Wednesday, February 23, 2011

IHTIFAL MAWLID NABI S.A.W BERSAMA HABIB THOHIR AL-HADDAR

IHTIFAL MAWLID NABI S.A.W BERSAMA HABIB THOHIR AL-HADDAR



Alhamdulillah baru-baru al-Faqir berkesempatan mengikuti satu majlis Ihtifal Mawlid Nabi s.a.w di Masjid Kg.Padang Hassan, Bukit Pinang, Kedah bersama-sama para Sadaat dan Habaib dari Hadramaut, Yemen iaitu al-Habib Thohir al-Haddar yang mana beliau merupakan adik ipar kepada al-Arif Billah Habib Umar bin Hafidz hafidzhahullahu ta'ala. Majlis bermula selepas Maghrib dan dimulakan dengan bacaan Mawlid ad-Dibaie dan tausiyah daripada al-Habib Thohir.







PARA ULAMA HABAIB

Tuesday, February 22, 2011

BINGKISAN MAWLID SYEIKH SOLEH JA'AFARI (QS) DAN MAWLIDURRASUL

MAJLIS MAWLID RASULULLAH DAN BACAAN DIWAN SYEIKH SOLEH JA'AFARI

GAMBAR : Al-Arif Billah Syeikh Soleh Ja'afari al-Hasani r.a

Alhamdulillah baru-baru ini al-Faqir dapat menyertai Sambutan Mawlid Rasulullah s.a.w bersama-sama Imam Masjid al-Azhar Mesir, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain hafidzahullahu ta'ala. Majlis yang diadakan bertempat di Kampung Tok Plu, Kuala Nerang Kedah. Sambutan Mawlid begitu meriah dengan iringan qasidah burdah secara berselang-seli antara kumpulan mawlid Muassasah Darul Ulum dan anak-anak murid Syeikh Asyraf yang membaca Qasidah karangan Syeikh Soleh Ja'afari dengan tausiyah Sirah Syeikh Soleh Ja'afari daripadanya. 




GAMBAR : Imam Masjid al-Azhar Mesir, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain hafidzahullahu ta'ala


 GAMBAR : Ustaz Nazrul sedang menterjemahkan tausiyah Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

GAMBAR : Mahal Qiyam

 GAMBAR : Dari Kanan Syamim, Fahmi, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain, dan al-Faqir

Diantara  beberapa isi yang dapat al-faqir catit daripada tausiyah Syeikh Asyraf ialah : 
Terdapat perbezaan antara "perayaan" dan "sambutan" sesuatu peristiwa iaitu perayaan (عيد) ialah sesuatu perayaan yang berulang-ulang setiap tahun manakala إحتفال مولد النبي itu sendiri disambut pada setiap hari sebagai tanda gembira kita di atas kelahiran Baginda yang membawa Rahmat ke seluruh alam dan makhluk di muka bumi yang termasuk didalamnya al-insan, al-jinn, dan setiap sesuatu selain Allah. . 



Gembira atau أفرح ini diterjemahkan atas dua perkara iaitu nikmat Allah dan Rahmat Allah. Menurut Syeikh Asyraf lagi, Sayyiduna Abul Abbas Mursi r.a pernah berkata bahawa beliau bukanlah daripada kalangan mukmin kerana lupa mengingati Sayyiduna Rasulullah s.a.w pada setiap keadaan. Subhanallah! Ini adalah maqamnya siddiq dan ianya bukanlah satu ungkapan yang salah kerana menurut ungkapan ahli hikmah : حسنات الأبرار سيئات المقربين . Maka sesuatu itu di nilai sesuai dengan keadaan ahwalnya. Berkata Syeikh Asyraf lagi telah berkata Syeikh Nasiruddin ad-Dimaysqi r.a di dalam kitab Sirah as-Syamiah :"Jika seorang kafir (merujuk kepada Abu Lahab) yang telah di siksa dan berada selamanya di dalam neraka diringankan azab siksaan atas beliau kerana gembira atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (merujuk kepada Abu Lahab yang memerdekakan Suwaibah), apakah perasaan kamu wahai orang yang beriman pula yang gembira atas kelahiran Baginda yang mulia? Tidakkah kamu di anugerahkan syurga kelak?" InshaAllah... 

 GAMBAR : Bersama sahabat-sahabat

 GAMBAR : Majlis di akhiri dengan bacaan doa







 

Wednesday, February 16, 2011

DIA PERNAH MENCINTAIMU...

DIA PERNAH MENCINTAIMU...



“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H, Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka. Tiga hari yang hilang warna dan sepi. Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat. Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin. Sangka mereka itu senyum kesembuhan. Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian. Tangan itu rebah terkulai. Basah dalam bejana air. Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya. Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan. Merindui saudara-saudaranya. Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” 
[riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


Sumber ambilan : 
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday, February 15, 2011

MEMORI MAULID 1432H - SEKITAR SAMBUTAN MAWLID DI DERGAH SYAKH NAZIM PENANG

SAMBUTAN MALID NABI S.A.W DI MINDEN HEIGHTS 
DERGAH SYEIKH NAZIM PENANG


Alhamdulillah baru-baru ini sambutan maulid Nabi s.a.w bagi tahun 1432 Hijrah telah diadakan pada Hari Isnin malam Selasa di Minden Heights, Penang bersamaan pada 14 Februari 2011. Majlis di serikan dengan alunan selawat dari kumpulan Mawlid Syamsul Haq dan hadrah. Di bawah di sertakan beberapa rakaman gambar majlis yang telah berlangsung : - 

Gambar Kenangan : (Dari Kanan) Syeikh Zulkarnain al-Filfilani, Syeikh Rusli al-Qodahi, dan al-Faqir

Gambar Kenangan Bersama Habaib as-Saqqaf : (Dari Kanan) Akhi Mousa dari Pakistan, al-Habib Sayyid Subhi as-Saqqaf, al-Faqir dan al-Habib Sayyid Sofiuddin as-Saqqaf

Gambar Kenangan : Serba Hijau.... Kumpulan Maulid Syamsul Haq... satu persembahan CINTA yang bertenaga! 
Kredit untuk mereka :)) 

Gambar Kenangan :Kehadiran Ahlul Bait Rasulullah s.a.w dari leluhur as-Saggaf (as-Saqqaf) menambah keberkatan dan cahaya seri majlis. 


       Gambar Kenangan : Majlis Zikir Khatam Khwajagan di adakan selepas solat Isya' berjamaah. 

Gambar Kenangan : Kehadiran tetamu dari Sepanyol, Toni dan rakan-rakannya turut memeriahkan suasana.
Semoga Allah buka pintu hidayah nur Islam kepadanya dan rakan-rakan. Amin!


Saturday, February 12, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H DI ALOR SETAR, KEDAH.

GAMBAR HIASAN : "WAHAI ORANG YANG MENDAKWA MENCINTAINYA  (RASULULLAH S.AW)
DI MANAKAH KAMU DENGAN SUNNAH-SUNNAHNYA?"

DENGAN HORMATNYA KAMI MENJEMPUT 
SEMUA UMMAT MUHAMMAD S.A.W KE 


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H


TEMPAT : DEWAN SERI MENTALOON, KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR KEDAH 

TARIKH : 4 / 3 / 2011 (JUMAAT)

MASA : 8.OO PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI 

ATURCARA MAJLIS : (1) BACAAN SELAWAT BERAMAI-RAMAI DI PIMPIN OLEH UST ZAINAL ASRI BIN RAMLI

(2) ALUNAN QASIDAH BURDA / SELAWAT MADIH OLEH :
PELAJAR MAAHAD DARUL HADIS, KEDAH
PELAJAR MAAHAD TAHFIZ IMAM NAWAWI (MATIN), PERLIS
KUMPULAN AHBABUL MUSTAFA PESANTREN YASIN, INDONESIA

(3) TAUSIYAH CINTA OLEH :
USTAZ ZAINAL ASRI BIN HJ RAMLI - MUDIR MAAHAD DARUL HADIS
SYEIKH FAHMI ZAMZAM AN-NADWI AL-MALIKI - MUDIR PESANTREN YASIN, INDONESIA

(4) JAMUAN KESYUKURAN 

SEMUA JEMPUTAN DIGALAKKAN BERPAKAIAN SERBA PUTIH DAN JUGA MEMBAWA SEDIKIT JUADAH UNTUK DI KONGSI BERSAMA SELAIN JAMUAN YANG DISEDIAKAN.


UNTUK PERHUBUNGAN SILA HUBUNGI : CKGU SUKARNO : 019-598 7842









Thursday, February 10, 2011

MARHABAN RABIU'UL AWWAL (Bahagian Ketiga)

ALLAH MEMULIAKAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم DENGAN SELAWAT


 
\MAKSUDNYA: "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad): Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab ayat 56).  

Puji-pujian Terhadap Baginda Nabi solallahu 'alaihi wasallam

Lil-Imam Al-kamil wal-‘Alim Al-‘Amil Sayyidina Wa Maulana As-Syaikh Syarafuddin Bin Abdullah Muhammad Al-Bushiriy Rahimahumullah.

Ya ALLAH curahkanlah selawat serta keselamatan yang kekal
Atas kekasih-Mu sebaik-baik dari sekalian makhluk..

Aku menganiaya segala perilaku orang yang memelihara kegelapan
Sehingga kedua telapak kaki orang itu melaporkan penderitaanya sebab bengkak
Orang itu mengikat perutnya sebab lapar hingga ia mengikatkan
Batu di perutnya yang berkulit halus itu sekadar untuk menahan laparnya
Hingga gunung-gunung yang tinggi itu menawarkan diri untuk menjadi emas kepadanya
Namun dia tetap menolak tawaran itu
Penderitaan-penderitaan itu bahkan menguatkan zuhudnya di dunia ini
Sedangkan penderitaan-penderitaan itu baginya tidak akan mengurangi martabat dan derajatnya yang luhur
Seperti apakah penderitaan orang itu bisa menarik dunia ini
Seandainya orang itu tiada, pasti dunia ini tiada diciptakan
Iaitu Nabi Muhammad solallahu 'alaihi wa alihi wasallam pemimpinya dunia dan akhirat, pemimpinya manusia dan jin
Serta pemimpinya dua golongan bangsa arab dan Ajam
Nabi kita yang selalu memerintahkan (kebaikan) dan selalu mencegah (dari
kemungkaran) maka tiada seorang pun
Yang lebih baik dalam perkataan dan perbuatan dibandingkan dengan baginda
Baginda adalah kekasih Allah yang selalu di nanti dan di harapkan syafa'atnya
Dari segala malapetaka yang menimpa
Nabi muhammad solallahu 'alaihi wasallam mengajak kepada (Ugama) Allah adapun berpegang pada ugama Allah itu
Seperti berpegang pada suatu tali (ikatan) yang tak akan putus
Nabi muhammad solallahu 'alaihi wasallam itu lebih unggul dibandingkan dengan Nabi-Nabi yang lain dalam hal bentuk tubuh dan budi pekertinya
Dan tak ada seorang pun yang bisa menyamai ilmu dan kemuliaanya dengan baginda solallahu 'alaihi wasallam
Adapun para nabi itu hanyalah mengambil (ilmu) dari Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam
Ibarat mengambil air dari lautan dengan tangan atau minum dari air hujan
Para Nabi itu terhenti di sisi Rasulullah sesuai dengan batasnya
Dari ilmu pengetahuan dan sekelumit hikmah
Rasululah solallahu 'alaihi wasallam adalah manusia paling sempurna batin dan bentuk wajahnya
Kemudian Allah memilihnya sebagai kekasihnya
Baginda dibersihkan dari hal-hal yang menyerupai dari kebagusanya
sedang kebagusan baginda itu tidak dapat berbagi-bagi
Tinggalkanlah seruan orang nasrani kepada Nabinya
Lakukanlah pujian kepada Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam sekehendak hatimu dan bantahlah pendapat orang nasrani itu(mengatakan nabi isa anak tuhan)
Umpamakanlah kemuliaan zat baginda solallahu 'alaihi wasallam dengan sekehendak hatimu
Dan umpamakanlah keagungan derajat baginda dengan sekehendak hatimu pula
Sesungguhnya keutamaan baginda itu tiada batasnya
Sehinggakan orang yang bicara tak bisa menerangkan keutamaan baginda
Umpama ayat-ayat baginda solallahu 'alaihi wasallam itu mampu menyamai derajatnya
Maka orang yang hancur luluh tulangnya bisa hidup kembali bila asma' (nama) baginda disebut
Nabi Muhammad solallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengujiku dengan sesuatu perkara yang akal tiada mampu memikirnya
Sebab baginda merasa kasihan kepadaku maka aku tidak bimbang dan ragu
Memahami ertinya Nabi solallahu 'alaihi wasallam yang sebenarnya itu sebenarnya mampu melumpuhkan manusia
Maka tiada sesuatu dapat dilihat dari jarak jauh dan jarak dekat pada Nabi solallahu 'alaihi wasallam kecuali barang sesuatu itu luumpuh
Ibarat matahari yang kelihatan kecil dihadapan mata dari jarak jauh
Tapi matahari itu sendiri sanggup melumpuhkan mata bila didekati
Seperti apa kaum itu menemukan hakikat Nabi Muhammad di dunia ini
Sedang kaum itusudah terima bertemu dengan baginda melalui mimpi
Maka adapun puncak pengertian tentang baginda solallahu 'alaihi wasallam sesungguhnya baginda Nabi adalah manusia
Dan sesungguhnya baginda adalah sebaik-baik makhluk Allah
Sesungguhnya ayat (Mu'jizat) yang di bawa para rasul itu
Merupakan sebahagian saja dari Nur mu'jizat Nabi Muhammad solallahu 'alahi wasallam
Sesungguhnya baginda solallahu 'alaihi wasallam itu adalah ibarat matahari dari segala keutamaan
Sedangkan para rasul itu ibarat bintang-bintang yang memancarkan sinar kepada manusia diwaktu gelap-gulita
Benar-benar mulia(asal)kejadian Nabi Muhammad yang di hiasi
Dengan penuh budi pekerti yang mulia dan sifat peramah
Kehalusan baginda ibarat bunga, Kemuliaanya ibarat bulan purnama
Ibarat lautan dalam dermanya serta baginda berhimmah ibarat waktu yang selalu berputar
Seakan-akan baginda solallahu 'alaihi wasallam itu adalah seorang diri dalam keagunganya
Dikalangan bala tentra di saat kau menjumpai baginda di tengah para panglima
Ibarat mutiara yang tersimpan di dalam bukhur( sebuah bekas diperbuat dari perak)
Dari tempat perkataan dan tempat senyum simpulnya baginda solallahu 'alaihi wasallam
Tiada bau wangi yang sempat menyamai dengan debu yang menyimpan dan mengumpulkan tulang-tulang baginda
Keuntungan yang besar bagi sesorang yang sempat menikmati bau tanah debu tadi dan sempat menciumnya..

Ya ALLAH curahkanlah selawat serta keselamatan yang kekal
Atas kekasih-Mu sebaik-baik dari sekalian makhluk..
--------------------------------------------
Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin 'Alaika, Ya Shohibal-Mi'raaj. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin 'Alaika, Ya Shohiban-Na'lain. (Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Mi'raaj; Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Dua Ni`al).
Alfu alfi sholaatin wa alfu alfi salaamin 'alaika Ya Rasulullah..
Alfu alfi sholaatin wa alfu alfi salaamin 'alaika Ya Habiballah..
Alfu alfi sholaatin wa alfu alfi salaamin 'alaika Ya Habibul Mustofa..
as-Salatu wa s-salamu 'alayk, Ya man arsalahu-llahu ta'ala rahmatan lil-'alamin..
as-Salatu wa s-salamu 'alayk, wa 'ala alika wa ahli baitika wa azwajika wa zuriyatika wa ashabika ajma 'in..
as-Salatu wa s-salamu 'alaykum, ya anbiya' ALLAH..

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad, Afdhola Solawatika Bi'adadi Ma'lumatika Wa Baarik Wasallm..

*silakan Share/Syi'arkan , syukron barakumullah :)

˙·٠•●۩۞Kuunu
Rabbaniyyin۞۩●•٠·˙
di petik dari hasil nukilan : Sofiuddin al-Husaini

Tuesday, February 8, 2011

MARHABAN RABIU'UL AWWAL (Bahagian Kedua)

KELEBIHAN ATAS ORANG YANG GEMAR BERSELAWAT   

Gambar : Serban, Jubah dan Tongkat Sayyidina wa Habibina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Alhamdulillah...bulan yang ditunggu-tunggu sudahpun datang..Ahlan wa Sahlan ya Rabi'ul Awwal! Kali ini al-faqir muatkan beberapa kelebihan atas oorang yang gemar berselawat atas Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Al-Faqir naqalkan daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 2 terbitan Khazanah Fathaniyyah, Cetakan 2004 yang dihimpun oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah (rahimahullah), pada muka surat 11 dan 12. 

Adapun Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Jam'ul Fawaid dengan memetik tulisan Syeikh Fasi pada Syarh Dalailil Khairat, menyebut bahawa shalawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم itu terdapat sepuluh karamah, iaitu : 

1. Shalawat akan dia oleh Mulk al-Jabbar

2. Mensyafaatkan dia oleh Nabi al-Mukhtar

3. Mengikut dengan Malaikat al-Akhyar

4. Menyalahi akan Munafiqin dan Kuffar

5. Menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa

6. Menolong menyampaikan segala hajat

7. Bercahaya dan terang zhahir dan bathinnya

8. Kelepasan daripada huru-hara Hari Kiamat

9. Masuk negeri dar al-qarar

10. Salam daripada ar-Rabb ar-Rahim al-Ghaffar


GAMBAR : Mawlana Syeikh Nazim Adil Haqqani (qs) Hafidzahullah


اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلِّم

Inilah sighah selawat yang kami terima di dalam tharikat Naqshbandi 'Aliyah pimpinan Mawlana Syeikh Nazim Adil Haqqani yang di amalkan setiap hari 100x dan bagi setiap Isnin, Khamis dan Jumaat sebanyak 300x. Wazifah untuk sighah selawat ini berbeza bilangannya mengikut tahap-tahap wazifah harian murid. (Mubtadi, Musta'id dan Ahl 'Azdam). Wallahu 'alam. 

Monday, February 7, 2011

MARHABAN RABIU'UL AWWAL (Bahagian Pertama)

Rabiul Awwal dan amalannya


Qasidah Marhaban Ya Rabial Awwal yang dibaca pada tiap2 hari sepanjang bulan ini. Slpas 15 Rabiul Awwal 'Marhaban Ahlan Wa Sahlan' ditukar kepada 'al Wada' al Wada' "





Assalamualaikum semua...

Ahlan wa Sahlan ya Syahras Solawat... Selamat datang bulan Maulid, bulan solawat, bulan kebaikan, bulan barakat, bulan tajalliyyat minar Rahman, bulan kelahiran Rasulullah saw.... BULAN RABIUL AWWAL...
bulan di mana lahirnya sang bulan purnama saw, bulan hijrahnya saw ke Madinah, bulan baginda saw berpindah ke rafiqil a'laa. Pada 12 Rabiul Awwal Nabi saw dilahirkan dan pada 19hbnya diberikan nama MUHAMMAD saw... Perbanyakkanlah solawat di bulan ini...

Dalam kesempatan ini marilah sama2 kita berkongsi tentang amalan pada bulan yang mulia ini menurut Futuhat Haqqaniah Sh Adnan Qabbani qs.

Kelebihan bulan ini diibaratkan seumpama kelebihan Nabi Muhammad saw atas sekalian makhluqat.. Di dalamnya terdapat adab dan wirid2 yang penting ke atas para salikin dalam tarekat Aliah ini.

Dibolehkan khalwah dan riyadah dari permulaan sehingga 10 Rabiul Thani khusus untuk mendapat tajaliyat berupa mahabbah dari Allah Taala dan RasulNya saw yang tercinta sehingga sampailah si salik tadi ke makam FANA' fi Rasulillah saw.

Antara adab2nya adalah:

Apabila masuk sahaja bulan ini maka murid Naqshbandi hendaklah mandi sunat menyambut bulan yang mulia ini.. Kemudian;
-Solat wudu'
-Adab2 tarekat dan kemudiannya membaca qasidah marhaban ahlan wa sahlan. Selepas 15 hb ditukar dengan al wada' al wada'. Kemudiannya membaca doa yang mathur dari Sultanil Awliya'

- Pada setiap hari membaca Surah Al A'na'm.

- Membaca satu hizib dalailul khayrat

-1000 kali selawat dan 100 yang terakhir hendaklah dilakukan secara berdiri menghadap qiblat lalu dihadiahkan kepada Rasulullah saw dan mengambil berkat dengan maulidnya...

- Kalau ada jemaah maka lakukan sambutan maulidur rasul saw.

Setiap malam Isnin, Khamis dan Jumaat diadakan zikir khatam.



Adab malam 12 Rabiul awwal:

- Berhimpun muridin yang kasihkan Rasulullah saw selepas solat Isya'

* Adab tarekat
*Khatam khawajakan
*Maulid as Syariff
* Solat Tasbih 4 rakaat
* Solat Syukur 2 rakaat.
* Kemudian menghidupkan malamnya dengan selawat dan salam kpd nabi Muhammad saw, berzikir sehingga terbit fajar (solat Subuh)..

* Disunatkan mandi pada 12 Rabiul Awwal... Pada siangnya sebagai tanda syukur kepada Allah Taala dan hadiah ke hadaratNya, Nabi Muhammad saw menyembelih dua ekor korban sebagai tanda syukur kepada Allah Taala lalu diagihkan kepada faqir miskin...

Ini juga disunatkan pada hari ke 19 Rabiul Awwal hari di mana nabi Muhammad diakikahkan dan diberi nama Muhammad (hari ke tujuh kelahiran baginda saw)

Adab2 ini sehingga hari ke 10 Rabiul Thani...

Wajib kepada para muridin menjaga adab2 ini dan wiridnya dan masa yang sesuai adalah:

- Sejam / dua jam sebelum azan Subuh sehingga waktu syuruq

- Dari Azan Asar ke waktu Maghrib

- Dari Azan Maghrib ke waktu Isyak

Selamat Beramal...
http://www.rawatanislam2u.com/2011/02/rabiul-awwal-dan-amalannya.htm