KAIN BASAHAN : PENDINDING DIRI YANG PENTING
Cara pemakaia kain pelikat / sarung yang juga boleh digunakan sebagai kain basahan semasa mandi...
Assalamualaikum semua...
Hari ni saya nak menulis berkenaan pemakaian kain basahan ketika mandi dan buang air... Sedarkah anda bahawa banyak kejadian gangguan jin khususnya jin asyik (jin yang jatuh cinta kepada manusia) terjadi kerana kegagalan pesakit memakai kain basahan ketika mandi dan di biik air...
Telah menjadi satu kebiasaan orang mandi berbogel dan meninggalkan pemakaian kain basahan ketika mandi... Ini menyebabkan jin yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat jin akan mengganggu manusia tersebut... Jin akan 'skodeng' manusia yang mandi secara tidak bertatasusila sehingga ada di kalangan jin yang 'jatuh cinta' atau sengaja mengganggu manusia tadi....
Berkenaan hukum mandi bogel ni ada dua....
1) Sekiranya mandi biasa (sunat) maka ulamak menyatakan makruh mandi boley....
2) Sekiranya mandi wajib maka ulamak berselisih pendapat, ada yang berpendapat tetap makruh dan ada yang berpendapat harus (dibolehkan) kerana kain tersebut bisa mengganggu proses meratakan air ke tubuh badan...
Apapun semua pesakit dan perawat kena mengambil berat persolan yang kecil ini dan tinggalkanlah tabiat mandi tidak berkain basah kerana kekadang boleh mengundang gangguan jin dan ia merupakan adab yang baik dengan diri sendiri dan dengan TUHAN....
Jadi!:
1) Mulakan dari yang kecil
2) Mulakan dari diri sendiri
3) Mulakan dari SEKARANG!!!
SELAMAT BERKAIN BASAHAN!!!!
*****************************************************************
DOA MEMAKAI KAIN BASAH
Berkata al-'Alim Rabbani Waliyyullah Syeikh Daud al-Fathani r.a di dalam Kitabnya Washaya al-Abrar bahawa jika engkau berkehendak bahawa jin tiada melihat akan dikau apabila engkau mandi tiada kain basahan (yakni kain sarung yang sarung yang digunakan untuk basahan ketika mandi) di dalam Khalwat(yakni di tempat sunyi yang tidak di lihat oleh orang lain) bahawa segala mata jin tiada melihat akan dikau. Inilah doa tersebut :
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لآ إِلَهَ إِلاَّ هُو
SUMBER : http://www.rawatanislam2u.com