Sunday, October 24, 2010

KHATIMAH YANG MANA?


KITA PILIH KHATIMAH YANG MANA ?


 Bagaimanakah kita “memilih” pengakhiran hidup ini?

 Dalam sebuah hadith sohih, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
هُوَالَّذِيْ لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ 

عَلَيْهِ كِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا.وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ 

وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ كِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا.

Maksudnya: "Bahawasanya Dialah Tuhan, Tiada Tuhan melainkan Dia. Adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia akan masuk ke dalam neraka. Dan adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga." 

MasyaAllah...Tahukah kita bahawa hadis ini amat menggerunkan bagi ahli taqwa dan para solihin...tidakkah kita juga yang sering terjatuh ini lagi cuai dan culas  merasa apa-apa? Allah Maha Berkuasa merubah hati seseorang, justeru janganlah kita selalu dan cepat menghukum luaran seseorang itu berbanding kita cuba mendekati dan memahami seseorang itu..

SU'UL KHATIMAH

Ketahuilah saudara-saudaraku yang di cintai, telah berkata Syeikhul Islam al-Imam as-Sayyid Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad al-Hadrami as-Syafie rohimahullahu ta'ala 'anhu bahawa orang yang selalu mati dalam su'ul khatimah itu ada 9 orang, iaitu : 
1) Orang yang tidak mengambil berat dalam urusan sembahyang fardhu
2) Orang yang tidak mengeluarkan zakat yang wajib
3) Orang-orang yang suka mencari dan mendedahkan ke'aiban kaum muslimin yang lain
4) Orang yang suka menipu dalam timbangan
5) Orang yang suka menipu kaum muslimin dan membuat putar belit dan mengelirukan baik dalam perkara agama mahupun perkara dunia
6) Orang yang mendustakan-tidak percaya- kepada wali-wali allah dan mengingkari mereka tanpa hak
7) Orang-orang yang mendakwa diri mendapat darjat kewalian dan tingkatannya tanpa kebenaran
8) Membuat bid'ah dholalah dalam agama
9) Menanam syak dan ragu-ragu terhadap Allah, para RasulNya, dan hari Akhirat.

No comments:

Post a Comment