Tuesday, February 22, 2011

BINGKISAN MAWLID SYEIKH SOLEH JA'AFARI (QS) DAN MAWLIDURRASUL

MAJLIS MAWLID RASULULLAH DAN BACAAN DIWAN SYEIKH SOLEH JA'AFARI

GAMBAR : Al-Arif Billah Syeikh Soleh Ja'afari al-Hasani r.a

Alhamdulillah baru-baru ini al-Faqir dapat menyertai Sambutan Mawlid Rasulullah s.a.w bersama-sama Imam Masjid al-Azhar Mesir, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain hafidzahullahu ta'ala. Majlis yang diadakan bertempat di Kampung Tok Plu, Kuala Nerang Kedah. Sambutan Mawlid begitu meriah dengan iringan qasidah burdah secara berselang-seli antara kumpulan mawlid Muassasah Darul Ulum dan anak-anak murid Syeikh Asyraf yang membaca Qasidah karangan Syeikh Soleh Ja'afari dengan tausiyah Sirah Syeikh Soleh Ja'afari daripadanya. 




GAMBAR : Imam Masjid al-Azhar Mesir, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain hafidzahullahu ta'ala


 GAMBAR : Ustaz Nazrul sedang menterjemahkan tausiyah Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

GAMBAR : Mahal Qiyam

 GAMBAR : Dari Kanan Syamim, Fahmi, Syeikh Asyraf Hamid Hasanain, dan al-Faqir

Diantara  beberapa isi yang dapat al-faqir catit daripada tausiyah Syeikh Asyraf ialah : 
Terdapat perbezaan antara "perayaan" dan "sambutan" sesuatu peristiwa iaitu perayaan (عيد) ialah sesuatu perayaan yang berulang-ulang setiap tahun manakala إحتفال مولد النبي itu sendiri disambut pada setiap hari sebagai tanda gembira kita di atas kelahiran Baginda yang membawa Rahmat ke seluruh alam dan makhluk di muka bumi yang termasuk didalamnya al-insan, al-jinn, dan setiap sesuatu selain Allah. . 



Gembira atau أفرح ini diterjemahkan atas dua perkara iaitu nikmat Allah dan Rahmat Allah. Menurut Syeikh Asyraf lagi, Sayyiduna Abul Abbas Mursi r.a pernah berkata bahawa beliau bukanlah daripada kalangan mukmin kerana lupa mengingati Sayyiduna Rasulullah s.a.w pada setiap keadaan. Subhanallah! Ini adalah maqamnya siddiq dan ianya bukanlah satu ungkapan yang salah kerana menurut ungkapan ahli hikmah : حسنات الأبرار سيئات المقربين . Maka sesuatu itu di nilai sesuai dengan keadaan ahwalnya. Berkata Syeikh Asyraf lagi telah berkata Syeikh Nasiruddin ad-Dimaysqi r.a di dalam kitab Sirah as-Syamiah :"Jika seorang kafir (merujuk kepada Abu Lahab) yang telah di siksa dan berada selamanya di dalam neraka diringankan azab siksaan atas beliau kerana gembira atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (merujuk kepada Abu Lahab yang memerdekakan Suwaibah), apakah perasaan kamu wahai orang yang beriman pula yang gembira atas kelahiran Baginda yang mulia? Tidakkah kamu di anugerahkan syurga kelak?" InshaAllah... 

 GAMBAR : Bersama sahabat-sahabat

 GAMBAR : Majlis di akhiri dengan bacaan doa







 

No comments:

Post a Comment