Monday, November 15, 2010

ZIKIR ELAK DARIPADA DIZALIMI



حَسْبُنَا اللهُ رَبُّنَا اللهُ
  • Jika kamu sentiasa di zalimi dan dihalang dari mengabdikan diri kepada Allah (swt), janganlah kamu melawan atau menentang kembali dengan perbuatan yang sama atau kekasaran, sebaliknya lakukanlah zikir HasbunAllah RabbunAllah, atau boleh juga Robbunallah Hasbunallah, yang bermaksud “cukuplah Allah bagi kami/pelindung kami, dan Allah adalah Tuhan kami (tempat kami bergantung segalanya)”. Lakukan sebanyak 40x atau 100x sehari.
  • Maulana berkata, sesungguhnya kalimat ini mempunyai kekuatan dan hikmat yang lebih dahsyat/hebat dari kekuatan bom nuclear, jadi yakinlah. Maulana telah berkata dalam Suhbah nya pada tanggal 27 Oktober 2010 yang lalu, dengan hanya kalimat/ zikir ini, sesungguhnya seorang yang zalim dan telah melakukan kezaliman selama beberapa dekad pun akan jatuh dan rebah (tewas) jika semua rakyat yang dizalimi olehnya berzikir dengan kalimat ini selama 40 hari secara berterusan. 
  • Semoga istiqamah :)

DOA MENGHILANGKAN PENYAKIT LUPA

DOA MENGHILANGKAN PENYAKIT LUPA


Daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang khuatir lupa selepas menghafaz al-Quran atau mempelajari sesuatu ilmu, hendaklah dia berdoa dengan doa ini” :

اَللّهُمَّ نَوِّرْ بِالْكِتَابِ بَصَرِيْ، وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِي، وَاسْتَعْمِلْ بِهِ بَدَنِي،

وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِيْ، وَقَوِّبِهِ جَنَانِيْ، وَأَسْرِعْ بِهِ فَهْمِي، وَقَوِّبِهِ عَزْمِي، 

بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ، فَإِنَّهُ لاَحَوْلَ وَلاَ ُوَّةَ إِلاَّ بِكَ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah! Terangilah penglihatanku dengan kitab, lapangkanlah dadaku dengannya, jadikanlah aku beramal dengannya, lancarkanlah lisanku menyebutnya, kuatkanlah hatiku dengannya dan percepatkanlah kefahamanku dengannya, dengan daya dan kekuatanMu, kerana sesungguhnya tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani.”

Doa Memudahkan Kefahaman Ilmu Dan Ditunaikan Segala Hajat


 Al-Marhum Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani Rahimahullah
(al-faqir dipertemukan "hidayah" setelah tekesan dengan kata-kata beliau 
juga dengan sinaran "nur Muhammad" di wajah beliau pada tahun 2003/2004 yang lalu.
Semoga Allah tempatkan beliau di kalangan para siddiqin dan nenda beliau yang di cintai
Sayyidina Rasulullah s.a.w serta memelihara zuriat keturunan beliau.Amin)

Doa Memudahkan Kefahaman Ilmu Dan Ditunaikan Segala Hajat

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ.

اَللّهُمَّ أَكْرِمْنَا بِالْفَهْمِ وَالْحِفْظِ وَقَضَـآءِ الْحَوَآئِجِ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ.

إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya : “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kebesaranMu ke atas penghulu kami Muhammad dan      ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhammad dan  limpahkanlah mereka semua keberkatan dan kesejahteraan. Ya Allah muliakanlah kami dengan kefahaman, pemeliharaan, dan di tunaikan segala hajat yang baik di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” 

**Sumber : dipetik daripada "Yasin Hajat lil Sayyid Muhammad 'Alawi" susunan guruku yang mulia Ust Farhan  Hasyiri al-Manduri hafidzhahullahu ta'ala, m/s:11

KELEBIHAN DOA



 
KELEBIHAN DOA

Allah s.w.t telah berfirman:
 
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.”
( Surah  al-Ghafir : 60 )
Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

اَلدُّعَـاء هُوَ الْعِبَـادَة
Maksudnya : “Berdoa itu adalah satu ibadah”.

Dan sabda Baginda s.a.w lagi :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِد وَالْكُرَب فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاء
 فِى الرَّخَاء
Maksudnya : “Barangsiapa yang ingin Allah menerima doanya pada masa kesusahan dan malapetaka hendaklah sentiasa berdoa semasa senang dan keadaan gembira.”                                    ( Riwayat at-Tirmizi )

Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w :

مَا مِنْ مُسْلِمْ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِلّهِ تَعَالَى فِى مَسْأَلَةٍ إِلاَّ أَعْطَاهَا إِيَّاهُ، إِمَّا أَنْ يُعَجِّلَهَا لَهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ (مسند الإمام أحمد)
Maksudnya : “Apabila sahaja seseorang Muslim mendingakkan kepalanya untuk meminta sesuatu, Allah pasti akan menganugerahkan kepadanya perkara tertentu. Samada ia dianugerahkan perkara itu secara segera atau disimpankan baginya di dalam dunia atau di alam akhirat kemudian.”

Kesimpulannya terdapat tiga keadaan sesuatu doa itu diterima oleh Allah iaitu :

(i) Di maqbulkan segera -  jika menurut Allah permintaan tersebut sesuatu perkara yang bermanfaat.

(ii) Ditangguhkan dan dimaqbulkan pada masa yang tertentu - jika menurut Allah tiada faedah dikurniakan secara segera perkara yang diminta.

(iii) Digantikan dengan yang lain yang terlebih baik daripada yang diminta dan dihajatkan samada diberikan didalam dunia atau diakhirat kelak. Jika tidak sekalipun, pada setiap doa itu dikurniakan ganjaran pahala kerana tiada doa yang dipandang sia-sia oleh Allah.

(*sumber : Kitab al-Hisnul Hasin; al-’Allamah Muhammad bin Muhammad al-Jazarie as-Syafie (Imam al-Jazari), (Arab m/s: 27-28), (Terjemah m/s: 1-5).









Tuesday, November 9, 2010

BALA DAN IBTILA : MUSIBAH UJIAN PENGHAPUS DOSA


LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian

          Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." 

         Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.

Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.

               Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. 

           Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian.   

UJIAN ADA DUA JENIS 


 


Pertama namanya bala. 
Kedua ibtila. 

Bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. 

Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. 

            Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian banjir itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. 

           Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi. Wa minallahittaufiq.

UCAPAN TAKZIAH

Sekalung takziah dan seperkongsian kedukaan di ucapkan kepada sahabat seperjuangan Cik Rosniza Abdullah di atas pemergian nenda beliau Kamaruddin bin Chu Sakah yang menemui Kekasih Sejatinya pada pagi Subuh hari Jumaat bersamaan 5 November 2010 yang lalu. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh beliau dan menjadikan kuburnya sedingin salju Jannah Firdaus serta di tempatkan bersama-sama para Siddiqeen dan Soleheen. Amiin. Al-Fatihah





Daripada : Hj.Mohd Hasif dan keluarga.

Monday, November 8, 2010

AMALAN ISTIGFAR 1



Istighfar Memohon Penerimaan Doa

ومن أنواع الاستغفار المأثورة المشهورة ماروى أن من استغفار للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة أو خمسا وعشرين مرة (أحد العددين) 


كان من الذي يستجاب دعاؤهم ويرزق بهم أهل الأرض وهو


﴿ اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِناَتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمسْلِمَاتِ حَيِّهِمْ وَمَيِّتِهِمْ 


وَشَاهِدِهِمْ وَغَائِبِهِمْ وَقَرِيْبِهِمْ وَبَعِيْدِهِمْ. إِنَّكَ تَعْلَمُ مَثْوَاهُمْ وَمُتَقَلَّبَهُمْ

Maksudnya : Dan daripada pelbagai jenis lafaz istighfar yang ma’thur dan masyhur barang yang diriwayatkan; sesiapa yang memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan setiap hari (siang atau malam) sebanyak dua puluh tujuh kali atau dua puluh lima kali (salah satu daripada keduanya), adalah tergolong daripada orang yang mustajab termaqnul doanya dan dikurniakan rezeki daripada ahli dunia (makhluk), iaitulah :

Ya Allah ampunkanlah orang-orang yang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan, yang hidup dari kalangan mereka dan yang telah mati dari kalangan mereka yang masih ada dari kalangan mereka dan yang telah tiada dari kalangan mereka dan yang dekat dari kalangan mereka dan yang jauh dari kalangan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tetap dan yang berubah.﴿

**Sumber : Abwabul Faraj - Sayyid Muhammad Alawie al-Maliki al-Hasani m/s: 223


AMALAN 1 MELIHAT RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

(perintah selawat atas junjungan nabi صلى الله عليه وسلم )

AMALAN 1 MELIHAT RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

Berikut merupakan amalan yang telah di ijazahkan kepada al-faqir daripada guru saya yang banyak berjasa kepada al-Faqir, al-Fadhil Tn.Guru Khairul Anwar Shafie حفـظه الله تعالى وغـفـر الله له ولوالديه آميـن berkenaan amalan untuk melihat wajah dan susuk tubuh nabi kita yang mulia Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 

Dan berkata setengah daripada para ulama' :

مَنْ لاَزِمَ بَعْدَ سَلاَمِهِ مِنْ صَلاَةِ الْجُمُعَةِ عَلَى "سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ" مِائَةَ مَرَّةٍ، وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّم بَعْدَ عَصْرِهَا أَلْفًا، يَقُولُ : اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ، فَإِنَّهُ يَرَى النَّبِيِّ صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّم. (كتاب منح رب العالمين في كيفية وؤية سيد المرسلين، ص:9-10)

Ertinya: "Barangsiapa yang melazimi membaca  "سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ" sebanyak 100 kali selepas daripada memberi salam sembahyang Jumaat dan mengucap selawat atas Nabi selepas daripada Asar hari Jumaat itu sebanyak seribu (1000) kali dengan selawat : اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ maka ia akan dapat melihat Baginda Nabi dalam tidurnya."

AL-MAHABBAH (المحبة)

(gambar hiasan semata-mata)

CINTA ( AL-MAHABBAH)

Dua cara padaMu aku bercinta
dengan keakuanku dan sepatutnya Kamu dicinta
dengan keakuanku hanya Kamu ku ungat selalu
Cinta yang paling suci dariMu apabila hijab Kau singkap dariku
tak peduli puji yang itu dan yang ini
yang manapun pujian untukMu bukan siapa lagi

Cinta menjadikan aku pekak kepada selain Dia
alangkah ganjilnya Cinta ini?
Cinta menjadikan aku pekak kepada selain Dia
Cinta membunuh aku ini
ada satu sifat Cinta yang tidak dikehendaki
tidak ada orang yang sanggup menahani
terbang tinggi melampaui fikiran khayalan
turun segala perkara yang tidak diingini
biar perkara kemarahan di bawa
Dia akan sukacita
biar melampaui segala ukuran yang ada
namun ia merasa suka dan seronok pula