Tuesday, February 8, 2011

MARHABAN RABIU'UL AWWAL (Bahagian Kedua)

KELEBIHAN ATAS ORANG YANG GEMAR BERSELAWAT   

Gambar : Serban, Jubah dan Tongkat Sayyidina wa Habibina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Alhamdulillah...bulan yang ditunggu-tunggu sudahpun datang..Ahlan wa Sahlan ya Rabi'ul Awwal! Kali ini al-faqir muatkan beberapa kelebihan atas oorang yang gemar berselawat atas Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Al-Faqir naqalkan daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 2 terbitan Khazanah Fathaniyyah, Cetakan 2004 yang dihimpun oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah (rahimahullah), pada muka surat 11 dan 12. 

Adapun Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Jam'ul Fawaid dengan memetik tulisan Syeikh Fasi pada Syarh Dalailil Khairat, menyebut bahawa shalawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم itu terdapat sepuluh karamah, iaitu : 

1. Shalawat akan dia oleh Mulk al-Jabbar

2. Mensyafaatkan dia oleh Nabi al-Mukhtar

3. Mengikut dengan Malaikat al-Akhyar

4. Menyalahi akan Munafiqin dan Kuffar

5. Menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa

6. Menolong menyampaikan segala hajat

7. Bercahaya dan terang zhahir dan bathinnya

8. Kelepasan daripada huru-hara Hari Kiamat

9. Masuk negeri dar al-qarar

10. Salam daripada ar-Rabb ar-Rahim al-Ghaffar


GAMBAR : Mawlana Syeikh Nazim Adil Haqqani (qs) Hafidzahullah


اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلِّم

Inilah sighah selawat yang kami terima di dalam tharikat Naqshbandi 'Aliyah pimpinan Mawlana Syeikh Nazim Adil Haqqani yang di amalkan setiap hari 100x dan bagi setiap Isnin, Khamis dan Jumaat sebanyak 300x. Wazifah untuk sighah selawat ini berbeza bilangannya mengikut tahap-tahap wazifah harian murid. (Mubtadi, Musta'id dan Ahl 'Azdam). Wallahu 'alam. 

No comments:

Post a Comment