Sunday, October 24, 2010

KHATIMAH YANG MANA?


KITA PILIH KHATIMAH YANG MANA ?


 Bagaimanakah kita “memilih” pengakhiran hidup ini?

 Dalam sebuah hadith sohih, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
هُوَالَّذِيْ لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ 

عَلَيْهِ كِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا.وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ 

وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ كِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا.

Maksudnya: "Bahawasanya Dialah Tuhan, Tiada Tuhan melainkan Dia. Adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia akan masuk ke dalam neraka. Dan adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga." 

MasyaAllah...Tahukah kita bahawa hadis ini amat menggerunkan bagi ahli taqwa dan para solihin...tidakkah kita juga yang sering terjatuh ini lagi cuai dan culas  merasa apa-apa? Allah Maha Berkuasa merubah hati seseorang, justeru janganlah kita selalu dan cepat menghukum luaran seseorang itu berbanding kita cuba mendekati dan memahami seseorang itu..

SU'UL KHATIMAH

Ketahuilah saudara-saudaraku yang di cintai, telah berkata Syeikhul Islam al-Imam as-Sayyid Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad al-Hadrami as-Syafie rohimahullahu ta'ala 'anhu bahawa orang yang selalu mati dalam su'ul khatimah itu ada 9 orang, iaitu : 
1) Orang yang tidak mengambil berat dalam urusan sembahyang fardhu
2) Orang yang tidak mengeluarkan zakat yang wajib
3) Orang-orang yang suka mencari dan mendedahkan ke'aiban kaum muslimin yang lain
4) Orang yang suka menipu dalam timbangan
5) Orang yang suka menipu kaum muslimin dan membuat putar belit dan mengelirukan baik dalam perkara agama mahupun perkara dunia
6) Orang yang mendustakan-tidak percaya- kepada wali-wali allah dan mengingkari mereka tanpa hak
7) Orang-orang yang mendakwa diri mendapat darjat kewalian dan tingkatannya tanpa kebenaran
8) Membuat bid'ah dholalah dalam agama
9) Menanam syak dan ragu-ragu terhadap Allah, para RasulNya, dan hari Akhirat.

DOA YANG DIBACA SEMASA SEDIH, BIMBANG ATAU KELIRU

 Gambar di atas adalah hiasan semata-mata


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيْمُ الحَلِيْمُ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ الَعَظِيْمِ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْض

وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِِيْمِ

Maksudnya : "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia:. 

Doa ini dibaca apabila seseorang dalam keadaan sedih, bimbang dan keliru atau terlibat dalam kesulitan yang membimbangkan. Bacalah berulang kali, kemudian berdoa , mengadu kepada Allah tentang masalah yang dihadapi. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui hal keadaan hambaNya dan Maha Menerima doa hambaNya. 
Juga perbanyakkanlah menyebut zikir ini : 

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ

Bacalah sekurang-kurangnya 3 kali. Setengah daripada para solehin menjadikan zikir ini sebagai wirid atau wazifah harian mereka iaitu dengan membacanya sebanyak 100 kali pada setiap hari dan masyhur pada setengah daripada mereka mengamalkan sebanyak 450 kali setiap hari secara istiqamah.

Rujukan:
(1) Kitab Hisnul Hasin min kalam Sayyidil Mursalin  oleh 'Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Jazari al-Syafie rahimahullah
(2) Kitab Syawariqul Anwar Kabir oleh al-'Arif Billah Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah
(3) Kitab Abwabul Faraj oleh al-'Arif Billah Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah






DUNYA-DUNIA


Tiap-tiap sesuatu yang menyibukkan anda dari mengingati Allah, maka itulah dunia.

Tuesday, October 19, 2010

TAWADHU'NYA AL-IMAM SYAFI'E RADHIYALLAHU TA'ALA 'ANHU

*Makam al-Imam as-Syafi'e Rahimahullahu ta'ala 'anhu

Telah berkata Imam as-Syafie rahimahullahu ta'ala : 
"Aku mencintai orang-orang soleh, tetapi bukanlah aku dari kalangan mereka, dan aku benci kepada pembuat kejahatan tetapi aku lebih buruk daripada mereka".. 
 
أُحِبُّ الصَّالِحِينَ وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَأَكْرَهُ الطَّالِحِينَ وَأَنَا أَشَرَُّ مِنْهُم

Masya-Allah... memang patutlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم beri jaminan kepada beliau masuk ke dalam syurga tanpa di hisab. Begitu tawadhu'nya beliau...


BALASAN KEPADA IMAM AS-SYAFIE

Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam Manaqib al-Syafi'e, dari jalan Muhammad ibn Hamdan al-Taraifi, daripada Abi Abdillah al-Dainuri, berkata: Saya mendengar Abu Abdullah al-Syafi'e berkata : 
"Saya melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam mimpi, lalu saya berkata, "Wahai Rasulullah!Dengan apakah Imam as-Syafi'e di balas ketikamana dia menyebut di dalam kitabnya al-Risalah :

وَصَلَّى اللهُ غَلَى مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ 
  وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الفَافِلُونَ

 Maksudnya : "Semoga allah melimpahkan selawat (rahmat) ke atas Nabi Muhammad setiap kali orang-orang yang berzikir mengingatinya dan orang-orang yang lalai alpa daripada mengingatinya?" 

Maka sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, "Balasan daripadaku ialah dia tidak akan di tahan untuk di hisab pada Hari Kiamat." 

Berkata Ibnu Bunan al-Asbahani, "Selawat ini sangat tinggi dan lengkap kerana ia meliputi alam malaikat, manusia dan jin, dan tidak ada seorang pun di dalam alam ini melainkan berada dalam keadaan mengingati Nabi صلى الله عليه وسلم atau pun melupainya."  



صلوات لللإمام الشافعي رضى الله تعالى عنه 


اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ

وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا أَمَرْتَ بِالصَّلاَةِ عَلَيْهِ

وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا تُحِبُّ أَنْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا يَنْبَغِي الصَّلاَةُ عَلَيْهِ

*************

اَللّهُمَّ صَلِّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ عَلَى أَسْعَدِ مَخْلُوقَاتِكَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
عَدَدَ مَعْلُومَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ 
وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الْغَافِلُونَ

  

Monday, October 18, 2010

KASIH KEKASIH


Bukankah kekasih senang MENYEBUT nama kekasihnya?

Bukankah kekasih senang MEMBANGGAKAN nama kekasihnya?

Bukankah kekasih senang DIBANGGAKAN oleh kekasihnya?

Semakin CINTA semakin banyak kita menyebut "namaNya..".

GHALIB manusia - tidak pelik orang yang GILA HARTA, GILA DUNIA, tapi
GHARIB manusia - pelik kepada orang yang GILA SOLAT, GILA ZIKIR, GILA IBADAT.

TAUBAT BERKALI-KALI



Taubat berkali-kali...ya Allah..hamba selalu terjatuh..
namun Kau tidak pernah "mengeluh"...
malah Kau dakap kami dengan lautan Rahmah, Lautan Maghfirah..
ya Allah kami selalu terjatuh...taubat berkali-kali
setiap saat
setiap detik
setiap denyut
taubat berkali-kali
sampai mati...


Di rawikan daripada al-Hasan beliau berkata : Ketika Allah menerima taubat Adam a.s, para malaikat mengucapkan selamat. Malaikat Jibril a.s, dan Malaikat Mikail a.s menghampirinya seraya berkata, "Wahai Adam, nampaknya berasa senang sekarang kerana Allah menerima taubatmu." Nabi pun menyahut, "Hai Jibril, jika setelah taubat ini aku masih ada permintaan, di manakah makamku?" Lalu Allah memberi wahyu padanya, "Wahai Adam, Ku-timpakan pada keturunanmu kepayahan dan Ku-terima taubat mereka. Jika mereka berdoa kepada-Ku, Ku-qobulkan seperti Aku mengqabulkanmu. Jika mereka memohon ampun, Aku tidak bakhil. Aku Maha Dekat dan Maha Mengqabulkan. Ku himpun orang yang bertaubat dari kubur dengan gembira dan senyum. Doanya diqabulkan. 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud : "Allah menerima taubat bagi orang yang berbuat buruk dari malam sampai siang atau dari siang sampai malam hingga terbit matahari. Yang perintah pasti menerima. Namun yang menerima belum tentu memerintah. Yang perintah pastilah Dia yang menerima." 

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nisa' ayat :64)