Tuesday, June 28, 2011

Semalam (Baca - Satu Malam) Bersama Habib Ahmad al-Hadi al-Hasani di Binjal

Alhamdulillah semalam Isnin 27 Jun 2011 bersamaan 26 Rejab 1432 Hijrah alfaqir sempat bersama-sama dengan seorang tokoh ulama' muda dari leluhur Sayyidina Hasan r.a iaitu al-Habib Ahmad al-Hadi al-Hasani at-Tijani al-Maghribi.


Majlis semalam berkisar kepada Isra' wal mikraj Sayyidina Muhammad s.a.w. Tetapi Sidi al-Habib Ahmad lebih menjurus kepada Khasais Syamail ataupun sifat-sifat khusus Sayyidina Muhammad s.a.w. Menurut al-Habib kebanyakan masyarakat sudahpun mengetahui samada secara langsung mahupun tidak langsung dengan peristiwa tersebut tetapi sifat2 khusus Sayyidina wa Habibina Muhammad s.a.w tidak ramai yg mengetahuinya. Menurut al-Habib lagi masyarakat "tahu" agama tetapi malangnya tidak tahu "tuan empunya" agama yakni yang banyak berjasa memimpin ummah manusia iaitu tidak lain tidak bukan Sayyidina Rasulullah s.a.w.
al-Habib Ahmad al-Hasani juga menempelak dan menegur sesetengah "kaum" yang suka mendahulukan akal dalam pertimbangan agama. Jelas al-Habib zaman sekarang orang begitu besar akal tetapi kecil hati. Maksud beliau zaman sekarang banyak orang berpelajaran tinggi tetapi adab, akhlaq kurang sepertimana kata Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali bahawa banyak cendekiawan itu belum tentu ilmunya bermanfaat kerana orang yang ilmunya bermanfaat itu ialah dengan ilmunya dia takut kepada Allah. Jelas ilmu yang tinggi secara amnya belum tentu "tinggi" hidayahnya.
al-Habib juga secara terperinci menghuraikan satu persatu khasais Sayyidina wa Syafi'ina Muhammad s.a.w berbanding para Anbiya; yang lain namun ujar al-Habib ini hanyalah perbandingan dan sebenarnya Sayyidina Muhammad s.a.w itu jauh dari segala perbandingan malah tiada dapat dibanding dengan apapun. Allah!
Akhir kalam al-habib membuat kesimpulan bahawa berhenti "menjadi Tuhan" dalam setiap perkara terutama perkara2 agama. Hakikatnya orang yg mempertuhankan aqal itu sebenarnya menjadi hamba kepada nafsunya sendiri. ini bertepatan dengan maksud akal itu sendiri dari sudut bahawa iaitu tempat ikat/tambat. akal itu tempat tambat nafsu. dan nafsu itu terletak di tengah dahi kita. Justru, selalulah bersujud tanda rendah hati, tanda hamba kepada Allah. Jadilah hamba yang sebenarnya.


***banyak yg hendak ditulis lagi tapi cukuplah point yang akhir sebagai intipati. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment