Friday, November 25, 2011

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Kedua (Bubuq Sora?-baca loghat Utara)

AMALAN HARI 'ASYURA' 
( Bahagian Kedua )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. 

Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!"  Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.

 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang

Kata beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura." 


Gambar Hiasan - "Bubur 'Asyura"

Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."

 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu." 


Rujukan Kitab :  Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H


p/s: awat la depa dok kalut membid'ahkan bubur asyura nih...banyak isu lain lagi nak diselesaikan...nak makan tak makan sudah... kesian kat kat kami org awam...






No comments:

Post a Comment