"HUKUM MENGHINA BAGINDA NABI SAW"
by Sofiuddin Al-husaini on Tuesday, May 10, 2011 at 2:44pm
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..
Smoga kita di berikan hidup baru, tenaga baru, dan cahaya baru..
Orang yang kurang (taqsir) dalam melaksanakan syariat boleh diberi ruang sambil ditarbiah dan didakwah. Tetapi, orang yang mengurangkan kemuliaan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam apa lagi menghina Baginda shollallahu 'alaihi wasallam perlu diambil tindakan sewajarnya.
haram bagi umat Islam memanggil Rasulullah s.a.w. hanya dengan nama Baginda sebagaimana memanggil saudara atau sahabat yang lain, tetapi hendaklah menggunakan lafaz yang menunjukkan penghoramatan seperti Ya Rasulullah, Wahai Nabi Allah, dan sebagainya (termasuk dalam doa). Firman Allah Taala di dalam surah An-Nur:63 yang bermaksud:
Janganlah kamu jadikan seruan (panggilan) Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi.
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa umat Islam mesti menghormati Nabi s.a.w., bersopan-santun kepada Baginda s.a.w. dan menjaga adab serta tatatertib kepada Baginda s.a.w. dalam apa jua keadaan.
Firman Allah Taala di dalam surah Al-Ahzab:57 yang bermaksud:
Sesunggunya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.
Rasulullah s.a.w. turut melarang menggunakan gelarannya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Namakanlah dengan nama aku, dan jangan kamu menggunakan gelaran dengan ghelaran aku.
Larangan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menjaga dan melindungi Rasulullah s.a.w. daripada dihina.
Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. dengan menyebut kekurangan pada dirinya, keturunannya, agamanya, gerak-gerinya, ataupun membuat keraguan dengan sesuatu dengan niat tujuan untuk menghina dan mencela Baginda s.a.w. atau memperkecilkan segala urusannya, merendah-rendahkan Rasulullah s.aw., maka hukumnya adalah dibunuh. Demikian juga sesiapa yang melaknat atau mendoakan sesuatu keburukan ke atas Rasulullah s.a.w. atau bercita-cita untuk memberi kemudaratn ke atasnya atau menyebut sesuatu yang tidak layak baginya untuk mengeji dirinya, maka para ulama dan ahli fatwa dari kalangan Sahabat Baginda s.aw. telah bersepakat supaya mereka ini dijatuhkan hukuman bunuh.
Pernah sayyidina Ali bin Abi Thalib KW, menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud.
Dari Abdullah bin Abbas berkata bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal”. HR Abu Dawud dan an-Nasa’i.
Berkata Abu Bakar bin al-Mundhir yang bermaksud:
Telah bersepakat ahli ilmu bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. akan dibunuh.
Ibnu Qassim di dalam al-Utbiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menghina atau menyakiti atau mengaibkan atau meperkecilkan Rasulullah s.a.w., maka sesungguhnya ia dihukum bunuh dan dihukum seperti hukuman orang zindiq. Allah Taala telah mewajibkan ke atas hamba-hambaNya agar memuliakan dan membesarkan Rasulullah s.a.w.
Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakr Ibn Munzir r.a. berkata:
أجمع عوام أهل العلم على أن مَن سب النَّبي صلى الله عليه وسلم يقتل وممن قاله مالك والليث واحمد وإسحاق وهو مذهب الشافعي
Maksudnya: Keseluruhan ahli ilmu bersepakat bahawa sesiapa yang menghina Nabi shollallahu 'alaihi wasallam dihukum bunuh. Adapun sebahagian daripada yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Malik, Imam Al-Laith, Imam Ahmad, Imam Ishaq dan ia juga adalah Mazhab As-Syafi'e.
Al-Imam Al-Qadhi 'Iyadh r.a. berkata:
أجمعت الأمة على قتل متنقصه من المسلمين وسابه
Maksudnya: Telah sepakat (ulama') Al-Ummah bahawa dihukum bunuh orang yang mengurangkan kedudukan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam dan pencela Baginda dari kalangan orang-orang Islam. [As-Syifa bi Ta'rif Huquq Al-Mustofa 2:211]
Imam Muhammad bin Sahnun berkata:
أجمع العلماء على أن شاتم النَّبي صلى الله عليه وسلم المتنقص له كافر والوعيد جار عليه بعذاب الله له وحكمه عند الأمة القتل ومن شك في كفره وعذابه كفر
Maksudnya: Al-Ulama' telah sepakat bahawa pencela Nabi shollallahu 'alaihi wasallam atau orang yang mengurangkan kemuliaan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam adalah kafir dan diancam siksa azab Allah buatnya. Maka, hukumnya di sisi para ulama' Ummah adalah bunuh. Adapun sesiapa yang masih ragu terhadap kekufuran orang tersebut (pencela atau orang yang merendah-rendahkan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam) dan siksanya maka dia telah kafir.
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam diketahui mempunyai kedudukan dan kemuliaan Baginda yang tersendiri. Apa sahaja yang boleh merujuk kepada merendah-rendahkan kemuliaan Baginda sholalahu 'alaihi wasallam berdasarkan ukuran para ulama', bererti sudah merendah-rendah dan mengurangkan kemuliaan Rasulullah shollallahu 'alahi wasallam.
Boleh baca kitab As-Syifa bi Ta'rif Huquq Al-Mustofa karangan Imam Qadhi Iyadh untuk mengetahui kadar kemuliaan Rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam.
Antara ukuran mengurangkan kemuliaan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam adalah unsur-unsur memperlekehkan sesuatu yang berkaitan dengan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.
Imam Ibn Wahhab Al-Misri meriwayatkan daripada gurunya Imam Malik r.a., bahawa Imam Malik berkata: "Sesiapa yang berkata rida Nabi shollallahu 'alaihi wasallam atau kain Nabi shollallahu 'alaihi wasallam kotor, bertujuan untuk mengaibkan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam maka dibunuh.
Hukum had (hudud)nya memang dibunuh. Adapun khilaf samada dia perlu diminta taubat terlebih dahulu ataupun tidak. Sebahagian kecil ulama' mengatakan, perlu meminta orang itu bertaubat dahulu. JIka dia bertaubat, maka tidak dihukum bunuh.
Kebanyakan ulama' pula mengatakan, tidak perlu meminta orang itu bertaubat tetapi dihukum bunuh terus. Itu adalah hukuman hudud bagi pencela Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.
Adapun taubatnya diterima ataupun tidak, ia terserah kepada Allah s.w.t.. Tetapi, hukuman tetap hukuman. Ia sebagaimana dalam bab zina dan sebagainya juga, jika telah thabit kesalahan tersebut dengan ukuran2 syariatnya, maka dihukum dengan hudud. Adapun taubatnya, maka diserahkan kepada Allah s.w.t.. Apa yang dibahaskan adalah tentang hukuman terhadap pencela.
Boleh lihat dalam risalah ringkas oleh Sheikhna Al-Musnid Muhammad Fuad Al-Maliki berjudul "Hukum Menghina Nabi shollallahu 'alaihi wasallam"
Antara dalil2nya ada dalam Surah At-Taubah ayat ke-61 Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Daripada ayat-ayat di atas, dapat difahami dengan jelas bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. akan diazab oleh Allah pada hari Akhirat kelak dan mereka di dunia ini akan dilaknat serta dihukum dengan hukuman yang amat berat.
dan Surah Al-Ahzaab ayat ke 61 firman Allah subhanahu wa ta’ala yg bermaksud:
Dalam keadaan terlaknat. Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya.
Begitu juga dalam Surah Al-Mujadalah ayat ke 20 dan 21.
Hadis Sahihain, tentang kisah Hadis Al-Ifk, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengucapkan yang bermaksud:
"Siapakah lelaki yang ingin membantuku menyelesaikan lelaki yang menyakitiku pada keluargaku?"
Lalu, Sa'ad bin Mu'az, pengulu daripada kalangan Aus berkata:
"Saya akan membantumu wahai Rasulullah. Jika lelaki itu dari kalangan bani Aus, sudah pasti kami akan penggal lehernya. Jika lelaki itu dari kalangan bani Khazraj, maka jika tuan perintahkan, kami akan laksanakannya."
Begitu juga sebahagian para sahabat r.a. akan membunuh orang-orang yang menghina Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam. Bahkan, ianya juga suatu ijma' di sisi para ulama'.
Dalam kisah yang lain, fuqaha Qayruwan dan sahabat-sahabat Sahnun telah berfatwa menjatuhkan hukum bunuh kepada Ibrahim al-Fazari (merupakan penyair yang pandai dalam pelbagai bidang seni). Dia adalah salah seorang yang hadir dalam satu perbahasan di majlis ilmu al-Qadi Ibnu Abbas bin Talib. Dalam majlis tersebut, al-Fazari telah menyebut perkara-perkara yang menghina dan mencerca Allah, Nabi-nabi, dan Nabi Muhammad s.a.w. Hadir bersama dalam majlis itu ialah al-Qadi Yahya bin Umar dan beberapa orang fuqaha. Mereka telah mengeluarkan perintah membunuh dan menyalib Ibrahim al-Fazari. Dia kemudiannya ditusuk dengan pisau dan disalib secara terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah dan selepas itu mayatnya diturunkan dan dibakar.
Mengikut hikayat sesetengah ahli sejarah, ketika mayatnya diturunkan dari kayu salib tersebut, maka mayatnya dipaling dari kiblat untuk menjadi tanda dan iktibar kepada orang ramai. Maka semua manusia yang ada di situ bertakbir beramai-ramai dan anjing-anjing yang ada di situ menjilat darahnya. Bekata Yahya bin Umar: Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadithnya iaitu yang bermaksud:
“Anjing tidak akan menjilat darah seorang muslim”.
Ini menunjukkan bahawa perbuatan mencaci Rasulullah s.a.w. adalah telalu besar dosanya hingga patut dihukum kafir dan dibunuh orang tersebut. Habib bin Rabi’ al-Qarwi menyatakan bahawa mazahb Imam Malik dan sahabat-sahabatnya telah menjelaskan bahawa sesiapa berkata pada diri Rasulullah s.a.w. akan kekurangan atau memeprkecil-kecilkan Baginda s.a.w. akan dihukum bunuh dengan tanpa diterima taubatnya..waminnallah at-taufiq..
Salam mahabbah Rasulillah..
Wallahu ta'ala a’lam..
Antara Rujukan:
1.Risalah ringkas berjudul "Hukum Menghina Nabi shollallahu 'alaihi wasallam" oleh syaikhuna Al-musnid Al-Muhaddith Muhammad Fuad Kamaluddin Al-maliki,
2.Al-fadhil Al-ustaz Raja Mukhlis hafizahullah.
3.dan lain2.
Silakan share, RASULULLAH saw bersabda, “ALLAH SWT akan menyayangi orang yang mendengar sesuatu dari kami, kemudian menyampaikannya sesuai dengan apa yang didengarnya. (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi).
Tuesday, May 10, 2011
Tuesday, May 3, 2011
UMMAH BERSELAWAT BERSAMA AHLUL BAIT AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
Tempat (Venue) : Masjid Pokok Sena
Tarikh : 7 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 mlm hingga 10.30 mlm
Jemputan Undangan : HABIB MUHAMMAD BIN SALLEH ALATAS DARI YAMAN berada di negeri Kedah bersama ummah Kedah berselawat bersama Ahlul Bait
Tarikh : 7 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 mlm hingga 10.30 mlm
Jemputan Undangan : HABIB MUHAMMAD BIN SALLEH ALATAS DARI YAMAN berada di negeri Kedah bersama ummah Kedah berselawat bersama Ahlul Bait
Gambar : Masjid Pokok Sena
Monday, May 2, 2011
MAJLIS SELAWAT BERSAMA AHLUL BAIT AHL SUNNAH DARI YAMAN
Time | |
---|---|
Location | MASJID AL BUKHARI ALOR STAR |
Created By | |
Subscribe to:
Posts (Atom)