Thursday, November 24, 2011

INFO HARI 'ASYURA' - 9@10 MUHARRAM



بسم الله الحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 
أم بعد :

Alhamdulillah... tahun baru Muharram 1433 bakal menjelang. Selain daripada peristiwa hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang penting berlaku ada satu peristiwa yang tidak kurang pentingnya juga berlaku pada bulan Muharram ini iaitu hari 'Asyura'. Apakah yang di maksudkan dengan hari/puasa 'Asyura'? Bagaimanakah pandangan Ahlul Sunnah wal Jama'ah tentang sambutan "Hari 'Asyura'? InshaAllah di bawah ini al-faqir muatkan beberapa info ringkas dalam bentuk soal-jawab sebagai maklumat kepada para pembaca blog yang budiman... Al-Faqir harap jika ada manfaat yg boleh di ambil sila sebar2kan...inshaAllah.. 
1. APAKAH MAKSUD 'ASYURA'?
Asyura berasal dari kata'asyara, iaitu bilangan sepuluh (10). Secara istilah Puasa 'Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada kalendar Islam-Hijriyyah. Untuk tahun 1433H ianya jatuh pada 6 Disember 2011 nanti, inshaAllah. 

2. BILAKAH SUNNAH MELAKUKAN PUASA (HARI 'ASYURA')?
(a) Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ianya termasuk salah satu daripada bulan2 haram. 
(b) Sunnah Muakkadah (yg sangat2 dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (Hari 'Asyura').
(c) Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
(d) Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
(e) Sunnah juga berpuasa 1 hinnga 10 Muharram menurut sebahagian fuqaha'. 
(jadi pilih je nak puasa sunnah haribulan apa...mau tak mau jer...-jgn asyik bid'aahkan je..dikhuatiri ikut tabiat kaum/puak khawarij, suka kafir2 dan bid'ahkan org)

3. APAKAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM? 
InshaAllah, Dengan Rahmat Allah, diampunkan dosa2 kita setahun yang lalu. (merujuk kpd hadis riwayat Imam Muslim). 


Pada hari tersebut Nabi Musa a.s diselamatkan daripada kedurjanaan Fir'aun la'natullahi 'alaih. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran. **Ummat Islam lebih berhak berpuasa pada hari tersebut drpd Yahudi yg juga berpuasa pada hari tersebut kerana aqidah ummat Islam itu yang sama dgn Nabi Musa a.s. Ini juga merupakan dalil bahawa Islam membenarkan sambutan yg diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh itu juga, maka sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran. (maka tertolaklah pandangan yg menyatakan bahawa sambut Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم adalah bid'ah haram sesat lagi kufur!-ooo kalau smbt birthday sendiri, birthday raja, nak bodek2 boleh pulak...))

4. MENGAPA PULA BERPUASA PADA 9 MUHARRAM? 
(a) Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yg bermaksud : "Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharram). Namun Baginda صلى الله عليه وسلم wafat pada tahun berikutnya.
(b) Ianya juga sebagai untuk membezakan amalan org Islam dgn org Yahudi (yg berpuasa pada 10 Muharram sahaja). . 
(c) Sebagai tanda Ihtiyath (berhati-hati) yg mana kemungkinan kiraan taqwim tersilap. Jadi. kita tetap berpuasa pada hari 'asyura'.
(d) Kerana termasuk (bulan Muharram itu) di dalam bulan-bulan Haram. 
(e) Kerana termasuk dalam 10 hari pertama Muharram yg di sunnahkan berpuasa mengikut sebahagian pendapat ulama'.

5. APA PULA HIKMAH BERPUASA PADA 11 MUHARRAM? 
(a) Sebagai tanda berhati2 (ihtiyath). Berkemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita telah dapat berpuasa pada Hari 'Asyura.
(b) Kerana termasuk dalam bulan2 yg haram. 

6. APAKAH AMALAN TERBAIK SELAIN BERPUASA PADA HARI 'ASYURA'? 
"Meluaskan" rezeki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak2 dan kaum keluarga). 

7. APA KELEBIHANNYA PULA (merujuk kpd no.6)? 
InshaAllah, dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun. 
**merujuk kpd hadis yg diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan at-Thobrani dgn pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, bahawa sanad2nya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya, maka ia menjadi kuat. 

8. APA PULA AMALAN2 YG DILAKUKAN OLEH PARA SALAFUSSOLEH PADA HARI 'ASYURA'?
disebutkan pada "nota kaki" kitab Fathul 'allam oleh Syeikh Muhammad al-Hajjar, menaqalkan kitab al-Madkhal oleh Ibnu Hajj, bahawa para salafussoleh tidak akan melalui musim2 ini melainkan dengan banyaknya : 
(i) ibadah2 sunnah
(ii) sedekah
(iii) berbuat kebajikan , dan meraih kelebihannya bukanlah dgn makan dan minum sahaja, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik. 

9. CONTOH AMAL KEAIKAN YG DIGALAKKAN OLEH PARA ULAMA' UNTUK DILAKUKAN PADA HARI 'ASYURA'. 
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yg mulia tersebut. antara yg diajarkan oleh para ulama' ialah bersiwak, bercelak, berwangi2an, mengusap kepala anak yatim, ziarah org2 soleh dan para ulama'. (amalan ini juga bukan tertakluk kpd bulan Muharram-khusus 10 Muharram saja tetapi pada bulan2 lain juga amat dititik beratkan-jangan faham sempit ya :) )

10. ADA TAK DOA2 YG ULAMA' DAHULU AMALKAN PADA HARI TERSEBUT? 
Ada. **al-faqir akan muatkan dalam Categories - Aurad & Ad-'iyyah, inshaAllah.

11. APA HUKUMNYA MEROBEK PAKAIAN, MERONTA2 DAN MEMUKUL BADAN SEPERTI MANA YG DILAKUKAN OLEH KAUM SYI'AH IMAMIYYAH, ISMAILIYYAH, DLL PADA HARI 'ASYURA KERANA MERATAPI PEMERGIAN SAYYIDINA HUSSAIN رضى الله عنه?
Sesuingguhnya HUKUMNYA HARAM.
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis drpd Sayyidina Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yg bermaksud :"Bukanlah drpd kalangan kami org yg memukul dada, mengoyakkan kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratapi seperti ratapan kaum jahiliyyah)." 

*************

**al-Musnid Syeikh Fu'ad Kamaluddin pernah berkata yang maksudnya (lebih kurang) , jika Syi'ah itu membuat program khusus (ma'tam)-yakni meratap2 melampau, memukul badan kononnya sedih dgn kewafatan Sayyidina Hussain  رضى الله عنه kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah lebih2 berhak menyambutnya kerana beliau Imam ahlus sunnah, kekasihnya Nabi رضى الله عنه, ikutan ahlus sunnah...tetapi dengan cara yg HAQ bukan seperti mereka. Bacalah manaqib mereka, ikuti akhlaqnya mereka...bukan dengan memukul2, meraung dan sebagainya. (al-faqir mohon maaf jika "terjatuh" maksud yg disampaikan oleh Syeikh Fu'ad hafidzhahullah). 

Wallahu a'lam, Sekian.

**sumber : Segala soalan2 1-11 di atas tadi al-faqir petik drpd Risalah Hari 'Asyura terbitan YAYASAN PAKSI, Kedah. untuk sebarang persoalan berkaitan jadual2 kuliah dll,  sila hubungi Cikgu Sukarno : 019-5987842 http://yayasanpaksi.blogspot.com/


















1 comment:

  1. owh . .skarang baru saya mngetahui mksud hari asyura . . .adakah majlis asyura sma dngan hari asyura?????

    #

    ReplyDelete