Sunday, June 26, 2011

MENGENAI BULAN REJAB


(berdasarkan kitab Bada-I’uz Zuhur – Segugus Bunga Nan Indah karya Al-‘Alim Al-‘allamah Az-Zaki Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani)
**Petikan mengenai bulan Rejab ini telah diubahsuai sedikit dan di ambil bermula pada halaman 64-67.

Menurut Al-‘Alim Al-‘allamah Az-Zaki Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani, barangsiapa berpuasa sehari daripada Rejab semata-mata kerana iman dan ihtisab, yakni mengira-ngirakan pahala, nescaya akan diberikannya keridhaan daripada Allah yang amat besar iaitu dikurniakan syurga Firdaus yang maha tinggi. Telah menaqalkan Al-‘Alim Al-‘allamah Az-Zaki Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani bahawa telah bersabda Nabi s.a.w:

“Apabila adalah awal malam daripada Rejab telihat Allah s.w.t padanya atas umatku mengampuni Ia bagi segala yang berdosa. Dan memulia Ia akan segala yang taubat. Dan me[ng]hamper Ia akan segala yang berzikir. Dan menyampai Ia akan segala yang bersungguh-sungguh. Maka barangsiapa yang berdiri, ertinya kerana sembahyang , dan mengerjakan taat pada malam itu, nescaya berpagi-pagi ia diampuni baginya. Dan barangsiapa puasa akan demikian bulan itu sekaliannya, menyerukan dia Allah Ta’ala, “Hai hamba-Ku telah wajib hak engkau atas-Ku. Maka pohon olehmu akan Daku. Dan demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tiada Aku tolak bagimu akan doa. Dan engkau jar-Ku, ertinya yang hampir kepada-Ku, di bawah ‘arasy-Ku. Dan Engkau kekasih-Ku dan makhluk-Ku. Dan engkau yang mulia atas-Ku. Suka olehmu, maka tiada hijab antara engkau dan antara-Ku.”

Diriwayatkan bahawasanya ditanyakan Nabi s.a.w daripada mereka yang lemah daripada puasa Rejab, sabdanya, “Bersedekah ia tiap-tiap hari sebiji roti.” Disembahkan, “Maka jika tiada mendapat ia akan dia?” Sabdanya, “Membaca :

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنْبَغِي التَّسْبِيْحُ إِلاَّ لَهُ. سُبْحَانَ الأَعَزِّ الأَكْرَمِ. سُبْحَانَ مَنْ لَبِسَ الْعِزِّ وَ هُوَ لَهُ أَهْلٌ

Dan membilang di dalam Raudhah, “Setengah daripada barang yang dimustajabkan padanya doa itu awal daripada bulan Rejab.”
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment