Sunday, September 30, 2012

UJIAN DAN HIKMAHNYA.




Hikmah ialah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ianya umpama satu "bonus" atau hadiah dan hadiahnya ialah UJIAN! Hikmah hanya boleh didapati dengan Mehnah (Ujian). Ini merupakan tarbiyah langsung dari Allah. (Bagi saya ianya satu keprihatinan daripada seorang mursyid kepada muridnya).

Bayangkan jika tiada ujian..... bagaimana kita hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, dan qanaah daripada Allah?


Ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan oleh Allah sebagai "tiket" pengampunan. Begitu juga jika kita di rezekikan Allah dalam keadaan taat, ianya untuk meningkatkan darjat.

Para 'Arif Billah dan Muqarrabin pernah berkata tentang hikmah ujian :
" Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan kamusupaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau daripada kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."  

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment