PENGAJIAN PAKSI SEBELUM 8 JULAI.

PADA 8 JULAI
PASTIKAN SAUDARA

1. NIATKAN HADIR SEMATA-MATA KERANA ALLAH UNTUK MENGAGUNGKAN DAN MEMUJI ALLAH DAN RASULNYA
2. BERPAKAIAN PUTIH DAN BERWANGIAN SERTA BAWA SEDIKIT JUADAH
3. SAMPAI SEBELUM JAM 7.50 PAGI
4. PENUHI TIAP PINTAAN DARI PENGACARA MAJLIS DAN SYEIKH
5. BERSAMA MENGIKUTI SEMUA ACARA HINGGA TAMAT

MAKLUMKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI
SEORANG YANG HADIR ATAS JEMPUTAN ANDA ... SETIAP AMALAN NYA SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT PAHALA NYA JUGA UNTUK ANDA . REBUTLAH PELUANG INI ... YANG BUKAN SELALU DATANG.....

No comments:

Post a Comment