Monday, November 15, 2010

KELEBIHAN DOA



 
KELEBIHAN DOA

Allah s.w.t telah berfirman:
 
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.”
( Surah  al-Ghafir : 60 )
Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

اَلدُّعَـاء هُوَ الْعِبَـادَة
Maksudnya : “Berdoa itu adalah satu ibadah”.

Dan sabda Baginda s.a.w lagi :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِد وَالْكُرَب فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاء
 فِى الرَّخَاء
Maksudnya : “Barangsiapa yang ingin Allah menerima doanya pada masa kesusahan dan malapetaka hendaklah sentiasa berdoa semasa senang dan keadaan gembira.”                                    ( Riwayat at-Tirmizi )

Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w :

مَا مِنْ مُسْلِمْ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِلّهِ تَعَالَى فِى مَسْأَلَةٍ إِلاَّ أَعْطَاهَا إِيَّاهُ، إِمَّا أَنْ يُعَجِّلَهَا لَهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ (مسند الإمام أحمد)
Maksudnya : “Apabila sahaja seseorang Muslim mendingakkan kepalanya untuk meminta sesuatu, Allah pasti akan menganugerahkan kepadanya perkara tertentu. Samada ia dianugerahkan perkara itu secara segera atau disimpankan baginya di dalam dunia atau di alam akhirat kemudian.”

Kesimpulannya terdapat tiga keadaan sesuatu doa itu diterima oleh Allah iaitu :

(i) Di maqbulkan segera -  jika menurut Allah permintaan tersebut sesuatu perkara yang bermanfaat.

(ii) Ditangguhkan dan dimaqbulkan pada masa yang tertentu - jika menurut Allah tiada faedah dikurniakan secara segera perkara yang diminta.

(iii) Digantikan dengan yang lain yang terlebih baik daripada yang diminta dan dihajatkan samada diberikan didalam dunia atau diakhirat kelak. Jika tidak sekalipun, pada setiap doa itu dikurniakan ganjaran pahala kerana tiada doa yang dipandang sia-sia oleh Allah.

(*sumber : Kitab al-Hisnul Hasin; al-’Allamah Muhammad bin Muhammad al-Jazarie as-Syafie (Imam al-Jazari), (Arab m/s: 27-28), (Terjemah m/s: 1-5).









No comments:

Post a Comment