Sunday, May 6, 2012

Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur...

Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur...


Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?

Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.


Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

diambil daripada : http://nazrulnasir.blogspot.com

Saturday, May 5, 2012

KISAH MENARIK : PERSOALAN JIN ISLAM BERTANYAKAN SOALAN MENGENAI KARAMAH.


Persoalan jin islam yg sufi yg bertanyakan soalan mengenai karamah kpd Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani qaddasallahu sirrahu.

Bahawa berlakulah pada suatu hari telah datang wakil drpd jin islam di dalam bentuk seekor anjing berwarna kekuningan lagi halus masuk ke dalam sebuah masjid di kaherah, mesir dan di mulutnya terdapat 80 persoalan mengenai tauhid para 'arifin dan tasawwuf zawqiyyah yg ditulis di atas kertas "afranji" (kertas drpd papyrus yg byk digunakan pada zaman dahulu).


  Yang mana 80 soalan tersebut tdk dapat dijawab oleh para alim ulama' jin pada masa itu, lalu berkata satu alim drpd jin mgatakan pergilah kalian bertanyakan soalan tersebut kpd alim ulama' dikalangan manusia krn mereka lebih mengetahuinya. Lalu berlakulah kisah ini, dan di atas permintaan para jin tersebut bahawa soalan-soalan tersebut dijawab dalam bentuk penerangan berbentuk prosa karangan serta disulami dgn puisi, ini kerana mereka adalah diantara makhluk Allah yg berjiwa amat seni. jiwa mereka bersifat halus (lathif).

80 soalan tersebut termaktub ddlm kitab berbahasa arab hasil drpd karangan Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani sendiri iaitu kitab :

كشف الحجاب والران عن وجه اسئلة الجان

         Semua soalan tersebut telah dijawab oleh Al-Imam Sya'rani pada suatu malam, ini kerana penerangan yg bersangkut paut dgn kesufian serta zawqiyyah ini lebih baik dan lebih terasa zawq kenikmatannya oleh kerohanian kita apabila dibahaskan pada waktu malam berbanding di siang hari.

Salah satu drpd 80 persoalan tersebut ada menyentuh bab karamah, soalannya ialah :

Diantara seseorang wali Allah yg banyak karamah dan yg kurang karamah, yg manakah lebih tinggi darajatnya di sisi Allah??

Maka Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani qaddasallahu sirrahu menjawab bahawa : banyaknya atau sedikitnya penzahiran karamah ke atas seseorang wali Allah bukanlah kayu ukur ketinggian darjat seseorang wali Allah.

Ini berlaku kerana atas 2 sebab :

1) banyaknya penzahiran berlaku ke atas seseorang wali Allah adalah krn ramainya yg ragu dgn keimanan kpd Allah, ramainya penentang serta musuh-musuh islam pada zaman seseorang wali Allah itu.

2) adapun sedikitnya penzahiran yg berlaku ke atas seseorang wali Allah adalah krn sedikitnya org yg ragu dgn keimanan kpd Allah serta kurangnya penentangan drpd ummat pada zaman itu.

Kesimpulannya di sini bahawa banyak atau sedikitnya karamah yg berlaku ke atas seseorang wali Allah bukanlah kayu ukur ketinggian darjat di sisi Allah bahkan ianya adalah suatu bukti kebenaran ajaran islam sebagaimana para nabi-nabi dan rasul yg dikurniakan mukjizat drpd Allah bg menzahirkan kebenaran risalah serta ajaran mereka. wallahu a'lam.

Begitu juga kata-kata Al-Qutb Wa Al-Ghawz Al-'Arifbillah Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu :
                                          "karamah itu seumpama haid bg perempuan".

Ini bermaksud para wali-wali Allah itu berasa amat malu sekiranya org lain tahu akan karamah nya itu, bahkan pula ianya juga boleh menjadi suatu istidraj dan makar khafi (tipuan halus) drpd Allah kpd diri si wali itu krn ditakuti dia akan sibuk bertumpu kpd karamah tersebut dan tidak bertumpu kpd Allah.

والله أعلم



BEBERAPA PUNCA ANAK MENJADI BIADAB

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Wahh..dah lama tak posting...
Kali ini al-Faqir berkongsi dengan para pembaca dan rakan-rakan tentang sebuah buku yang al-faqir baca,  "Menangani Anak Biadab" tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bersama Noor Aishah Husain terbitan Telaga Biru.

21 BEBERAPA PUNCA ANAK MENJADI BIADAB

1. Paradigma semasa yang ada dalam minda ibu bapa adalah silap.
2. Hubungan dengan Allah kurang di jaga terutamanya ibu bapa dan penerapan ketaatan di rumah.
3. Hubungan rumah tangga ibu bapa kucar kacir atau porak peranda.
4. Suasana rumah tangga yang kurang kondusif dan tertekan.
5. Doa ibu bapa. Selalu sumpah seranah anak. AWAS!
6. Arah Hidayah yang sedikit. (Faktor2 penarik hidayah dalam keluarga dan rumah kurang).

7. Tiada keberkatan rezeki yang ibu bapa bawa pulang ke rumah.
8. Ibu bapa tidak mempunyai keterampilan dalam aspek keibubapaan.
9. HATI ibu bapa kotor.
10. IBU BAPA PERNAH BIADAP semasa muda dahulu.
11. Kekurangan kumpulan sokongan.
12. EMOSI ibu bapa tidak stabil semasa anak dalam kandungan.
13. AMALAN HARIAN ahli keluarga yang kurang cantik.
14. TIdak mengenali PERIBADI anaqk yang sebenar.
15. Ibu bapa CAKAP tidak serupa bikin.
16. Anak meningkari perintah Allah.
17. KAWAN-KAWAN anak yang negatif.
18. MAKANAN SYUBHAH+HARAM.
19. Pendedahan anasir2 negatif yang anak2 alami.
20. Anak-anak rasa tidak disayangi.
21. Hidup anak dan keluarga tidak seimbang.