Monday, July 4, 2011
Amalan Bulan Sya'aban Syarif
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring (QS.Ali Imron : 190-191)
Assalamualaikum semua.. Ini adalah beberapa amalan sepanjang bulan Syaaban ini. Pecutan terakhir untuk menghadapi Universiti Ramadhan yang mana ijazahnya berupa ijazah TAKWA.. Oleh itu matriks Universiti Ramadhan iaitu Rajab dan Syaaban janganlah dipersia2kan. Marilah beramal kerana Allah!
Rujukan: Futuhat Haqqaniah; Maulana Sh Adnan al Qabbani:
1) Menjaga 3 waktu utama untuk beribadah: *sepertiga terakhir malam sehingga terbit fajar, * waktu antara Asar dan Maghrib, * Masa antara Maghrib dan Isyak.
2) Membaca Surah al A'nam setiap hari.
3) Membaca satu hizib dalailul Khayrat setiap hari
4) Selawat 2000 kali kepada Rasulullah saw setiap hari tidak termasuk adab selepas solat.
5) Selawat 100 kali secara berdiri menghadap qiblat dengan niat menyambut maulidnya dan menghadiahkannya kepada nabi saw.
6) Jangan tinggal adab dan awrad harian terutamanya sebelum dan selepas solat.
7) Perbanyakkan berpuasa.
Selamat beramal!!!
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
sumber:http://www.rawatanislam2u.com/2011/07/amalan-di-bulan-syaaban.html
Subscribe to:
Posts (Atom)