Monday, September 10, 2012

JUJUR... JUJURKAH KITA?


Assalamu'alaikum...apa khabar semua? Semoga ceria dan sentiasa dicurahi barakah Allah.
Minggu lalu al-faqir keluar membeli barangan keperluan keluarga (eh, dah berkeluarga..wake up dude!)...sempat singgah di kedai EMSWAY Marketing di bahagian basement parking, GIANT Alor Setar. al-Faqir memang pantang nampak kedai buku mesti singgah punyala....belek punya belek sempat rempat 3 buah buku untuk bacaan bulan September nih... Ketiga-tiga buah buku nih masih dalam pembacaan kasar peringkat pertama. Bagi al-Faqir, pembacaan sesebuah buku mesti melalui 3 peringkat (ini ketetapan al-faqir sendiri, terpulang pada kesedapan selera dan kaedah masing2) :-

PERTAMA: bacaan kasar (overview),
KEDUA: menikmati secara mendalam (deepview)
KETIGA:mengeluarkan isi-isi yg penting a.k.a bedah buku (diggingview - pada sisi pandang al-faqir sendiri)...

Buku Pertama 
Terbitan Galeri Ilmu. Harga: RM 20.00

Buku Kedua 
Terbitan Galeri Ilmu. Harga: RM 25.00

Buku Ketiga 
Terbitan MoonMedia. 

Sangat mengujakan ketiga-tiga buku di atas. Cuma, untuk kali ini, Al-Faqir lebih terfokus untuk mengadaptasi salah satu bahagian isi penting didalam buku SUAMI YANG TERUJI tulisan Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff, iaitu pada bab 3 muka surat 40-43 bertajuk "Janji Manismu". 

Penulis buku iaitu Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff telah memulakan subtopik Suami Idaman Wanita - Bersikap Jujur Dalam Rumahtangga dengan satu sabda daripada Rasulullah s.a.w : 

"Sesungguhnya sifat benar itu menunjukkan kebaikan dan kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya sesorang itu berkata benar, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai ahli kebenaran. Sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan kecurangan itu menunjukkan ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu berkata dusta sehingga di catat Allah sebagai ahli dusta." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas bukanlah sahaja di tujukan kepada pasangan yang sudah berumah tangga namun tetapi juga malangkaui "subjek-subjek" muamalah makhluk lainnya. Menurut Cikgu Wan (bahasa al-faqir sendiri) lagi, "Kita boleh menipu orang lain dengan pelbagai helah atau tipu daya yang licik. Namun begitu, kita tidak mampu menipu diri sendiri. PALING UTAMA, KITA TIDAK AKAN SESEKALI TERLEPAS DARIPADA PENGETAHUAN ALLAH S.W.T". Hakikat bagi orang tidak jujur itu kembali kepada dirinya sendiri. Ingatlah JUJUR itu pengakhirannya TENANG dan BAHAGIA! 

Kadang-kadang, kita terlalu mengejar laba dunia hingga terlepas langsung laba di negeri sana yang kekal abadi. Sanggup "outa" orang sana sini untuk habuan yang ciput. Semoga kita di jauhkan oleh Allah daripada sifat mazmumah ini. Oleh itu JUJURLAH! 














No comments:

Post a Comment