Friday, November 25, 2011

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Kedua (Bubuq Sora?-baca loghat Utara)

AMALAN HARI 'ASYURA' 
( Bahagian Kedua )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. 

Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!"  Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.

 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang

Kata beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura." 


Gambar Hiasan - "Bubur 'Asyura"

Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."

 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu." 


Rujukan Kitab :  Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H


p/s: awat la depa dok kalut membid'ahkan bubur asyura nih...banyak isu lain lagi nak diselesaikan...nak makan tak makan sudah... kesian kat kat kami org awam...






Thursday, November 24, 2011

INFO HARI 'ASYURA' - 9@10 MUHARRAM



بسم الله الحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 
أم بعد :

Alhamdulillah... tahun baru Muharram 1433 bakal menjelang. Selain daripada peristiwa hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang penting berlaku ada satu peristiwa yang tidak kurang pentingnya juga berlaku pada bulan Muharram ini iaitu hari 'Asyura'. Apakah yang di maksudkan dengan hari/puasa 'Asyura'? Bagaimanakah pandangan Ahlul Sunnah wal Jama'ah tentang sambutan "Hari 'Asyura'? InshaAllah di bawah ini al-faqir muatkan beberapa info ringkas dalam bentuk soal-jawab sebagai maklumat kepada para pembaca blog yang budiman... Al-Faqir harap jika ada manfaat yg boleh di ambil sila sebar2kan...inshaAllah.. 
1. APAKAH MAKSUD 'ASYURA'?
Asyura berasal dari kata'asyara, iaitu bilangan sepuluh (10). Secara istilah Puasa 'Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada kalendar Islam-Hijriyyah. Untuk tahun 1433H ianya jatuh pada 6 Disember 2011 nanti, inshaAllah. 

2. BILAKAH SUNNAH MELAKUKAN PUASA (HARI 'ASYURA')?
(a) Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ianya termasuk salah satu daripada bulan2 haram. 
(b) Sunnah Muakkadah (yg sangat2 dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (Hari 'Asyura').
(c) Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
(d) Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
(e) Sunnah juga berpuasa 1 hinnga 10 Muharram menurut sebahagian fuqaha'. 
(jadi pilih je nak puasa sunnah haribulan apa...mau tak mau jer...-jgn asyik bid'aahkan je..dikhuatiri ikut tabiat kaum/puak khawarij, suka kafir2 dan bid'ahkan org)

3. APAKAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM? 
InshaAllah, Dengan Rahmat Allah, diampunkan dosa2 kita setahun yang lalu. (merujuk kpd hadis riwayat Imam Muslim). 


Pada hari tersebut Nabi Musa a.s diselamatkan daripada kedurjanaan Fir'aun la'natullahi 'alaih. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran. **Ummat Islam lebih berhak berpuasa pada hari tersebut drpd Yahudi yg juga berpuasa pada hari tersebut kerana aqidah ummat Islam itu yang sama dgn Nabi Musa a.s. Ini juga merupakan dalil bahawa Islam membenarkan sambutan yg diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh itu juga, maka sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran. (maka tertolaklah pandangan yg menyatakan bahawa sambut Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم adalah bid'ah haram sesat lagi kufur!-ooo kalau smbt birthday sendiri, birthday raja, nak bodek2 boleh pulak...))

4. MENGAPA PULA BERPUASA PADA 9 MUHARRAM? 
(a) Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yg bermaksud : "Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharram). Namun Baginda صلى الله عليه وسلم wafat pada tahun berikutnya.
(b) Ianya juga sebagai untuk membezakan amalan org Islam dgn org Yahudi (yg berpuasa pada 10 Muharram sahaja). . 
(c) Sebagai tanda Ihtiyath (berhati-hati) yg mana kemungkinan kiraan taqwim tersilap. Jadi. kita tetap berpuasa pada hari 'asyura'.
(d) Kerana termasuk (bulan Muharram itu) di dalam bulan-bulan Haram. 
(e) Kerana termasuk dalam 10 hari pertama Muharram yg di sunnahkan berpuasa mengikut sebahagian pendapat ulama'.

5. APA PULA HIKMAH BERPUASA PADA 11 MUHARRAM? 
(a) Sebagai tanda berhati2 (ihtiyath). Berkemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita telah dapat berpuasa pada Hari 'Asyura.
(b) Kerana termasuk dalam bulan2 yg haram. 

6. APAKAH AMALAN TERBAIK SELAIN BERPUASA PADA HARI 'ASYURA'? 
"Meluaskan" rezeki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak2 dan kaum keluarga). 

7. APA KELEBIHANNYA PULA (merujuk kpd no.6)? 
InshaAllah, dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun. 
**merujuk kpd hadis yg diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan at-Thobrani dgn pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, bahawa sanad2nya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya, maka ia menjadi kuat. 

8. APA PULA AMALAN2 YG DILAKUKAN OLEH PARA SALAFUSSOLEH PADA HARI 'ASYURA'?
disebutkan pada "nota kaki" kitab Fathul 'allam oleh Syeikh Muhammad al-Hajjar, menaqalkan kitab al-Madkhal oleh Ibnu Hajj, bahawa para salafussoleh tidak akan melalui musim2 ini melainkan dengan banyaknya : 
(i) ibadah2 sunnah
(ii) sedekah
(iii) berbuat kebajikan , dan meraih kelebihannya bukanlah dgn makan dan minum sahaja, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik. 

9. CONTOH AMAL KEAIKAN YG DIGALAKKAN OLEH PARA ULAMA' UNTUK DILAKUKAN PADA HARI 'ASYURA'. 
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yg mulia tersebut. antara yg diajarkan oleh para ulama' ialah bersiwak, bercelak, berwangi2an, mengusap kepala anak yatim, ziarah org2 soleh dan para ulama'. (amalan ini juga bukan tertakluk kpd bulan Muharram-khusus 10 Muharram saja tetapi pada bulan2 lain juga amat dititik beratkan-jangan faham sempit ya :) )

10. ADA TAK DOA2 YG ULAMA' DAHULU AMALKAN PADA HARI TERSEBUT? 
Ada. **al-faqir akan muatkan dalam Categories - Aurad & Ad-'iyyah, inshaAllah.

11. APA HUKUMNYA MEROBEK PAKAIAN, MERONTA2 DAN MEMUKUL BADAN SEPERTI MANA YG DILAKUKAN OLEH KAUM SYI'AH IMAMIYYAH, ISMAILIYYAH, DLL PADA HARI 'ASYURA KERANA MERATAPI PEMERGIAN SAYYIDINA HUSSAIN رضى الله عنه?
Sesuingguhnya HUKUMNYA HARAM.
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis drpd Sayyidina Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yg bermaksud :"Bukanlah drpd kalangan kami org yg memukul dada, mengoyakkan kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratapi seperti ratapan kaum jahiliyyah)." 

*************

**al-Musnid Syeikh Fu'ad Kamaluddin pernah berkata yang maksudnya (lebih kurang) , jika Syi'ah itu membuat program khusus (ma'tam)-yakni meratap2 melampau, memukul badan kononnya sedih dgn kewafatan Sayyidina Hussain  رضى الله عنه kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah lebih2 berhak menyambutnya kerana beliau Imam ahlus sunnah, kekasihnya Nabi رضى الله عنه, ikutan ahlus sunnah...tetapi dengan cara yg HAQ bukan seperti mereka. Bacalah manaqib mereka, ikuti akhlaqnya mereka...bukan dengan memukul2, meraung dan sebagainya. (al-faqir mohon maaf jika "terjatuh" maksud yg disampaikan oleh Syeikh Fu'ad hafidzhahullah). 

Wallahu a'lam, Sekian.

**sumber : Segala soalan2 1-11 di atas tadi al-faqir petik drpd Risalah Hari 'Asyura terbitan YAYASAN PAKSI, Kedah. untuk sebarang persoalan berkaitan jadual2 kuliah dll,  sila hubungi Cikgu Sukarno : 019-5987842 http://yayasanpaksi.blogspot.com/


















Sunday, November 13, 2011

Anda "Pemarah" atau Panas Baran? : Zikir dan Amalan Untuk Menangani Sikap Pemarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
A'uzu Billahi Minasyaithanirrajiim. BismillahirrahmanirRahiim.

Artikel menarik di bawah ini di ambil daripada laman blog sahabat baik al-faqir, al-Fadhil Syeikh Fakhrul Ridha Abdur Rahman hafidzahullahu ta'ala, amin, di sumber : http://www.rawatanislam2u.com/2011/11/zikir-dan-amalan-untuk-menangani-sikap.html.
Selamat membaca dan mengambil manfaat... :)


Jika sedang marah, cepatlah menukar posisi anda, dari duduk ke berdiri, dari
berdiri ke berjalan atau sebaliknya.. Atau cepat2lah mengambil wuduk untuk menyejukkan api kemarahan yang memerahkan wajah dan matamu serta menegangkan urat lehermu..

************************************************************************************

Suatu ketika seorang murid bertanya kepada Maulana Sheikh kami:


Murid: Sheikh, saya mengalami masalah hot temper. Pemarah tidak bertempat. Tetapi apabila saya sudah marah isteri dan anak2, cepat sekali saya sejuk dan kemudian terus menyesal. Apa yang saya nak buat sheikh???


Maulana Sheikh: Hendaklah kamu lakukan amalan:

*Bangunlah malam untuk tahajjud, kemudian berdirilah menghadap kiblat sambil membacakan:

{ 100 KALI YA HALIM - Ya Allah yang Maha Pelembut } Lillahi Taala...

..atau bolehlah diamalkan bila2 selepas solat....

.. Insya Allah, sikap panas baranmu akan berkurangan....

************************************************************************************

p/s : Tambahan daripada al-faqir, selalu2 juga baca doa ini..

(1) Selepas ambil wudhu', dan selepas baca doa berwudhu'..baca juga doa ini
اَللّهُمَّ طَهِّرْنِي مِنْ غَضَبِ النَّفْسِي
atau doa ini juga dibaca selepas solat sunat wudhu' / dibaca selepas solat sunat dua rakaat yg ringan sebelum sunat tahajud..

(2) Selalulah juga baca doa ini :اَللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي

Gambar Hiasan : Tenang, Bening dan Jernih

Monday, November 7, 2011

Iktibar Eidul Adha

Iktibar daripada Aidiladha

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


KITA baru sahaja meraikan Aidiladha dan melewati hari-hari awal Zulhijjah yang istimewa nilainya dalam Islam. Kita juga baru menunaikan solat hari raya yang merupakan khususiat (keistimewaan) umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).


Antara dua solat hari raya, solat Aidiladha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidiladha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah qurban (sebagai bersyukur). (al-Kauthar: 2-3)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidiladha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan.

Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban, sebagaimana sabdanya: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidiladha adalah Idul Akbar (raya terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan daripada neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya dan sekiranya tidak maka dia berada jauh daripada rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Memandangkan betapa besar dan mulianya hari-hari yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini, maka seharusnya kita membesarkan dan memuliakannya dengan merebut peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai amalan soleh.

Telah dijelaskan, bahawa amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih afdal daripada berjihad pada jalan Allah. Maka tidak sepatutnyalah, sebagai orang yang berakal dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidupnya, menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan ini dengan agenda-agenda yang berbentuk keduniaan dan secara acuh tak acuh.

Rata-rata kita melihat, umat Islam hari ini termasuklah kita sendiri, tidak membesarkan bulan Zulhijjah sebagaimana agama membesarkannya. Mungkin kerana tiada pengetahuan atau mungkin juga kerana tidak prihatinnya kita terhadap agama sehingga kita terlepas pandang!

Disambut hambar

Rentetan itu, kita melihat, tidak sedikit umat Islam yang menyambut Aidilfitri lebih meriah, lebih hebat dan lebih lama daripada Aidiladha. Ada yang memenuhi Aidiladha dengan pergi berjalan-jalan dan melancong ke sana sini tanpa diisi dengan amal soleh yang sepatutnya.

Tidak kurang pula, ada yang beranggapan Aidiladha hanyalah hari menyembelih korban, berkumpul bersama keluarga, hari balik kampung dan sebagainya.

Akhirnya, Aidiladha hanya tinggal Aidiladha. Kehadirannya disambut hambar dan hanya diisi dengan program dan acara yang bercorak keduniaan. Waktu-waktu yang baik dan mustajab yang dikurniakan kepada sang hamba yang dikasihi, dipersia-siakan begitu sahaja.

Kelebihan bulan ini bukan sahaja disediakan bagi orang yang pergi mengerjakan haji di Baitullah tetapi kepada semua umat Islam yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan mengabdikan dirinya kepada yang sepatutnya disembah.

Dengan segala kelebihan yang telah disebutkan bermula dari satu Zulhijjah sehinggalah hari melakukan solat Aidiladha dan korban, apakah munasabah kita meraikannya dengan apa yang telah kita laksanakan selama ini?

Apakah kita mahu termasuk di kalangan orang-orang yang melepaskan peluang keemasan yang disediakan oleh Allah? Apakah kita mahu membiarkan sahaja hadiah yang hebat dengan hanya melakukan perkara yang mudah?

Ingatlah sesungguhnya ini adalah anugerah Allah kepada kita. Jangan sampai peringkat, kelak Allah akan menahan anugerah ini daripada kita disebabkan sikap acuh tak acuh kita! Na'uzubillah min Zalik.

Justeru, sementara kesempatan masih ada, marilah bersama-sama kita merenung dalam-dalam sikap dan kealpaan diri kita. Marilah kita menukar cara hidup acuh tak acuh dengan ribuan peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya kepada sikap berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Alangkah ruginya kita, yang selama ini terlalu asyik melayan kehendak nafsu serakah. Apakah hasil dan kepuasan yang kita perolehi dengan bersikap sedemikian?

Di manakah letaknya pertimbangan akal yang waras, kebijaksanaan dan kekuatan yang kita banggakan, sekiranya dunia dan nafsu yang tidak memiliki kelebihan seperti yang kita miliki masih dapat menguasai dan menewaskan kita?

Jika kita sudah terlepas beberapa kelebihan awal Zulhijjah dan Aidiladha tahun ini maka marilah kita menyesali kealpaan kita itu dengan sesungguh penyesalan. Kerana kadang-kala penyesalan yang tulus dek terlepas sesuatu amalan itu mungkin dinilai lebih besar daripada amalan itu sendiri.

Kemudiannya, kita mohonlah kehadrat Allah membolehkan kita menemuinya lagi di tahun-tahun yang mendatang dan kita berazam agar dapat menghayatinya dengan lebih sempurna.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

DOSA DAN MAKSIAT HALANGAN UNTUK BERBUAT TAAT


DOSA DAN MAKSIAT HALANGAN UNTUK BERBUAT TAAT
*(Nota peringatan untuk diri sendiri)

Terkadang aku merenung dan berfikir sungguh berat untuk melakukan ketaatan yakni perintah2 dan suruhan Allah dan Rasul tetapi senang pula tergelincir melakukan maksiat, dosa dan noda. Sungguh, memang terdapat banyak halangan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t. jika tidak masakan Nabi s.a.w bersabda yang mahfumnya bahawa dunia itu banyak di kelilingi dengan hiasan-hiasan yang indah bagi hawa nafsu dan syurga itu di kelilingi oleh oleh banyak keperitan, kepayahan, dan kepahitan bagi hawa nafsu. Hawa nafsu itu selamanyalah mengajak diri kita kepada kegelinciran dan kecenderungan perkara yang tidak baik, su’u, jelik dan terjatuh ke dalam jurang dosa-dosa dan maksiat-maksiat.

Sesungguhnya dosa-dosa dan maksiat-maksiat itu penyebab kepada matinya hati kita ini. Apabila hati ini mati sebelum kita mati, nah apa sahaja yang kemudiannya datang berupa nasihat-nasihat kebaikan amat sukar untuk kita ikuti. Sebab itu kita pun pelik dengan diri sendiri…kadang-kadang termenung sorang-sorang fikir..kenapala susah sangat aku nak buat baik..tahu benda baik tapi tak buat pun..tahu benda jahat tapi buat jugak.. inilah natijah bagi hati yang mati. Aku masih ingat lagi (Alhamdulillah) dalam kitab tulisan al-Habib Abdullah al-Haddad (q.s), yang mana beliau merupakan mujaddid Islam dan termasuk dalam kalangan Auliya’ Allah yang mayshur..beliau menaqalkan dalam kitab beliau “Risalatul Muzakarah” bahawa telah berkata Muhammad bin Wasi : “Dosa yang bertimpa-timpa akan mematikan hati”. La…patut pun payah buat taat rupanya.


Sesetengah para salaf solihin pula ada berkata bahawa jika kita buat maksiat terhadap Allah, pastu yakin dan tau pula Allah tengok kita, hah ni di umpamakan macam kita dok ejek-ejek Alah! Tapi kalau kita buat maksiat, dan kita yakin yang Allah tak tau atau tak Nampak kita buat maksiat tu, ha…jaga-jaga! Berat ni..hal ni di umpamakan kita adalah seorang kafir! Na’uzubillahi min zalik. Maka ada setengah daripada arif billah cakap nak tau tanda orang tu tak dapat dan jauh daripada “pandangan” (rahmat) Allah ialah bila dia buat maksiat, Allah murkai dia.
Orang yang buat maksiat secara “direct”, terus menerus, syok buat maksiat maka akan di kutuk oleh Allah, dan jadi “bestfriend” syaitan..syaitan cinta dia.


Malah secara ruhaniyyahnya, hubungan orang yang buat maksiat ni dengan orang sekitarnya baik dengan keluarga, sahabat, jiran mahupun masyarakat jadi tak “clear”, hambar, tawar dan tak mesra. Ini fitrah. Dia akan di benci oleh sekelian orang yang benar-benar beriman. Ini baru buat maksiat sembunyi-sembunyi saja dah macam ni kesan dia..kalau buat terang2? Dan lagi kalau siap bangga pulak dengan maksiat yang dia buat? Macam mana?

Para ulama solihin membuat kesimpulan dalam banyak sebab atau halangan-halangan buat taat ni…semuanya terbatas pada EMPAT PERKARA INI:

1) Kejahilan
2) Lemah Iman
3) Panjang Harapan
4) Makan haram dan syubhat


Jadi wahai diri yang hina…(ditujukan khas untuk diriku), hitung-hitung, hisab-hisablah dirimu…adakah ada salah satu daripada empat sebab halangan ni atau tah-tah semua ada…Ya Robb..Ampun!

Sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّـئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِن.

“Siapa yang merasa gembira ketika membuat kebajikan, dan merasa gelisah ketika membuat kejahatan, maka nyatalah dia seorang Mukmin yang hakiki”.


Jadi, jom sama-sama SIHAT (fizikal dan spiritual) TANPA MAKSIAT!


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Surah az-Zumar ayat : 53

Thursday, November 3, 2011

Kepentingan Ilmu-Kefahaman yg Benar (bagi yg mahu istiqamah berniqab)


berniqab/pakai purdah kerana....?
kerana ikut resam masyarakat setempat di tempat kita belajar
kerana ikut sunnah ummul mukminin (sunnahnya para isteri nabi)
kerana ikut kawan (satg tak pakai apa pulak kata depa..tak tsiqah dsb, blk kg nanti bukak la..)
kerana keselamatan
kerana Allah (istiqamah-sekali pakai krn "kesedaran" ilmu, kmdian pakai selama2ya)

***********************
Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum.

Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

* Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

* Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

* Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

* Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

* Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.


4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

* Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:


" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

* Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

* Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

* Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

* Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.


Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

***********************************************************************


p/s: Kepada yg mengambil keputusan untuk berniqab..TAHNIAH... istiqamahlah...apa yg penting kita pakai apa pun pakaian itu mestilah mengikut piawai standard syariat Islam samada lelaki mahupun perempuan. Ngak perlu pusing2 dong! :))