(perintah selawat atas junjungan nabi صلى الله عليه وسلم )
AMALAN 1 MELIHAT RASULULLAH صلى الله عليه وسلم
Berikut merupakan amalan yang telah di ijazahkan kepada al-faqir daripada guru saya yang banyak berjasa kepada al-Faqir, al-Fadhil Tn.Guru Khairul Anwar Shafie حفـظه الله تعالى وغـفـر الله له ولوالديه آميـن berkenaan amalan untuk melihat wajah dan susuk tubuh nabi kita yang mulia Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Dan berkata setengah daripada para ulama' :
مَنْ لاَزِمَ بَعْدَ سَلاَمِهِ مِنْ صَلاَةِ الْجُمُعَةِ عَلَى "سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ" مِائَةَ مَرَّةٍ، وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّم بَعْدَ عَصْرِهَا أَلْفًا، يَقُولُ : اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ، فَإِنَّهُ يَرَى النَّبِيِّ صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّم. (كتاب منح رب العالمين في كيفية وؤية سيد المرسلين، ص:9-10)
Ertinya: "Barangsiapa yang melazimi membaca "سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ" sebanyak 100 kali selepas daripada memberi salam sembahyang Jumaat dan mengucap selawat atas Nabi selepas daripada Asar hari Jumaat itu sebanyak seribu (1000) kali dengan selawat : اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ maka ia akan dapat melihat Baginda Nabi dalam tidurnya."
No comments:
Post a Comment