Wednesday, December 15, 2010

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Pertama

AMALAN HARI 'ASYURA' : 
( Bahagian Pertama )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a

Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.

BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA

Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut : 

"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram. 
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129) 

KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'

Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'. 
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura' 
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'. 
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131) 

KISAH BUBUR 'ASYURA' ?


Al-Faqir agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :

inshaAllah bersambung....




No comments:

Post a Comment