Tuesday, September 20, 2011

Happiness Quotes

A'uzubillahi mina syaithonir rajiim. Bismillahir Rahmanir Rahim. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. Amma ba'du...


Maulana Syeikh Nazim (q), semoga Allah s.w.t sentiasa mencurahkan Rahmat dan RahimNya kepada Maulana dan semoga Allah s.w.t sentiasa mengurniakan kesihatan kepada beliau dengan bar akah Sayyidina Muhammad s.a.w.Amin.


Maulana Syeikh Nazim (q)pernah mengungkapkan bahawa auliya' Allah itu sentiasa hatinya tenteram daripada segala ribut dan badai kegelisahan. Hal ini terjadi kerana mereka telah "karam" bersama Allah lalu sang kekasih itu menerima saja apa bentuk atau hal yang terjadi di hadapan dan terhadap mereka. Segalanya yang datang itu baik dan buruk dari Allah s.w.t. Kita yang membuat interpretasi baik dab buruk namun hakikatnya baik dab buruk itu "tiada" bagi maqam mereka yang ada iah semuanya baik dari Allah. Allahu Akbar! Subhanallah..madad ya Sulthan..ya Maulana...

Sentiasa mengungkapkan ucapan Alhamdulillah...Syukrulillah...Astaghfirullah...

Bisirril Fatihah!

Di bawah ada beberapa "quote" yang mungkin boleh di renungi bersama dan di ambil manfaatnya....


Sunday, September 18, 2011

Mutiara Kalam Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli

Telah berkata Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli :

"Berpegang teguhlah dengan sifat-sifat terpuji ini, kamu akan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat". Adapun sifat-sifat yang di kemukana oleh Qutb Rabbani Sidi al-Imam Syeikh Abu Hasan al-Syazuli ini ialah :

1. Jangan kamu menjadikan di kalangan orang kafir sebagai pemimpin dan kalangan orang Mukmin sebagai musuh.

2. Bermusafir, mengembara dan berkelanalah dengan bekalan taqwamu di dunia dan anggaplah dirimu dari kalangan orang yang hampir mati.

3. Bersaksilah bagi Allah dengan "wahdaniah" dan RasulNya dengan "risalah".

4. Cukuplah bagi kamu amal soleh sekalipun sedikit, dan katakanlah; "Aku beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab2Nya, Rasul2Nya, dan Hari Akhirat."

5. Katakanlah, "Kami mendengar dan kami taat, keampunanMu kami harapkan, wahai Tuhan kami dan kepadaMu tempat kembali."

"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sifat-sifat terpuji ini, nescaya Allah s.w.t menjamin baginya empat perkara di dunia dan empat perkara di akhirat, iaitu :

Emapat Perkara Di dunia :
(i) Benar dalam Percakapan = maka hendaklah sentiasa membaca Surah al-Qadr



(ii) Ikhlas dalam Beramal




(iii) Dikurniakan rezeki seperti hujan = hendaklah sentiasa membaca surah al-falaq



(iv) Terpelihara daripada kejahatan = hendaklah sentiasa membaca surah An-Nas


Maka nescaya Allah juga akan menjamin empat perkara baginya di akhirat kelak jika berpegang teguh dengan sifat-sifat terpuji ini iaitu :

(i) keampunan yang besar
(ii) pendekatan dengan allah dengan sedekat-dekatnya
(iii) memasuki syurga al-Ma'wa
(iv) di kurniakan darjat yang tinggi

Sunday, September 4, 2011

SELAMATKAN ANAKMU DARI LEMBAH ZINA


Sesungguhnya zina itu merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang amat keji dan hina. Malah perbuatan jijik ini boleh membahayakan keturunan manusia. Sebab itulah agama Islam "bertindak pantas" yakni Allah dengan kasih sayang dan limpah RahmatNya telah "memberi' garis panduan yang jelas agar tidak terjatuh ke lembaqh zina iaitu dengan cara menjauhinya. Cara menjauhinya itu pula telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan di huraikan dengan panjang lebar pula oleh para ulama' Rabbani seterusnya ulama'-ulama' mutaakhirin.

Kesan zina bukan sahaja jelas 'nampak" ketika mana sebelum berkahwin tetapi juga sesudah kahwin yakni jika si pelaku zina itu berkahwin dengan pasangan zinanya atau si pelaku zina itu berkahwin dengan orang lain, malah ditakuti kesan zina yang dahsyat ini tepias kepada anak-anak yakni psikologi anak-anak itu sendiri. Menurut guru kami, al-Fadil Syeikh Zainal Asri Ramli hafidzahullah, pelaku zina atau boleh juga dimasukkan penghampir zina(melakukan muqaddimah2 zina), beliau mengatakan jika anak-anak pelaku zina atau penghampir zina ini tidak terjebak ke kancah zina pun, masih lagi bibit-bibit atau kecenderungan psikologi dan emosi menjurus ke arah zina/maksiat.




Beikutan betapa bahanya fitnah zina / perbuatan yang menghampiri zina ini maka para ulama Rabbani', para Arif Billah "memuat-turun" beberapa amalan atau ikhtiar atau doa yang amat berharga sebagai bekal panduan ibu bapa untuk anak-anak yang lahir daripada terjerumus/menerima fitnah dahsyat ini. Kami hanya muatkan secebis daripada amalan-amal;an pendinding sebagai perkongsian bersama pembaca :

1. Amalan ini telah tercatat pada kitab Hasyiah al-Bajuri/Baijuri 'ala Ibn Qasim al-Ghazzi :

يسنُّ أن يقرأ في أذن المولود اليمنى سورة إنّا أنزلناه لأن من فعل به ذلك لم يقدر الله عليه زنا طول عمره

Maksudnya : Adalah sunat dibacakan surah Inna Anzalna hu (Surah al-Qadr) di telinga kanan bayi, kerana sesungguhnya sesiapa yang melakukan demikian akan allah pelihara bayi tersebut daripada maksiat zina sepanjang umurnya. (Rujukan : Ibrahim al-Bajuri, Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibn Qasim al-Ghazzi, Matba'ah Ibn Halabi, Fatoni, Thailand, Juz 2, hal:304)

Amalan ini boleh di lakukan oleh bapa setelah mengazankan anaknya yang baru lahir atau di jadikan surah al-qadr

sebagai wirid bacaan para ibu ketika menyusukan anaknya. Wallahu a'lam.

2. Amalan yang di anjurkan oleh al-Arif Billah Habib Zein bin Sumait hafidzahullah :

Amalan ini telah disampaikan kepada kami daripada Habib Najmuddin al-Khirid yang mana beliau mengambil daripada Habib Zein bin Sumait iaitu ;

Bacalah doa/zikir berikut di ubun anak-anak (selepas melahirkan/yang masih kecil) :

(i) اَلْبَرُّ = al-Barru (dibaca 7x)

(ii) اُلشُّهِيْدُ = as-Syahiidu (di baca 7x)

(iii) Surah al-Qadr

(iv) kemudian hembuskan ke ubun2 anak. Niatkan supaya anak itu diselamatkan dan di pelihara oleh Allah daripada fitnah zina.

Semoga kita beroleh manfaat bersama. Selamatkan anak-anak dan zuriat keturunana kita sejak mereka belum lahir lagi dengan menjauhi maksiat dan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan atau menghampirkan ke[pada zina. Wallahu a'lam.