Monday, January 17, 2011

KAWAN-KAWAN DAN J-QAF DAN HIMPITAN KEWANGAN (The Naked Tuth?)

GAMBAR HIASAN

CATATAN : SEGALA PENULISAN DI BAWAH TIADA KENA MENGENA SAMADA YANG HIDUP ATAU MATI. BAHASA YANG DIGUNAPAKAI TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK BAHAN ESEI DAN RUJUKAN ILMIAH. ADAPUN BAGI HURUF YANG DI ITALICKAN ADALAH SATU ANALOGI SIMBOLIK BERSALUT ABSTRAK UNTUK MENAMBAH PERASA PENULISAN. AMPUN MAAF JIKA ADA KETERLANJURAN. TERIMALAH SE ADANYA "THE NAKED TRUTH".


KAWAN-KAWAN
Alhamdulillah, tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang berjaya dengan jayanya temuduga pengambilan guru baru-baru ini. Banyak juga sahabat-sahabat daripada kalangan lelaki yang dapat..Apapun perbetulkan niat, bukan TAWARAN GAJI yang dikejar semata-mata. Selama al-fqir mencurah khidmat di pendidikan (swasta), banyak pahit, manis, masam masin, serta  3,4 rasa yang di lalui dan di telan. Terima Kasih Ustaz Zack, Ustaz Abby, Ustaz Men, Ustaz Fachry dan lain-lain yang banyak memberi dorongan, tunjuk ajar dan galakan dalam meningkat prestasi dan menjauhi kontroversi semasa di gelanggang tarbiyyah sekolah. 

J-QAF
Cabaran semakin menggunung bagi yang terjun dalam lapangan j-qaf. Kerja bertimbun, fail berlapis-lapis... 'ala kulli hal semoga kalian tabah dengan destinasi yang dipilih ini.

HIMPITAN KEWANGAN vs TUNTUTAN NAFKAH HIDUP - SEKOLAH SWASTA AGAMA?
Tidak dinafikan bagi sesiapa yang memilih kerja di lapangan tarbiyyah terutamanya di sekolah swasta gaji memang ciput taraf faqir tegar! Seperti frasa motto CELCOM : Kadar Terendah Abad Ini!...dan kederat memang "terperah" habis. Waktu curahan khidmat pula dari seawal pagi hingga lewat petang menjelang senjakala. Orang putih kata : this is the real fact!
Inilah harganya untuk sesiapa yang mengambil keputusan mewaqafkan dirinya dalam bidang pendidikan. Alhamdulillah walaupun sebegitu mereka (guru2 swasta sekolah agama) begitu yakin dan menyemat tebal janji-janji benar ganjaran pahala seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis Suci Nabi s.a.w. Acapkali pihak-pihak pentadbiran sekolah memasakkan dua sumber suci di atas kepada guru-guru tersebut. Bagi pihak sekolah yang mengamalkan jalinan koperasi-sekolah turut tidak terkecuali.

Tajuk Kecil : Teropong Sisi Gelap yang cuba di tambah hitamkan lagi. 
Masalah komunikasi di antara pihak sekolah dan pentadbiran (bagi sekolah yang berada dibawah pentadbiran misalnya sebuah koperasi atau lain-lain jenama organisasi) agak ketara sepeti bajet program, belian alat-alat ABM, barang-barang sukan, alat-alat ubatan, tingkat saraan hidup-gaji dan lain-lain. Selalunya tuntutan gaji saraan hiduplah yang selalu timbul. Mereka yakni guru-guru bukanlah meminta kenaikan gaji setinggi awan biru dilangit, namun cukuplah sekadar tuntutan semasa contohnya jika gaji RM500 ke bawah, harapan mereka cukuplah kenaikan sekadar ala-ala gembar gembur kerajaan tentang kenaikan gaji pengawal keselamatan tempoh hari (berapa ya? nabil kata ** fikirlah sendiri :-) )

Kadang-kadang lucu mendengar kawab-kawan sinis berhujah ala debat di parlimen : "Depa nih bila cikgu keluaq komplen, kata tak ikhlas la, ngajaq nak duit ja la, la nih dah susah nak cari cikgu!" "Tapi depa tak pikiaq org lain ada anak bini nak tanggung!" "Kita bukan mintak banyak, hanya munasabah dengan tuntutan semasa!" "RM 600 mana cukup syeikh!"Depa tak mau cikgu keluaq tapi gaji tak naik-naik" " Asyik mintak kita ja advanced belanja dulu, dahla claim lambat" ....... dan lain yang seumpama dan sewaktu dengannya. Hairan bin Ajaib campur tolak darab bahagi jika sebuah Koperasi atau sebuah organisasi yang kukuh dan mengaku keuntungan hasil pelaburan meningkat setiap tahun menafikan budget tak cukup untuk up gaji guru-guru ini? Berkata mereka: "Ikhlas adalah penting..." "Kita kena ikhlas, duit bukan ukuran"..."Kamu ikhlas,nanti adalah bantuan yang datang tanpa disangka-sangka..." "Kita nih berjuang kena ikhlas.." dan lain-lain lagi ucapan metafora penyedap rasa. Inilah jawapan serang hendap guru-guru tersebut,"Ikhlas, ikhlas jugak...nih anak bini sapa nak tanggung...kurang-kurang prihatin sikit la dengan kebajikan pekerja..nih macam guna pakai sistem swasta kapitalis jugak...perah kederat bagai nak rak!" "Depa takpala..gaji sampai dua tiga saluran..." "Depa cakap ja deraih, awat masa mula-mula tubuh sekolah dulu depa tak mai terjun teruih dalam lapangan nih? Awat pi dok kerja kerajaan..pastu dok pompang pompang kata kena ikhlas la,,,""Bila kita keluaq kata kita nih macam2!"...

Begitulah beberapa senario yang al-faqir tengok dan lihat dan rasa bersama kawan-kawan seperjuangan. Bagi guru-guru yang menghadapi situasi di atas semoga bertambah kesabaran. Al-Faqir doakan yang terbaik untuk kalian. Memang zaman sekarang segalanya perlukan duit tetapi bukan segalanya dengan duit. Jika pihak pentadbiran seperti cerita palsu (?) olahan di atas benar-benar berlaku, maka tanpa was-was mereka berlaku zalim kepada pekerja mereka. Jadi balasan mereka jawab di sana. Jika guru-guru di atas mengalami tekanan  seperti situasi olahan di atas, bersabarlah...teruskan curahan bakti mendidik, dan tingkatkan prestasi moga Allah kurniakan sesuatu yang berharga di sana juga

Akhir kalam, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, jangan buat zalim kat sesapa! Awas doa orang yang dizalimi!  :))

No comments:

Post a Comment