Friday, December 17, 2010

BENGKEL PENGHASILAN BUKU 2010



Tarikh : 18 dan 21 Disember 2010

Tempat : Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah

Maklumat Program :

1) Memberi pendedahan kpd peserta terhadap penulisan sbg sumber pendapatan tambahan.

2) Membimbing peserta ke arah menghasilkan bahan penulisan bermula daripada tahap penyediaan proposal sehingga kepada penghasilan manuskrip.

3) Membuka peluang kepada peserta untuk penerbitan bersama Yayasan Nusrah.

Penceramah dan pembimbing :
1) Ust Zaki bin Abd Rashid (Editor & Penerbit Buku)
2) Dr. Nadiyah bt Elias (Pensyarah kanan UUM, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Nusrah)
3) Cikgu Harun bin Zakaria (Guru Pesara, Guru MTI Derang)

Sasaran Peserta :
1) Guru-guru Agama
2)Individu yg berminat
3) Lain2 Organisasi2 dan institusi

Jika berminat sila hubungi :
1) Fitriah Mohd Lazim : 019-558 1360
2) Dr Nadiyah Elias : 012-442 1900

atau datang terus ke pejabat Yayasan Nusrah :

Yayasan Nusrah
No.1 Siaran 7,
Taman Siswa UUM,
Bandar Darul Aman
06000 Jitra Kedah
Tel : 04-919 0051
Fax : 04-919 0095
email : fitriah@yayasannusrah.com.
my

Wednesday, December 15, 2010

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Pertama

AMALAN HARI 'ASYURA' : 
( Bahagian Pertama )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a

Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.

BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA

Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut : 

"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram. 
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129) 

KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'

Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'. 
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura' 
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'. 
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131) 

KISAH BUBUR 'ASYURA' ?


Al-Faqir agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :

inshaAllah bersambung....




Monday, December 13, 2010

HARI ASYURA' BUKAN BID"AH BUKAN TIRU YAHUDI MAHUPUN SYIAH

 HARI ASYURA' BUKAN BID'AH BUKAN TIRU YAHUDI MAHUPUN SYIAH



 
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.

1. Bilakah ‘Asyura‘?
  • Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
  • Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
  • Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
  • Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
  • Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
  • Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
  • Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
  • Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
  • Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
  • Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.
  • Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
  • Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
  • Termasuk bulan-bulan haram.
  • Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
  • Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
  • Termasuk bulan-bulan haram.


6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
Do'a dibaca pada hari 'Asyura‘

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

u/p: artikel ini di ambil hasil ihsan daripada http://aljoofre.iluvislam.com
Wallahu 'alam

Friday, December 3, 2010

JADUAL TOUR 2010 BERSAMA SYEIKH HISHAM KABBANI (q) DI MALAYSIA.



JADUAL PENUH PROGRAM 
FULL TENTATIVES :

DATE : 6TH DECEMBER 2010 MONDAY
PROGRAMME : NEW YEAR (HIJRAH) CELEBRATION 1432
VENUE : DR AZRIMAN'S HOUSE AT 43 JLN TERASEK 8, BANGSAR, KL.

DATE : 7TH DECEMBER 2010 TUESDAY
VENUE : DR KADIR SULTAN AND DR RAJ KARIM'S AT 8PM AT NO.7 JLN 5/39 PETALING JAYA.

DATE : 8TH DECEMBER 2010 WEDNESDAY
VENUE : HAJJAH MARYAM'S HOUSE, 8PM AT NO.6 LORONG KEMARIS DUA, BKT BANDARAYA, BANGSAR, KL.

DATE : 9TH DECEMBER 2010 THURSDAY
VENUE : THE ZAWIYAH BKT DAMANSARA, NO.28 JLN.SETIABUDI, BKT DAMANSARA, K.L ON 9PM
PROG : KHATAM KHWAJAGAN, MAWLID NABI.

DATE : 10TH DECEMBER 2010 FRIDAY
VENUE : SHAHZAD SULTAN'S AT 8PM AT JLN TIANG SERI, U8/73A, TROPIKA RESIDENCE, BKT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM

DATE : 11TH DECEMBER 2010 SATURDAY
VENUE : BRUNCH AT 1PM AT IBU DANI'S AT NO.1 JLN SETIAJAYA, BKT DAMANSARA AND DINNER AT DR AZHARI'S IN JANDA BAIK.

DATE : 12TH DECEMBER 2010 SUNDAY
VENUE : HJ.GHULAM'S IN JANDA BAIK AND DATUK NORAH RAHMAN'S AT 7.30PM AT JLN.DAMANSARA PERMAI, DAMANSARA ENDAH (BEHIND PUSAT BANDAR DAMANSARA)-LADES ONLY!

DATE : 13TH DECEMBER 2010 MONDAY
PROG : LADIES ZIKR AND TAUSIYAH WITH HAJJAH NAZIHE AT 4PM AT NO.2 SIMPANG TUNKU PUTRA, TMN DUTA.

P/S: ALL ARE WELCOME. PLEASE INFORM THOSE WHO WOULD LIKE TO MEET SHAYKH HISHAM. TQ! :-)