Saturday, May 5, 2012

KISAH MENARIK : PERSOALAN JIN ISLAM BERTANYAKAN SOALAN MENGENAI KARAMAH.


Persoalan jin islam yg sufi yg bertanyakan soalan mengenai karamah kpd Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani qaddasallahu sirrahu.

Bahawa berlakulah pada suatu hari telah datang wakil drpd jin islam di dalam bentuk seekor anjing berwarna kekuningan lagi halus masuk ke dalam sebuah masjid di kaherah, mesir dan di mulutnya terdapat 80 persoalan mengenai tauhid para 'arifin dan tasawwuf zawqiyyah yg ditulis di atas kertas "afranji" (kertas drpd papyrus yg byk digunakan pada zaman dahulu).


  Yang mana 80 soalan tersebut tdk dapat dijawab oleh para alim ulama' jin pada masa itu, lalu berkata satu alim drpd jin mgatakan pergilah kalian bertanyakan soalan tersebut kpd alim ulama' dikalangan manusia krn mereka lebih mengetahuinya. Lalu berlakulah kisah ini, dan di atas permintaan para jin tersebut bahawa soalan-soalan tersebut dijawab dalam bentuk penerangan berbentuk prosa karangan serta disulami dgn puisi, ini kerana mereka adalah diantara makhluk Allah yg berjiwa amat seni. jiwa mereka bersifat halus (lathif).

80 soalan tersebut termaktub ddlm kitab berbahasa arab hasil drpd karangan Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani sendiri iaitu kitab :

كشف الحجاب والران عن وجه اسئلة الجان

         Semua soalan tersebut telah dijawab oleh Al-Imam Sya'rani pada suatu malam, ini kerana penerangan yg bersangkut paut dgn kesufian serta zawqiyyah ini lebih baik dan lebih terasa zawq kenikmatannya oleh kerohanian kita apabila dibahaskan pada waktu malam berbanding di siang hari.

Salah satu drpd 80 persoalan tersebut ada menyentuh bab karamah, soalannya ialah :

Diantara seseorang wali Allah yg banyak karamah dan yg kurang karamah, yg manakah lebih tinggi darajatnya di sisi Allah??

Maka Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani qaddasallahu sirrahu menjawab bahawa : banyaknya atau sedikitnya penzahiran karamah ke atas seseorang wali Allah bukanlah kayu ukur ketinggian darjat seseorang wali Allah.

Ini berlaku kerana atas 2 sebab :

1) banyaknya penzahiran berlaku ke atas seseorang wali Allah adalah krn ramainya yg ragu dgn keimanan kpd Allah, ramainya penentang serta musuh-musuh islam pada zaman seseorang wali Allah itu.

2) adapun sedikitnya penzahiran yg berlaku ke atas seseorang wali Allah adalah krn sedikitnya org yg ragu dgn keimanan kpd Allah serta kurangnya penentangan drpd ummat pada zaman itu.

Kesimpulannya di sini bahawa banyak atau sedikitnya karamah yg berlaku ke atas seseorang wali Allah bukanlah kayu ukur ketinggian darjat di sisi Allah bahkan ianya adalah suatu bukti kebenaran ajaran islam sebagaimana para nabi-nabi dan rasul yg dikurniakan mukjizat drpd Allah bg menzahirkan kebenaran risalah serta ajaran mereka. wallahu a'lam.

Begitu juga kata-kata Al-Qutb Wa Al-Ghawz Al-'Arifbillah Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu :
                                          "karamah itu seumpama haid bg perempuan".

Ini bermaksud para wali-wali Allah itu berasa amat malu sekiranya org lain tahu akan karamah nya itu, bahkan pula ianya juga boleh menjadi suatu istidraj dan makar khafi (tipuan halus) drpd Allah kpd diri si wali itu krn ditakuti dia akan sibuk bertumpu kpd karamah tersebut dan tidak bertumpu kpd Allah.

والله أعلم



No comments:

Post a Comment