Istighfar Memohon Penerimaan Doa
ومن أنواع الاستغفار المأثورة المشهورة ماروى أن من استغفار للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة أو خمسا وعشرين مرة (أحد العددين)
كان من الذي يستجاب دعاؤهم ويرزق بهم أهل الأرض وهو
﴿ اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِناَتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمسْلِمَاتِ حَيِّهِمْ وَمَيِّتِهِمْ
وَشَاهِدِهِمْ وَغَائِبِهِمْ وَقَرِيْبِهِمْ وَبَعِيْدِهِمْ. إِنَّكَ تَعْلَمُ مَثْوَاهُمْ وَمُتَقَلَّبَهُمْ ﴾

Maksudnya : Dan daripada pelbagai jenis lafaz istighfar yang ma’thur dan masyhur barang yang diriwayatkan; sesiapa yang memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan setiap hari (siang atau malam) sebanyak dua puluh tujuh kali atau dua puluh lima kali (salah satu daripada keduanya), adalah tergolong daripada orang yang mustajab termaqnul doanya dan dikurniakan rezeki daripada ahli dunia (makhluk), iaitulah :
﴾Ya Allah ampunkanlah orang-orang yang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan, yang hidup dari kalangan mereka dan yang telah mati dari kalangan mereka yang masih ada dari kalangan mereka dan yang telah tiada dari kalangan mereka dan yang dekat dari kalangan mereka dan yang jauh dari kalangan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tetap dan yang berubah.﴿
**Sumber : Abwabul Faraj - Sayyid Muhammad Alawie al-Maliki al-Hasani m/s: 223
No comments:
Post a Comment