Monday, November 7, 2011

DOSA DAN MAKSIAT HALANGAN UNTUK BERBUAT TAAT


DOSA DAN MAKSIAT HALANGAN UNTUK BERBUAT TAAT
*(Nota peringatan untuk diri sendiri)

Terkadang aku merenung dan berfikir sungguh berat untuk melakukan ketaatan yakni perintah2 dan suruhan Allah dan Rasul tetapi senang pula tergelincir melakukan maksiat, dosa dan noda. Sungguh, memang terdapat banyak halangan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t. jika tidak masakan Nabi s.a.w bersabda yang mahfumnya bahawa dunia itu banyak di kelilingi dengan hiasan-hiasan yang indah bagi hawa nafsu dan syurga itu di kelilingi oleh oleh banyak keperitan, kepayahan, dan kepahitan bagi hawa nafsu. Hawa nafsu itu selamanyalah mengajak diri kita kepada kegelinciran dan kecenderungan perkara yang tidak baik, su’u, jelik dan terjatuh ke dalam jurang dosa-dosa dan maksiat-maksiat.

Sesungguhnya dosa-dosa dan maksiat-maksiat itu penyebab kepada matinya hati kita ini. Apabila hati ini mati sebelum kita mati, nah apa sahaja yang kemudiannya datang berupa nasihat-nasihat kebaikan amat sukar untuk kita ikuti. Sebab itu kita pun pelik dengan diri sendiri…kadang-kadang termenung sorang-sorang fikir..kenapala susah sangat aku nak buat baik..tahu benda baik tapi tak buat pun..tahu benda jahat tapi buat jugak.. inilah natijah bagi hati yang mati. Aku masih ingat lagi (Alhamdulillah) dalam kitab tulisan al-Habib Abdullah al-Haddad (q.s), yang mana beliau merupakan mujaddid Islam dan termasuk dalam kalangan Auliya’ Allah yang mayshur..beliau menaqalkan dalam kitab beliau “Risalatul Muzakarah” bahawa telah berkata Muhammad bin Wasi : “Dosa yang bertimpa-timpa akan mematikan hati”. La…patut pun payah buat taat rupanya.


Sesetengah para salaf solihin pula ada berkata bahawa jika kita buat maksiat terhadap Allah, pastu yakin dan tau pula Allah tengok kita, hah ni di umpamakan macam kita dok ejek-ejek Alah! Tapi kalau kita buat maksiat, dan kita yakin yang Allah tak tau atau tak Nampak kita buat maksiat tu, ha…jaga-jaga! Berat ni..hal ni di umpamakan kita adalah seorang kafir! Na’uzubillahi min zalik. Maka ada setengah daripada arif billah cakap nak tau tanda orang tu tak dapat dan jauh daripada “pandangan” (rahmat) Allah ialah bila dia buat maksiat, Allah murkai dia.
Orang yang buat maksiat secara “direct”, terus menerus, syok buat maksiat maka akan di kutuk oleh Allah, dan jadi “bestfriend” syaitan..syaitan cinta dia.


Malah secara ruhaniyyahnya, hubungan orang yang buat maksiat ni dengan orang sekitarnya baik dengan keluarga, sahabat, jiran mahupun masyarakat jadi tak “clear”, hambar, tawar dan tak mesra. Ini fitrah. Dia akan di benci oleh sekelian orang yang benar-benar beriman. Ini baru buat maksiat sembunyi-sembunyi saja dah macam ni kesan dia..kalau buat terang2? Dan lagi kalau siap bangga pulak dengan maksiat yang dia buat? Macam mana?

Para ulama solihin membuat kesimpulan dalam banyak sebab atau halangan-halangan buat taat ni…semuanya terbatas pada EMPAT PERKARA INI:

1) Kejahilan
2) Lemah Iman
3) Panjang Harapan
4) Makan haram dan syubhat


Jadi wahai diri yang hina…(ditujukan khas untuk diriku), hitung-hitung, hisab-hisablah dirimu…adakah ada salah satu daripada empat sebab halangan ni atau tah-tah semua ada…Ya Robb..Ampun!

Sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّـئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِن.

“Siapa yang merasa gembira ketika membuat kebajikan, dan merasa gelisah ketika membuat kejahatan, maka nyatalah dia seorang Mukmin yang hakiki”.


Jadi, jom sama-sama SIHAT (fizikal dan spiritual) TANPA MAKSIAT!


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Surah az-Zumar ayat : 53

No comments:

Post a Comment