Wednesday, January 5, 2011

AMALAN BULAN SAFAR (Bahagian Pertama)

AMALAN BULAN SAFAR  
Guruku & Idolaku
Dari Kanan : Syeikh Adnan Kabbani dan Syeikh Muhammad Hisham Kabbani semoga Allah pelihara mereka dan tinggikan darjat mereka.Ameen.


Bulan Safar tiba lagi. Alhamdulillah...bagi para auliya' dan solihin mereka mengisi pelbagai program ibadah-ibadah sunnah. Amalan-amalan ini telah diamalkan oleh para ulama' silam dari dahulu hingga kini. Berikut al-faqir memuatkan beberapa amalan-amalan yang telah diamalkan oleh para ulama' sufi bagi jalan Thariqat Naqsyabandi 'Aliyah Haqqaniyyah dengan merujuk kepada kitab FUTUHAT HAQQANIYYAH karangan Syeikh Adnan Kabbani (qs) mukasurat 419 :
 
Dan daripada adab wazifah bagi murid itu hendaklah dia melazimi setiap hari melakukan beberapa perkara berikut di dalam bulan safar al-khair :

1)Syahadah (3x)
2)Istighfar (300x)
3)Sedekah dan di niatkan tolak bala'
4)Membaca setiap hari Surah al-Fil (7x)
5) Ayatul Kursi (7x)

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).

No comments:

Post a Comment